Pages

Monday 25 July 2016

Formula Kemenangan Tumbang UMNO Sabah.

25 Julai 2016, Kota Kinabalu.
Dalam konteks politik Sabah, kita perlu objektif yang jelas :
1. Mendapat kuasa dan kemampuan melaksana HAK SABAH dan bukan sekadar bising-bising mahu menuntut tanpa strategi yang jelas. Sekejap lawan sekejap runding ini hanya gambaran pemimpin cari makan. Perjuangan hebat di suratkhabar tapi akhirnya orang buang di tong sampah selepas dibaca.
2. Untuk kita dapat melaksana hak Sabah kita perlu kuasai DUN SABAH. Untuk menguasai DUN SABAH kita perlu tumbangkan UMNO bukannya "berkawan" dengan mereka. Kalau pun UMNO juga bercakap HAK SABAH, kita mesti ingat, UMNO itu parti MALAYA. Sistem tidak akan berubah selagi parti Malaya berkuasa di DUN SABAH.
Persoalannya, bagaimana TUMBANG UMNO di Sabah?
Strategi :-
A. PCS/USA fokus kawasan pedalaman dan majoriti KDM.
B. DSSA+DSP Lajim (harap2 dia join parti tempatan DSSA nanti) fokus kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur termasuk kawasan Utara di mana UMNO MAJORITI.
Dengan formula ini barulah cerah jalan yang kita nampak untuk kita menubuhkan kerajaan baru Sabah berasaskan parti tempatan. Siapa pun jadi Ketua Menteri, hal kedua yang penting kita berada dalam sistem yang betul dulu iaitu Sabah diperintah parti tempatan Sabah...
Hasmin Azroy Abdullah,
Ketua Ikatan Muda Nasional PCS.

Sunday 24 July 2016

PCS Tawarkan Lambang Untuk Digunakan Oleh Gabungan Sabah (USA).
24 Julai 2016, Kota Belud.
1. Sebagai tanda menghormati persepakatan dalam USA, Parti Cinta Sabah (PCS) telah membuat cadangan dan tawaran rasmi kepada Gabungan Sabah (USA) pada awal tahun ini ketika mesyuarat rasmi USA agar gabungan ini boleh menggunakan satu lambang dalam pilihanraya akan datang.
Kita harap STAR jangan lagi tawar lambang di suratkhabar. Gunakan saluran mesyuarat Gabungan Sabah.
2. PCS memilih untuk tidak menghebohkan tawaran itu demi menghormati urusan dalaman USA sehingga ia dipersetujui kelak. Kita tidak menawarkan "lambang di suratkhabar" demi publisiti murahan. Inilah cara dan gaya 'gentleman' dalam usaha penyatuan. Sayangnya ada pihak yang tidak memahami makna "kerjasama" dan memilih untuk popular di akhbar semata-mata.
3. Kita mengharapkan USA akan tetap kekal dalam usaha penyatuan dan semua pemimpin memahami makna urusan dalaman dalam proses memantapkan kekuatan gabungan.
Hasmin Azroy Abdullah,
Ketua Ikatan Muda Nasional PCS.

Gelombang dan Aura Sokong DSSA.

24 Julai 2016, Kota Belud.
1. Saya menghadiri ribuan penyokong Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) dalam satu majlis KELUAR UMNO beramai-ramai di Kota Belud sambil berhari raya. Tujuan saya bukan mahu sokong membuta tuli. Saya mahu dengar dari mulut DSSA sendiri tentang beberapa perkara.
2. Pertama, pandangan beliau soal parti. Apakah beliau berpemikiran federalis atau sebaliknya. Ternyata beliau memberi jawapan yang sangat mengujakan saya. Beliau beri jaminan akan menerajui parti lokal dan menolak tawaran bersama parti Malaya/Tun Mahathir. Katanya kita mampu urus Sabah sendiri dengan lebih cemerlang untuk kebaikan Persekutuan Malaysia juga. Maknanya, ada SABAH FIRST MENTALITY iaitu mendahulukan Sabah daripada persekutuan.
3. Kedua, apakah pandangan beliau terhadap Parti Cinta Sabah (PCS). Ini juga satu berita baik bagi saya apabila beliau mengiktiraf kewujudan PCS dan menyebut secara jelas, kita cinta Sabah. Sering juga disebutkan hubungan baik beliau dengan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing, Presiden PCS. Ini satu gambaran bahawa beliau rasional dalam memilih rakan perjuangan yang benar-benar jujur dan serius membela Sabah.
Rombongan Parti Cinta Sabah berhari raya bersama DSSA
4. Ketiga, saya cuba membaca keikhlasan dan kesungguhan beliau dalam menumbangkan rejim UMNO/BN. Rentetan cerita ini saya perhatikan :
A. Beliau adalah antara pengasas UMNO di Sabah dan bekerja keras mengembangkan UMNO sehingga menjadi orang No. 3 dalam UMNO, berpengalaman dalam 7 kementerian, dan ini satu pencapaian paling tinggi oleh seorang anak nelayan Sabah dalam konteks persekutuan. Sayang sekali semua ini tidak dipandang hanya kerana beliau menegur soal 1MDB.
B. Ketika beliau dipecat dari kabinet, beliau tidak kecil hati kerana itu adalah prerogatif Perdana Menteri untuk melantik sesiapa saja menjadi menteri kabinet. Jadi beliau tetap dengan prinsip dan integriti sebagai ahli UMNO iaitu tidak akan duduk sepentas dengan pembangkang walaupun Tun Mahathir yang jemput. Ini bukti kekuatan integriti kepimpinan.
C. Walaupun begitu, beliau akhirnya telah digantung keahlian dalam UMNO ketika masih menunaikan UMRAH di Mekah tanpa diberi peluang membela diri. Ini hasil cadangan dan sokongan Musa Aman dan Rahman Dahlan. Ini adalah kerja musuh politik beliau di Sabah.
5. Hasil pemerhatian ringkas ini, saya boleh simpulkan bahawa beliau serius dan jujur. Tiada wayang kulit. Beliau benar-benar ingin menumbangkan parti yang beliau sertai lebih 30 tahun lalu kerana pucuk pimpinan parti yang jelas korupsi dan tidak boleh ditegur. Begitu juga dalam konteks Sabah, beliau benar-benar ada kesungguhan menumbangkan Musa Aman kerana bersekongkol dengan pucuk pimpinan yang rasuah dan tidak boleh ditegur lagi. Maka sebagai salah seorang pemimpin pembangkang Sabah, saya ingin mengucapkan SELAMAT DATANG DSSA. Mari kita sama-sama menumbangkan Rejim UMNO/BN!
Hasmin Azroy Abdullah,
Ketua Ikatan Muda Nasional PCS.

