Pages

Sunday 3 April 2011

Tarian Poco-poco HARAM

Saya tertarik dengan berita Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melalui Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak (JFNP) yang mengumumkan bahawa pihak JFNP telah membuat keputusan pengharaman Tarian Poco-poco. Ini kerana dipercayai tarian ini mempunyai unsur pemujaan dan berkaitan dengan agama Kristian. 
Saya merupakan peminat tarian ini. Ia bukan sekadar tarian, tetapi lebih daripada itu,sebagai salah satu bentuk senaman yang baik. Kalau di kampung, ada majlis kahwin,maka tarian ini antara yang tidak pernah ketinggalan.Seolah-olah satu kewajipan kerana selain muziknya yang rancak dan asyik,tariannya juga agak mudah dan ringkas. Malah dapat ditarikan beramai-ramai sama ada lelaki,wanita,,muda,tua atau kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, selaku orang Islam, maka sempat saya fikirkan dari sudut hati yang terdalam. Dari ruang kalbu yang terpimpin oleh nikmat menjadi Muslim. Ada beberapa perkara yang sempat menjadi item pemerhatian saya:
1. Percampuran antara lelaki dan perempuan sememangnya amat ketara walaupun banyak tarian Malaysia juga mempunyai unsur yang sama. Mungkin JFNP atau Majlis Fatwa Kebangsaan boleh membuat kajian susulan untuk mengkaji tarian-tarian lain di Malaysia.
2. Menurut al-Fadzil Ustaz Mohd Kazim Elias, antara sebab sesebuah lagu itu menjadi haram ialah kerana senikatanya. Maka sesiapa yang pernah menarikan tarian ini, pasti sangat tahu bahawa tarian ini berpunca/disekalikan dengan lagunya. Antara senikatanya ialah menceritakan tentang tubuh badan wanita. Agaknya ini adalah unsur pemujaan yang diperkatakan.
3. Kaitan dengan agama Kristian. Sebagai peminat tarian ini,saya akui corak tariannya jika kita lihat dari atas akan membentuk huruf 't' atau mungkin secara kebetulan atau tidak,ia menggambarkan tanda Salib.
Kesimpulan saya ialah, adalah lebih baik kita jauhi perkara yang menimbulkan keraguan. Bukannya tiada bentuk senaman yang lain. Malah tanpa Tarian Poco-poco kita masih lagi hidup harmoni dan aman damai.Lagipun tarian ini juga bukan diambil dari kebudayaan rakyat Malaysia.
Kepada agama lain, teruskanlah bersenam dengan tarian ini. Pengharaman ini hanya untuk orang ISLAM.

No comments:

Post a Comment

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...