Pages

Sunday 3 April 2011

Datuk T dan Video Seks

Dunia politik Malaysia khususnya gempar apabila beberapa insan yang akhirnya mengaku sebagai Datuk T (Trio) iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik,Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendedahkan kepada wartawan kanan berkenaan dengan sebuah video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bertempat di Carcosa Seri Negara.
Pada ketika ini, pihak polis telah memaklumkan secara rasmi bahawa video berkenaan sebagai tulin.Pada saya,pengumuman pihak polis tersebut hanyalah berkaitan dengan persoalan sama ada video tersebut merupakan video asli atau video lain yang telah dimanipulasikan, direkayasa ataupun diubahsuai untuk tujuan tertentu.Maknanya ia bukan bermaksud bahawa pelaku video tersebut ialah DSAI yang tulin tetapi yang tulin hanyalah video tersebut.
Persoalannya ialah, siapakah pelaku sebenar di dalam video tersebut? Apakah DSAI tulin atau DSAI palsu alias menyamar alias pelanduk dua serupa? Oleh sebab inilah, mengapa Ketua Polis Negara,Tan Sri Ismail Omar tidak mendedahkan kepada umum tentang siapakah pelaku sebenar dalam video tersebut. Jawapan kepada persoalan ini memerlukan siasatan khas dan terperinci. Maka saya amat menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) agar kebenaran tentang siapakah pelaku sebenar dalam video tersebut dapat diketahui. Ini penting kerana,selain melibatkan maruah individu,kes ini juga mempunyai impak terhadap kepentingan awam kerana ia telah pun dipolitikkan secara meluas.
Walaupun begitu, rentetan cerita berkaitan video seks tersebut sebelum ini banyak menjurus kepada kekeliruan ketara, malah mengundang kontoversi dan perdebatan umum seperti isu Jam Omega, isu alibi DSAI yang mendakwa sedang mengemaskini status laman sosial Facebook dan Tweeter. Kesemua isu ini ditimbulkan sendiri oleh DSAI dalam satu persidangan media yang dianjurkan oleh beliau untuk menafikan terlibat dalam video seks tersebut sekalipun sebelum itu, belum ada pihak yang secara rasmi menuduh bahawa DSAI adalah pelakunya. Baca sini...
Apa yang menjadikan saya hairan dan tidak habis fikir ialah berkaitan dengan sikap dan pemikiran segelintir rakyat termasuk orang-orang politik Malaysia yang kelihatan 'double standard'.Jika orang lain buat,salah tetapi jika orang sendiri buat,kata difitnah.Cubalah renungkan seketika, ambil pendekatan mencari kebenaran.Pepatah Melayu ada mengatakan, 'pokok tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin'.Sama ada pokok tersebut bergoyang akibat tiupan angin atau kerana digoyang oleh manusiab,iarkan pihak berwajip melaksanakan kerja mereka.
Apa yang lebih menghairankan, Datuk Trio diminta pertanggungjawaban untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana mendedahkan perkara ini. Pada hemat saya,jika mereka perlu dikenakan tindakan pun, hanyalah kerana memiliki atau cubaan menerbitkan video porno yang jelas salah.Namun bukan kerana kesalahan mendedahkan perkara tersebut. Apakah kita bersetuju,jika seseorang mendedahkan bahawa kita mencuri, maka pihak yang mendedahkan itulah yang bersalah kerana mendedahkan kesalahan tersebut? Kedengaran aneh bukan...Jika begitu, selepas ini pasti tiada siapa lagi akan tampil untuk mendedahkan salah laku mahupun jenayah orang lain.
Pokok pangkal daripada cerita ini ialah,apakah benar DSAI ialah pelaku dalam video tersebut atau tidak kerana umum telah dimaklumkan oleh pihak berwajib bahawa video itu bukan diubahsuai.Soal siapa yang mendedahkan adalah satu perkara lain.Walaupun menurut undang-undang sivil Malaysia, tidak menjadi satu kesalahan jenayah melakukan seks sukarela, namun kerana pelaku yang dikaitkan mempunyai impak terhadap negara dan kepentingan awam, maka perkara ini wajib disiasat.

No comments:

Post a Comment

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...