Saturday 23 July 2016

I Am Not Racist, Just Being Practical.

23 Julai 2016, Kota Kinabalu.
1. Sebagai salah seorang rakyat Persekutuan Malaysia yang membayar cukai, apatah lagi melalui 'paksaan GST', kita amat berasa diperbodohkan oleh pemerintah. Pemerintah memaksa kita membantu membangunkan persekutuan ini dengan membayar cukai tetapi pada masa yang sama pemerintah mampu pula mencari sumbangan dana untuk membantu rakyat luar negara.
2. Jika pemerintah sayangkan rakyat, sepatutnya mereka mencari sumbangan untuk membantu rakyat sendiri dahulu jika wang kerajaan tidak mencukupi. Di Sabah ini kadar kemiskinan tegar masih tinggi. Banyak sekolah yang usang, jalanraya yang rosak dan kemudahan awam yang amat daif.
3. Tetapi pemerintah mencari sumbangan untuk sekadar mengajar rakyat negara luar berbahasa Melayu. Apa yang pemerintah mahu buktikan? Mahu tunjukkan kepada pengundi bahawa 'kerajaan jaga Islam dan Melayu' di seluruh dunia? Ini adalah indoktrinasi songsang yang memperbodoh pemikiran rakyat.
3. Rakyat negara luar akan belajar bahasa kita jika kita menunjukkan cara tadbir urus negara dengan hebat, kita mampu mengeluarkan teknologi bertaraf antarabangsa, dan ekonomi kita berkembang pesat. Tidak perlu kita yang terhegeh-hegeh mahu beri mereka wang untuk belajar bahasa kita.
4. Namun kita tahu hakikatnya, imej persekutuan Malaysia kini rosak akibat pendedahan dunia berkaitan skandal kewangan mega melibatkan sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang dinasihati oleh Perdana Menteri. Ekonomi merundum dengan penurunan ketara nilai matawang, pengurangan kadar faedah/OPR serta syarikat penerbangan dan automotif negara, dalam keadaan hidup segan mati tak mahu. Melihat senario ini, mana ada orang luar mahu belajar Bahasa Melayu kerana tiada nilai komersil akibat kebebalan pemerintah mentadbirurus persekutuan ini.
5. Jadi kita bantu warganegara Sri Lanka agar mampu berbahasa Melayu untuk apa? Supaya mereka boleh dibawa masuk bekerja di persekutuan ini dan seterusnya bakal jadi pengundi? Saya tidak bermaksud kita tidak boleh bantu orang lain yang susah di luar negara. Tetapi biarlah praktikal. Rakyat sendiri tersepit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat tetapi pemerintah masih berbangga dengan cerita 'membantu rakyat luar negara'. Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan.
6. Kita memilih pemerintah untuk menjaga kita sebagai keutamaan. Fikirkan cara bagaimana membantu menyenangkan rakyat sendiri. Rakyat sudah berkorban walaupun terpaksa. Rakyat Sabah sendiri telah lebih 30 tahun "membenarkan" Persekutuan Malaysia melalui Petronas menghisap hasil minyak dan gas atas nama SEBUAH NEGARA. Bahkan lebih 30 tahun juga Kerajaan Sabah "surrender" hak cukai yang dikutip oleh agensi persekutuan sebanyak 40% yang sepatutnya diberikan kepada Sabah secara jelas dalam perlembagaan persekutuan. Ironinya, kerajaan cari derma untuk bantu rakyat negara asing ketika anak Sabah masih jalan kaki melalui jalan denai meredah hutan dan lumpur untuk ke sekolah.
7. Selagi kita diperintah oleh kumpulan serigala jalanan ini, persekutuan Malaysia akan muflis dan rosak. Lebih-lebih lagi kepada Sabah yang bakal terheret sama. Hancur sebuah harapan menggunung untuk maju bersama seperti aspirasi kepimpinan terdahulu. Apalah makna persetujuan Sabah menandatangani Perjanjian Malaysia 1963?
Hasmin Azroy Abdullah,
Ketua Ikatan Muda Nasional Parti Cinta Sabah.

Friday 22 July 2016

Peguam Negara Hidup Dalam Penafian.

