Pages

Wednesday 29 August 2012

Perkara 20 Bukan Ciptaan STAR

TENOM: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Star Sabah Hasmin Azroy Abdullah (gambar), menyifatkan tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Azman Haji Ruslan baru baru ini yang membangkitkan semula isu 20 Perkara sekadar meraih perhatian pucuk pimpinan Umno agar beliau dicalunkan pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini.
HASMIN AZROY ABDULLAH
Beliau berkata, tidak mungkin Azman tidak memahaminya sedangkan ramai pemimpin utama Barisan Nasional (BN) sudah menyatakan bahawa 20 Perkara mempunyai justifikasinya namun beliau sengaja membangkitkannya lagi dalam usahanya menjadi “hero” untuk melawan arus.

“ Kita telah jelaskan semuanya dan kita rasa tidak ada yang tertinggal lagi....takkanlah Azman ketandusan isu sehingga memaksa isu 20 Perkara diungkit berulang ulang,” kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika memberitahu media semasa majlis ramah mesra sempena rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri yang dihadiri kira kira lebih 300 orang diKg Jawa Ulloi pada Ahad.

Azroy yang juga merupakan Ketua Bahagian Parti Star Tenom berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Haji Ruslan semasa persidangan pemuda Umno Keningau yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luarbandar Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden Umno pada Ahad.