22 Julai 2016, Kota Kinabalu.
1. Beliau mengulas kenyataan DOJ US yang telah membekukan aset-aset milik individu-individu yang ada kaitan dengan 'Malaysia Official 1' sebagai satu sindirian sahaja dan tidak menyebutkan nama Perdana Menteri.
2. Kata Peguam Negara lagi tiada bukti bahawa wang 1MDB diselewengkan. Apakah beliau fikir rakyat terlalu bodoh? Beliau sebenarnya menghina kebijakan pemikiran rakyat.
3. Bagaimana mahu dibuktikan apabila semua agensi berkaitan tidak lagi berfungsi untuk membuat siasatan dan pembuktian. Peguam Negara terdahulu dipecat. Bahkan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri dipecat semata-mata kerana bercakap soal ini. Jika mereka ini salah, samanlah mereka.
4. Ini belum lagi kita sebut soal pegawai SPRM yang dipecat dan dipindahkan tugas. Juga misteri pembunuhan Timbalan Pendakwaraya, Pengerusi Ambank dan banyak lagi kematian mengejut yang membawa banyak persoalan yang pelik. Rakyat terpaksa terima sahaja sebab kematian mereka ini kerana yang memberi maklumat adalah "agensi berwajib".
5. Mereka yang cuba membuat laporan ditahan dalam lokap. Pemberi maklumat dicari habis-habisan tetapi maklumat yang dibocorkan tidak pula disiasat. Laporan audit berkaitan 1MDB diklasifikasikan sebagai RAHSIA. Jadi siapa yang boleh dituduh dan siapa yang boleh disiasat? Akhirnya apa yang mampu dibuktikan?
6. Seorang artis mengatakan US tidak perlu campurtangan soal dalaman Persekutuan Malaysia. Apakah artis ini masih waras? Wang telah 'dibawa masuk dan diurusniagakan' di dalam negara dia. Individu yang dibekukan aset itu juga tinggal dalam negara dia. Buat filem dan membeli aset mewah ratusan juta dollar Amerika. Sudah tentu kerajaan negara itu akan bercakap dan mempertikaikan, apatah lagi jika ada laporan. Ia bukan soal masuk campur tetapi mereka bercakap hal yang berlaku dalam negara mereka hasil siasatan. Lagipun tiada Peguam Negara Amerika atau menteri-menterinya dipecat kerana menyiasat soal ini. Mereka bebas dan telus dalam siasatan.
7. Jadi Peguam Negara tidak perlu berlagak bodoh sombong. Rakyat menilai dan berfikir dengan waras. Sehingga hari ini, wang yang dikatakan masuk ke akaun Najib yang kemudian dinafikan pula dengan mainan ayat "masuk ke akaun Najib tidak bermakna masuk dalam akaun peribadi Najib", tidak pernah dibuktikan secara konkrit dari mana sumbernya. Berulang kali "diperbetulkan" dari mana sumber wang itu didapati tetapi ternyata tidak pernah betul kerana sentiasa ada penafian dan percanggahan maklumat.
8. Apa yang pasti salah seorang yang dibekukan aset itu adalah ANAK TIRI NAJIB bernama Riza Aziz. Beliau wajar 'membantu' anak beliau agar tidak teraniaya jika beliau yakin Riza tidak bersalah. Persoalannya, apakah beliau akan mengaku Riza anak tirinya hanya kerana tidak disebutkan namanya secara jelas dalam laporan DOJ tersebut, atau akan lepas tangan demi menjaga jawatannya?
Kini kita faham, sesiapa pun orang yang pernah berbuat jahat, ketika terdesak dan takut dihadapkan ke muka pengadilan, mereka akan melakukan apa saja sekalipun ia adalah perbuatan yang disifatkan tidak berhati perut dan amat kejam...
Hasmin Azroy Abdullah,
Ketua Ikatan Muda Nasional Parti Cinta Sabah.

Thursday 21 July 2016

PENERANGAN : Tindakan Jabatan Keadilan US terhadap 1MDB
Oleh kerana Utusan, TV 3, NST dan TheSTAR tidak akan melaporkan apa-apa perkara ini dan lebih mementingkan cerita artis maka wajar kita ketahui apakah isi penting yang disebut dalam tindakan terkini oleh Department of Justice Amerika Syarikat terhadap skandal 1MDB.
1. DOJ (Dept of Justice) mengumumkan bahawa mereka akan membeku lebih dari 1 Billion USD (4 Billion ringgit) aset di US seperti rumah-rumah mewah dan hak cipta filem Wolf of Wall Street.
2. Perbelanjaan wang 1MDB ini juga termasuk pembayaran hutang judi di Las Vegas, pembelian kapal layar mewah dan pembelian jet peribadi jenama bombardier yang berharga lebih dari USD 35 juta (RM 120 juta).
3. Diumumkan antara individu yang terlibat dalam tindakan ini (empunya aset) adalah Riza Aziz (anak tiri Perdana Menteri) dan Taek Jho Low.
4. DOJ menyatakan bahawa aset 1 Billion USD (RM 4 Billion) ini merupakan sebahagian dari 3.5 Billion USD (RM 14 Billion) nilai jumlah wang yang dipercayai dicuri dari 1MDB.
5. 'Malaysian Official 1' merupakan antara penjawat awam yang juga dikatakan terlibat dalam skandal ini, walaupun namanya tidak disebut akan tetapi diterangkan bahawa Riza Aziz merupakan anak tiri kepada 'Malaysian Official 1'.
6. Lebih dari 100 Juta USD (RM 400 juta) wang 1MDB digunakan untuk membiayai filem 'Wolf Of Wall Street' sebuah filem yang mengisahkan cerita beberapa individu yang menipu dan mencuri duit orang ramai.
7. Filem 'Wolf of Wall Street' terbitan syarikat Red Granite Films yang dipunyai Riza Aziz.
8. DOJ menyatakan tidak satu sen pun dari sebarang keuntungan filem berkenaan ataupun dalam mana-mana aset dapat dirasai oleh rakyat Malaysia dan mereka becadang untuk memulangkan kembali semua kekayaan ini kepada Malaysia setelah selesai penyiasatan.

Thursday 23 June 2016

Keningau dan ESSZONE.

(Kota Kinabalu, 23.06.2016).
1. Tersebar satu surat yang dipercayai dari Pejabat Daerah Keningau yang menjelaskan maksud cadangan memasukkan Daerah Keningau sebagai salah satu kawasan ESSZONE.
2. Mari kita baca definisi ESSZONE :
(ESSZONE atau Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah adalah sebuah zon yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Abdul Razak pada 25 Mac 2013 berikutan dengan krisis pencerobohan yang berlaku di bahagian timur Sabah sebagai tambahan kepada ESSCOM. Ianya merangkumi kawasan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Tujuh balai polis akan dibangunkan di zon berkenaan dan lima batalion pasukan keselamatan berserta satu briged PGA akan turut ditempatkan).

3. Daripada definisi ini, kita tidak faham kriteria mana yang digunakan oleh pihak Pejabat Daerah Keningau mencadangkan Keningau sebagai kawasan ESSZONE. Apakah ada arahan tangan ghaib dengan niat politik yang tersembunyi?
4. Kita melihat jika cadangan ini dipersetujui, maka 'population transfer' besar-besaran pasti berlaku secara legal. Balai polis ditambah dan berbatalion PGA akan ditempatkan. Ini sudah pasti menambah jumlah undi di kawasan ini yang secara tradisinya memihak kepada pemerintah.
5. Cadangan ini wajar dibuka kepada umum dan saya yakin Anak Keningau tidak akan membenarkan ini terjadi. Tidak ada justifikasi untuk membenarkan ia diluluskan. Ini hanyalah wayang politik susulan "kisah menakut-nakutkan orang Sabah yang secara konsisten dilakukan oleh pemerintah persekutuan" sejak beberapa lama dulu. 'Ending' daripada kisah ini ialah justifikasi keselamatan untuk tujuan mencengkam kuasa politik agar ia nanti dipergunakan secara legal dan kelihatan berasas di mata umum.
6. Huguon Siou selaku pemimpin utama di kawasan ini, wajar memberikan penjelasan rasmi berhubung perkara ini. Apakah kita sudah sampai kepada tahap 'menjual daerah dan anak bangsa kita' demi kepentingan kuasa politik? Sampai bila Anak Sabah terus dihantui oleh sistem yang secara perlahan-lahan menghancurkan masa depan Anak Sabah melalui penguasaan demokrasi politik yang curang dan sumbang.
7. Saya mengundi untuk tidak bersetuju dengan cadangan ini. Sila sebarkan sebelum ia diluluskan tanpa pengetahuan umum.
Hasmin Azroy Abdullah,
Ketua Ikatan Muda Nasional Parti Cinta Sabah (PCS).

Monday 25 April 2016

Sebuah Puisi Perjuangan

Asusungkor

Sewaktu embun berangkat di Puncak Kimanis
Aku sedang menuruni lembah menuju Nabawan
Aku melihat kibaran cinta di kiri dan kanan
Aku bahagia dalam senyuman perjuangan

Ketika gema ‘asusungkor’ menjulang semangat
Aku merentap tali sedar yang membungkam warga
Melaungkan segala janji yang tidak pernah dipatuhi
Dan persetujuan nenek moyang yang dikhianati
Bahawa tanah ini harus sentiasa bangga dan berdaulat

Aku bukanlah malaikat yang meniupkan roh kebenaran
Aku juga bukanlah manusia yang punya segalanya
Aku hanya ingin berbangga saat anak bangsaku menjadi tuan
Bukan hanya sekadar menjadi hamba merempat di tanah sendiri
Aku hanya ingin melihat anak bangsaku menjadi terhormat
Sambil menyanyikan lagu kemerdekaan sepanjang masa

Kerana itulah aku rela tidur berselimutkan derita
Meninggalkan sofa empuk beralaskan emas permata
Semoga nanti wargaku akan bangkit dan bersatu lagi
Demi memaknakan semula harga diri dan kebebasan

Aku menanti sengsara ini berganti senyuman berairmata
Sekalipun ketika itu aku sudah menutup mata

Nim Yorza,
Kg Sarikan, Nabawan.
25.04.2016.

(Nota : Asusungkor dalam Bahasa Murut Tahol bermakna saling sokong-menyokong)

Sunday 13 March 2016

Memahami Proses Pembentukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan (Negeri) Sabah Demi Menumbang Kerajaan Zalim BN.

(13.03.2016 - Tuaran Sabah)
1. Persekutuan Malaysia mempunyai dua sistem kerajaan yang utama iaitu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri (dibaca mengikut tafsiran semasa dan bukannya dalam konteks 'rakan kongsi setaraf' seperti aspirasi kepimpinan Sabah terdahulu).
2. Untuk membentuk kerajaan persekutuan, kita perlu melalui pilihanraya umum (PRU) dan sesebuah parti atau gabungan wajar memenangi KERUSI PARLIMEN dengan majoriti mudah atau majoriti 2/3 (kerajaan yang lebih stabil dan mendapat mandat penuh).
3. Kerusi parlimen sekarang berjumlah 222. Di Malaya terdapat 165, Sabah 25, Sarawak 31 dan Labuan 1. Bagi membentuk kerajaan persekutuan sesebuah parti atau gabungan perlu menang majoriti mudah 112 kerusi sahaja. Jika dilihat menerusi perkiraan matematik mudah, sesebuah parti atau gabungan hanya perlu bertanding di Malaya yang mempunyai 155 kerusi untuk memenangi 112 majoriti mudah bahkan juga untuk mendapat majoriti 2/3 iaitu 148 kerusi tanpa perlu bertanding di Sabah, Labuan dan Sarawak yang hanya mempunyai 57 kerusi parlimen.
4. Dalam konteks Pakatan Harapan (PH) mahu menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya, jika mereka fokus kepada 155 kerusi di Malaya juga mampu menumbangkan BN sama ada majoriti mudah atau majoriti 2/3. Kini PH mempunyai 89 kerusi dan BN 133 kerusi. BN membentuk kerajaan tanpa majoriti 2/3.
5. Manakala untuk membentuk kerajaan negeri (Sabah), sesebuah parti atau gabungan perlu melalui Pilihanraya Negeri (PRN) dan bertanding merebut 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Jika menang 31, maka boleh membentuk kerajaan Sabah dengan majoriti mudah atau 40 kerusi untuk membentuk majoriti 2/3. Sekarang ini BN membentuk kerajaan Sabah dengan majoriti lebih 2/3. Kerusi DUN pembangkang hanya 12 daripada 60. (Maklumat tambahan : PRU dan PRN dijalankan serentak di seluruh persekutuan kecuali Sarawak).

6. Oleh itu, Anak Sabah wajar memahami proses pembentukan dua sistem kerajaan ini demi memastikan HAK SABAH tidak tergugat bahkan mampu diperkuatkan lagi. HAK Sabah yang paling berautoriti dan berautonomi ialah Kerajaan Sabah melalui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Jika kita memahami kuasa DUN dan Kerajaan Sabah khususnya Senarai II dalam Perlembagaan Malaysia, maka kerajaan Sabah tidak perlu terlalu bergantung kepada kerajaan persekutuan bahkan mampu memberi tekanan kepada kerajaan persekutuan agar HAK Sabah dan Anak Sabah tidak diganggugugat. Misalnya untuk mengembalikan status Tuan Yang Dipertua Negara Sabah, ia hanya perlu diluluskan oleh DUN Sabah dan kembalikan semula status tersebut dalam perlembagaan Sabah. Justeru itu, wajarlah parti tempatan Sabah yang bertanding di kerusi DUN dan membentuk kerajaan Sabah agar Ketua Menteri Sabah kelak tidak dipengaruhi oleh polisi dan kepimimpinan parti dari luar Sabah.
7. Hak Sabah seterusnya mampu dikuatkan lagi jika 25 kerusi parlimen di Sabah ini turut dimenangi oleh parti tempatan Sabah. Semua keputusan yang dibuat di DUN Sabah pasti akan dapat dibawa dengan lebih kuat di Dewan Rakyat kerana Ahli Parlimen Sabah tersebut tidak perlu bimbang tentang jawatannya di peringkat persekutuan kerana BOS dia dari Sabah dan dia hanya akan ikut polisi parti dan pemimpin di Sabah. Tidak seperti hari ini, ahli parlimen Sabah dari BN mahu pun PR sangat bergantung kepada polisi dan keputusan pimpinan parti yang bukan berpusat di Sabah dan akhirnya suara mereka hanyalah umpama angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tanpa ada kekuatan.
8. Namun begitu, saya setuju bahawa untuk menumbangkan BN di Putrajaya parti pembangkang Malaya mahu pun Sabah dan Sarawak wajar berkerjasama. PH perlu terlebih dahulu memahami ASPIRASI rakyat Sabah khususnya dengan mengambilkira HAK SABAH KETIKA MEMBENTUK PERSEKUTUAN MALAYSIA seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, 20 Perkara, Batu Sumpah, kenyataan-kenyataan kepimpinan terdahulu dan memahami manipulasi politik Malaya sehingga UMNO berjaya 'menjajah' Sabah. Semua aspirasi ini akan lebih kukuh jika yang mengangkatnya ialah parti Sabah oleh Anak Sabah yang mana semua polisi dan dasar parti dibuat di Sabah demi cinta kepada Sabah.
9. Setelah aspirasi ini difahami maka ia perlu diterjemahkan melalui tindakan seperti permuafakatan rasmi bahawa PH memberikan ruang sepenuhnya kepada parti dan gabungan pembangkang Sabah untuk bertanding di 60 kerusi DUN kerana kerusi DUN tidak ada kena mengena langsung untuk menumbangkan BN di Putrajaya. Manakala kerjasama mengikut formula Sabah perlu dipatuhi oleh PH bagi 25 kerusi parlimen di Sabah. Jika ini berjaya dicapai, maka formula untuk 1 lawan 1 menentang BN bakal tercapai dengan mudah. Ada juga yang kata, jika begitu, mudah saja formulanya, kerusi DUN Sabah sokong dan menangkan parti dan gabungan Sabah manakala kerusi parlimen, sokong dan menangkan PH. Ini satu pandangan mudah dan saya tidak terus mengiyakan atau menafikan langsung namun masih perlu diperhalusi dengan cermat agar HAK Sabah tidak tergugat lagi.
10. Perkiraan ini lebih mudah jika di Malaya, pembangkang mereka juga berterusan 1 lawan 1 dengan BN. Sayangnya akhir-akhir ini kelihatan bahawa pertembungan 3 penjuru bakal berlaku iaitu BN, PH dan PAS+Gabungan. Ini sudah tentu merosakkan lagi formula menumbangkan BN dan ini juga satu perkara yang jelas kepada Anak Sabah agar kembali memperhatikan KEPENTINGAN PARTI TEMPATAN SABAH demi menguatkan kembali KUASA AUTONOMI SABAH seperti ketika mula-mula membentuk Persekutuan Malaysia dahulu. Jika KUASA AUTONOMI SABAH SUKAR DIPERJUANGKAN MELALUI KERUSI PARLIMEN, MAKA TIADA JALAN LAIN SELAIN MENGUASAI DUN DAN KERAJAAN SABAH!
Hasmin Azroy Abdullah,
Ketua Ikatan Muda Parti Cinta Sabah Nasional.
Nota : Rujuk PM63 Jadual Keempat dan Perlembagaan Malaysia Jadual Sembilan.

Friday 11 March 2016

Pencari atau Pencuri Minyak Sabah.

1. Baru-baru ini ketika berada di sekitar Matunggong Kudat, saya perasan begitu banyak pekerja-pekerja Petronas berlegar-legar di jalanraya utama. Ada juga yang masuk kampung dan sepertinya membuat tanda-tanda di sepanjang jalan yang dilalui.
2. Saya ada bertanya kepada pekerja-pekerja berbaju merah. Kata mereka ini adalah proses untuk 'explore' minyak 'onshore'.
3. Persoalan saya ialah mengapa kerja-kerja sebegini sehingga masuk ke pelusuk kampung-kampung terpencil bahkan menghantar jentera pelik-pelik yang tidak biasa dilihat, tidak ada apa-apa pemberitahuan kepada masyarakat setempat. Semua penduduk yang ditanya juga tidak dapat menjawabnya dan kelihatan keliru apatah lagi sesekali kenderaan polis turut masuk bersama kenderaan bercop Petronas.
4. Jika kenderaan-kenderaan ini adalah kenderaan pengganas yang menggunakan cop Petronas, maka keselamatan penduduk di kawasan tersebut pasti sedang terancam. Bahkan kenderaan ini sesuka hati berhenti di mana-mana tempat dan adakalanya menghalang laluan penduduk.
5. Kerajaan Sabah pimpinan DS Musa Aman wajar memberikan jawapan bagaimana SOP untuk syarikat carigali menjalankan operasi explorasi minyak agar tidak mengganggu ketenteraman penduduk awam dan juga tidak menimbulkan tanda tanya.
6. Minyak Sabah sedang diperah sedangkan orang Sabah di persekitaran pun tidak tahu apa-apa. Kesian orang Sabah! Terus-terusan diperbodohkan!

Saturday 5 March 2016

Deklarasi Rakyat (Tun Mahathir, Pemimpin Veteran, NGO dan Pemimpin Pembangkang)

Berikut adalah teks penuh Deklarasi Rakyat yang dibaca oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis deklarasi anti-Najib hari ini:

1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial datam negara.

2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.

3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.

4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-"Cash is King".

5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.

6. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.

7. Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Tanya tidak lagi menjadi Dana Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang Negara.

8. 1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga yang RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tarnat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.

9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di datam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1 MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan

kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.

10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan Pinjaman ke PSI untuk us$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak us$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. sebaliknya 1 MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di datam dana di Kepulauan caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KpMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.

11. 1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada

Aabar untuk membeli 49 peratus saham di datam syarikat-syarikat janakuasa 1 MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar, International Petroleum Investment Corporation(IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di datam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.

12. 1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu,"Aabar Investment PJS Limited", yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC.

13. 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke datam Bank BSI di Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di datam bentuk wang tunai, tetapi aset. Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan"unit"yang bermakna bahawa tanya tidakpun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia. Tanya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di datam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan.

14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas)2012(SOSMA)kerana mensabotaj

ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1 MDB.

15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di datam akaun peribadinya di Ambank.

16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di datam akaun peribadinya, Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13 kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi,

dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.

17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan. Tetapi jumlahnya kecil.

18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahkamah tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.

19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di datam akaun peribadinya. Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.

20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis Di Raja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

21. Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara disingkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan keatas 1 MDB. Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.

22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadangan Bank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan.

23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.

24. peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM. Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut.

25. peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran datam bidang mereka.

26. penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang.

27. Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal- skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.

28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.

29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di datam pentadbiran Kerajaanpun akan dilindung daripada pengetahuan awam,

30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion)telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.

31. Rakyat juga semakin menderita.

32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.

33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPP)Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.

34. Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik. Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup datam ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan

bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima.

35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan datam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di datam Perlembagaan persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.

36.0leh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong

a) penyingkiran Dato'Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.

b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya

c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jetas metanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan

d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC

37. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.

Tandatangan rakyat :
SENARAI PENANDATANGAN DEKLARASI

Lima pertama:
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Tun Dr Ling Liong Sik
Datuk Seri Azmin Ali
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Lima kedua:
Datuk Seri Mukhriz Mahathir
Mohamad Sabu
Lim Kit Siang
Datuk Mustafa Ali
Datuk Ambiga

Lima ketiga:
Tan Sri Sanusi Junid
Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Kamarudin Jaffar
Datuk Mahfuz Omar
Tan Sri Muhammad Mohd Taib

Lima keempat:
Tian Chua
Teresa Kok
Anthony Loke
Tan Sri Aziz Yasin
Datuk Kadir Jasin

Lima kelima:
Salahudin Ayub
Datuk Dr Mujahid
Datuk Husam Musa
Rafizi Ramli
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah

Lima keenam:
Datuk Fauzi Abdul Rahman
Datuk Lajim Okin
Hasanudin Yunus
Samsul Iskandar Akin
Maria Chin Abdullah

Lima ketujuh:
Dr Syed Azman
Amiruddin Saari
Datuk Hamidah Othman
Kamarul Azman Habibur Rahman
Uncerognised Indian lady

Lima kelapan:
Zahid Mat Arip
Elizabeth Wong
Tamrin Tun Ghafar
Afif Bahardin
Hishamudin Rais

Lima kesembilan:
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
Ainina Saadudin
Abdullah Sani
Datuk Wan Abu Bakar Muhammad
Sayid Sadiq Abdul Rahman

Tawaran Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru 2016

Boleh Dicuba.

Antara opsyen yg ditawarkan utk kmsukan IPG 2016:-

BM 280 calon
B Ing 310 calon
B Cina 180 calon
B Tamil 100 calon
Matematik 200 calon
Sains 210 calon
Pdkn Islam 200 calon
B Iban 15 calon
B Kadazandusun 15 calon
Pdkn Khas Mslh Pebljr 72
Pdkn Khas Msh Pdgran  13
Pdkn Khas Msh Plihatan 5

 Klu ada adik brdik/czin/ sdara mara berminat masok ipg    mklumt spt di 👆🏼 . iklan 7/3/16 on line 8/3/16.
Permohonan Kemasukan Ke Iinstitut Pendidikan Guru (IPG) 2016 akan mula dibuka pd 6 MAC 2016. Syarat kemasukan ialah SPM 5A. Pelajar2 atau anak2 ahli yg berminat bolehlah melayari portal KPM mulai tarikh tersebut. Berdasarkan info yg diterima, nama pelajar2 yg memperoleh 5A SPM 2015 akan secara automatik keluar di paparan tersebut setelah pelajar mengisi ID masing2. Sekiranya nama mrk terpapar dan bminat utk memohon IPG, sila lengkap butiran yg diperlukan dan tindakan yg paling penting ialah klik HANTAR setelah siap dilengkapisi. Minta pelajar atau anak2 membaca arahan dgn teliti.

Friday 4 March 2016

Sebuah Puisi Di Bangkok

Menam Chao Phraya

Menelusuri Menam Chao Phraya
Umpama melihat hidup sebatas air sungai
Berkocak di permukaan beralun ombak
Entah di dasarnya tenang atau gemuruh
Tetapi ia harus terus mengalir menjadi nadi
Tidak pernah ditanya tentang rela atau terpaksa
Hanya alam yang menentukan takdirnya

Di tebing Menam Chao Phraya itu
Seekor burung cantik mengirai bulunya
Sambil bermain percikan air yang keruh
Meski tubuhnya basah hatinya mengering
Oleh bahang api cinta yang menyala

Jauh di dasar Menam Chao Phraya
Seekor ikan hampir kehilangan nafas
Tersekat oleh ribuan rumpai di permukaan
Namun siapakah yang pernah peduli
Tentang nasib seekor ikan kecil

Dan di antara burung cantik dan ikan kecil itu
Air sungai adalah pemisah dunia mereka
Sampai masanya burung akan terbang jua
Ikan kecil itu akan terus bersemadi di dasar
Yang tertinggal hanyalah hembusan angin
Mencipta ombak mengalunkan irama rindu

Begitulah terzahirnya hakikat hidup
Yang perlu diteruskan apa adanya
Seperti sungai yang terus mengalir

Nim Yorza,
Bangkok, Thailand.
16.12.2015.

Wednesday 2 March 2016

Pemimpin Malaysia Terima USD 1 Billion (Wall Street Journal).

(02 Mac 2016, Manggatal Sabah)
1. Wall Street Journal merupakan antara akhbar terkemuka dunia. Walaupun tidak semestinya semua berita yang dipaparkan adalah sahih namun ia tidak semudah itu untuk diabaikan. Sekurang-kurangnya ada asas untuk 'diperhatikan. Janganlah kita menggunapakai istilah "cubaan untuk menjatuhkan kepimpinan Islam". Ini bukan soal agama tetapi ini soal integriti.
2. Aneh sekali Peguam Negara baru "lantikan" PM Najib yang hanya beberapa bulan menjawat jawatan telah berjaya mensucikan PM Najib daripada dakwaan skandal kewangan ini. Mungkin Peguam Negara yang dipecat sebelum ini adalah kurang bijak dalam menentukan keputusan hebat seperti yang dilakukan oleh Peguam Negara yang baru.
3. Bukan hanya Persekutuan Malaysia bahkan seluruh dunia mengikuti perkembangan skandal kewangan terbesar melibatkan pemimpin utama ini secara serius dan terperinci. Selain soal nilai wang yang cukup besar, ia juga menjadi perhatian akibat cubaan yang cukup hebat dalam menutupi kes ini dan meminta seluruh rakyat menerimanya sebagai sekadar sebuah derma biasa.
4. Terkini, Tun Mahathir Mohamed, Perdana Menteri paling lama Persekutuan Malaysia telah mengumumkan keluar daripada parti dominan pemerintahan persekutuan iaitu UMNO. Alasan beliau ialah UMNO kini bukan lagi UMNO yang dahulunya berjuang untuk rakyat tetapi sekadar menjaga kepentingan pemimpin tertentu khususnya PM Najib. Alasan beliau ini ada asasnya jika kita memperhatikan bagaimana menteri-menteri kabinet PM Najib yang cuba mempertahankan beliau walaupun akhirnya yang semakin terserlah ialah kecelaruan dan kontradiksi berkaitan 'fakta-fakta' yang cuba dijustifikasikan sebagai kebenaran.
5. Namun begitu, tindakan Tun M ini bukanlah satu-satunya tindakan terbaik untuk menyelamatkan Persekutuan Malaysia dan membersihkan nama kita di mata dunia. Ini adalah kegagalan total Tun M kerana mewariskan sistem pentadbiran yang korupsi, salahguna kuasa dan pelapis kepimpinan yang tidak berintegriti.Jika saja ketika zaman Tun M sudah meluas penggunaan internet, pasti penyebaran salahlaku pentadbiran persekutuan juga tidak kurang hebatnya. Cuma satu perkara yang boleh diberikan kredit kepada Tun M ialah beliau berjaya memastikan bebanan rakyat khususnya kos sara hidup tidak terlalu tinggi seperti yang berlaku hari ini.
6. Maka apa yang rakyat persekutuan perlu hari ini bukanlah satu lagi kumpulan kepimpinan 'ciptaan' Tun M tetapi satu set sistem pentadbiran yang diinstitusikan secara mantap dengan meminimakan kecenderungan untuk dimanipulasikan oleh pemimpin dan bakal pemimpin seterusnya. Ini hanya boleh dilakukan oleh pemimpin baru, muda dan berwibawa. Pemimpin-pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan dan pemikiran yang segar dan terkeluar daripada kepompong pemikiran lama.
7. Ini hanya boleh terjadi dengan kuasa rakyat dan bukannya kerana desakan Tun M. Rakyat harus menolak semua kelompok kepimpinan yang tidak berintegriti dan mempunyai kaitan langsung dengan gaya kepimpinan yang ada hari ini khususnya pemimpin-pemimpin UMNO BN. Selagi sistem pentadbiran dan gaya kepimpinan ini masih sama, sesiapa pun yang bakal menjadi Perdana Menteri Persekutuan Malaysia, rakyat akan tetap menderita.
8. Dalam konteks Sabah, kita memerlukan sebuah kerajaan Sabah baru yang mempunyai set pemikiran yang mengutamakan kepentingan Sabah dan rakyat Sabah. Sabah adalah sebuah wilayah berdaulat sebelum bergabung membentuk Persekutuan Malaysia. Maka hak autonomi dan pemerintahan Sabah wajar dipenuhi. Ini penting agar Sabah dapat 'menghindarkan' diri daripada terpalit dengan sistem kepimpinan persekutuan yang rosak dan mengakibatkan kemajuan dan potensi kegemilangan Sabah turut terencat dan terbantut dalam semua bidang sama ada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan juga sukan.
9. Untuk memastikan kuasa autonomi Sabah dapat dilaksanakan dalam kerangka pentadbiran yang jelas, satu-satunya cara ialah dengan memberikan kuasa kepada parti tempatan Sabah untuk menguasai Dewan Undangan Negeri seterusnya membentuk kerajaan Sabah yang ditadbir secara zahir dan batin oleh aspirasi Sabahan dan bukan sekadar kerajaan boneka seperti kerajaan Sabah hari ini yang hanya mengikuti polisi parti yang diketuai oleh Presiden dari luar Sabah.
Hasmin Azroy Abdullah,
Ketua Ikatan Muda Parti Cinta Sabah Nasional.

Monday 29 February 2016

Kenangan 4 Tahun Sekali


Kenangan 4 Tahun Sekali
Hari ini bertarikh 29 Feb 2016. Tarikh unik yang akan kita temui 4 tahun sekali. Ada beberapa peristiwa yang berlaku di Persekutuan Malaysia hari ini. Salah satunya ialah pengisytiharan Tun Mahathir Mohamed dan isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali untuk keluar daripada UMNO atas alasan UMNO kini hanyalah untuk pertahankan Presiden dan bukan lagi memperjuangkan rakyat.

Apa pun yang berlaku di Malaya, biarlah mereka uruskan. Apa yang penting ialah perjuangan HAK Sabah mesti diteruskan tidak kira siapa yang bakal memerintah kerajaan Persekutuan Malaysia. Masih banyak yang kita hilang di Sabah sejak kita bergabung membentuk Persekutuan Malaysia. 

Saya berharap apabila kita berjumpa semula tarikh ini pada Wawasan 2020, Sabah telah pun berada dalam situasi yang lebih baik beserta kuasa autonominya. Sengaja saya mengambil gambar di bilik bacaan saya hari ini agar tahun 2020 nanti saya akan ingat bahawa ketika itu Sabah mesti jauh lebih baik daripada hari ini. Demi itu, saya akan terus berjuang dan berjuang!

Friday 12 February 2016

Pekan Melalap - Realiti atau Retorik Politik BN.

1. Pada tahun 2012 iaitu setahun sebelum Pilihanraya ke 13, penduduk Melalap dibunga-bungakan hatinya oleh pihak kerajaan pentadbiran BN dengan upacara pecah tanah yang dilakukan oleh DS Musa Aman, Ketua Menteri.


2. Upacara pecah tanah ini dilakukan semata-mata untuk menutup mulut dan mematikan isu yang dibawa oleh parti pembangkang berkaitan isu itu. Maka rakyat akhirnya terpedaya dan memberikan kemenangan kepada BN di Melalap.
3. Alasan kelewatan pembinaan itu ialah kerana masalah hak milik tanah di kawasan pekan itu yang dimiliki oleh Sime Darby iaitu sebuah syarikat berkaitan kerajaan persekutuan (GLC). Apakah bentuk rundingan yang telah dibuat antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan sehingga lebih 3 tahun berlalu, belum ada kesepakatan antara kedua-dua kerajaan sedangkan kedua-duanya berasaskan BARISAN NASIONAL?
4. Mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia, dalam Senarai 2, jelas termaktub bahawa SOAL TANAH adalah KUASA AUTONOMI MUTLAK Kerajaan Sabah. Bahkan dalam perlembagaan Sabah juga jelas melalui Ordinan Tanah Cap 26 tentang kuasa Kerajaan Sabah dalam soal tanah. PERSOALAN TERBESAR ialah mengapa KERAJAAN SABAH PIMPINAN BN GAGAL MENJALANKAN KUASA yang diperlukan demi kebaikan rakyat Sabah?
5. Maka jelaslah bahawa pembinaan Pekan Melalap ini dijadikan retorik politik untuk keperluan 2 atau 3 pilihanraya demi meraih sokongan. Kerajaan jenis ini yang memperbodohkan rakyat Sabah khususnya orang Melalap wajar dibuang pada pilihanraya akan datang. Mereka marah jika kita sebutkan bahawa ia hanya wayang politik tetapi kita bukan anak kecil yang tiada pemikiran kritis. Kita melihat dan memerhati dan melalui tindakan-tindakan kerajaan, ia jelas kelihatan cuma bermotif politik dan bukan menggambarkan TANGGUNGJAWAB SEBUAH KERAJAAN PILIHAN RAKYAT.
6. Bahkan mereka lebih dulu lakukan upacara pecah tanah tetapi lebih 3 tahun kemudian barulah ada PENJELASAN CADANGAN. Apakah ini juga akan menjadi cerita yang sama seperti PRU yang lalu iaitu setahun sebelum PRU maka 'bunyi' tentang Pekan Melalap kembali berkumandang? Cukuplah memperbodohkan rakyat Sabah!
Hasmin Azroy Abdullah,
Ketua Ikatan Muda Nasional PCS .

Wednesday 27 January 2016

Semua Parti Luar Sabah Tidak Boleh Membentuk Kerajaan Sabah.

(27 Januari 2016)
1. Presiden Parti Cinta Sabah iaitu Dr Nicholas James Guntobon, menegaskan bahawa menurut Perlembagaan Sabah, Artikel 6(3)(7) semua parti-parti yang tidak berdaftar di Sabah tidak layak membentuk kerajaan Sabah ekoran daripada sistem pelantikan Ketua Menteri oleh TYT yang agak terperinci dan ketat.
2. Kenyataan ini memberikan banyak reaksi daripada parti-parti politik yang ingin bertanding di Sabah khususnya parti dari luar Sabah. Ada yang memberikan justifikasi demokrasi, boleh pilih siapa saja Ketua Menteri yang boleh mendapat sokongan majoriti. Tetapi ramai lupa bahawa demokrasi itu juga adalah terikat dalam undang-undang (bound by the law).
3. Jika hanya perlu memilih Ketua Menteri berdasarkan suara majoriti ahli DUN, maka DS Lajim, Dtk Rubin, YB Zainal tidak perlu masuk UMNO dan jadi wakil rakyat BN untuk memungkinkan Dtk Sakaran Dandai menjadi Ketua Menteri ketika krisis politik Sabah suatu waktu dulu. Mereka boleh terus jadi ADUN Bebas dan sokong Sakaran jadi Ketua Menteri, tetapi kerana undang-undang Sabah jelas mahukan PARTI MENANG MAJORITI dan bukan sekadar SOKONGAN MAJORITI.
4. Tujuan PCS bercakap soal ini bukan hanya berniat politik tetapi lebih daripada itu ialah untuk memberikan pemahaman kepada rakyat bahawa undang-undang Sabah unik dan mampu menjaga kepentingan Sabah tanpa banyak bermain wayang politik. Jika kita faham dan guna undang-undang ini maka HAK Sabah khususnya dalam soal KUASA KERAJAAN SABAH tidak akan mudah dimanipulasi.
5. PCS juga tidak mahu jika ada parti pembangkang yang menang tetapi akhirnya tidak berjaya membentuk kerajaan kerana kekangan undang-undang. Kesian kepada rakyat yang menyokong. Mereka tentu kecewa. Akhirnya yang rugi ialah Sabah secara keseluruhannya.
6. Walau bagaimanapun, ini hanya terpakai kepada KERUSI DUN SABAH. Kerusi Parlimen masih terbuka kepada semua parti di Persekutuan Malaysia. Jika PR/PH benar-benar jujur untuk menumbangkan UMNO/BN Putrajaya, maka fokuslah kepada kerusi parlimen dengan bekerjasama dengan parti nasional Sabah kerana hanya kerusi parlimen boleh ubah Putrajaya bukannya kerusi DUN.
Hasmin Azroy Abdullah,
Ketua Ikatan Muda Nasional PCS.