Pages

Saturday 18 February 2012

Ketua Pemuda UMNO Keningau Buta Sejarah?

Saya sebenarnya tidak begitu berminat memberikan pandangan balas terhadap komentar Sdra Azman Hj Ruslan, Ketua Pemuda UMNO Keningau di sebuah akhbar baru-baru ini. Saya lebih berasa malu bahawa di Sabah ini masih ada pemimpin yang agak buta sejarah. Atas kesedaran itu maka saya cuma ingin kongsikan kepada warga Sabah bahawa jangan lagi keliru dengan kenyataan pemimpin-pemimpin seperti ini. Sabah BUKAN MERDEKA melalui pembentukan Malaysia. Sabah telah merdeka 16 hari sebelum pembentukan Malaysia. Malah Sabah BUKAN MENYERTAI Malaysia tetapi BERSAMA-SAMA MEMBENTUK Malaysia dengan tiga wilayah jajahan British yang lain, yang juga telah MERDEKA sendiri iaitu, Persekutuan Tanah Melayu (31 Ogos 1957), Singapura (3 Jun 1959) dan Sarawak (22 Julai 1963) melalui Perjanjian Malaysia 1963 yang ditandatangani di London bersama wakil British dengan jaminan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Ketua Menteri Tanah Melayu yang jelas mengatakan bahawa penggabungan ini adalah untuk membolehkan Sabah dan Sarawak berdikari sendiri sebagai RAKAN KONGSI YANG SAMA TARAF. Sama taraf dengan Malaya, Singapura dan Sarawak, bukannya sama taraf dengan negeri-negeri dalam Malaya.Jika Sdra Azman Haji Ruslan inginkan penjelasan lanjut, saya bagi mewakili seluruh generasi muda Sabah yang menyokong perjuangan Agenda Borneo, membuka pintu seluas-luasnya untuk beliau menghadiri Borneo Tea Party yang dianjurkan oleh United Borneo Front di mana-mana seluruh Sabah. Malah jika beliau malu pada khalayak, saya bersedia untuk berkongsi sejarah sebenar Perjanjian Malaysia 1963 ini secara empat mata.


Ingin saya nyatakan di sini bahawa dengan keahlian setengah juta UMNO seperti yang beliau katakan, maka seramai itulah orang Sabah yang terkeliru dengan kenyataan pemimpin seperti ini. Sejarah negeri sendiri pun masih keliru tetapi ada hati untuk menjadi pemimpin dan mencabar pejuang hak-hak Sabah. Saya menegaskan di sini bahawa perjuangan Agenda Borneo yang dibawa oleh parti STAR tidak sekali-kali bersifat kedaerahan semata-mata tetapi disusuli oleh tuntutan hak yang sah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 yang turut merangkumi Perkara 20. STAR tidak meminta hak negeri lain tetapi sekadar meminta hak sendiri ditunaikan, setelah 48 tahun dipermainkan oleh kerajaan pimpinan UMNO/BN.

Saya amat yakin, sebagai pengamal undang-undang, beliau pasti tahu dengan lebih jelas apabila kita menyebut soal PERJANJIAN. Namun saya juga amat hairan mengapakah beliau terus mempersoalkan motif perjuangan STAR khususnya dalam pembentukan Perikatan Borneo Bersatu. Motif kita sangat ringkas dan mudah iaitu kita menuntut hak kita seperti yang termaktub dalam PERJANJIAN MALAYSIA 1963. Tetapi saya bimbang jika pemimpin hebat seperti beliau pun mungkin masih belum membaca perjanjian ini, apatah lagi tentang Perkara 20 yang menjadi syarat utama sebelum Sabah bersedia membentuk Malaysia bersama.Kita mahukan perubahan dengan cara dan platform yang tepat. Lebih 20 tahun rakyat Sabah memberikan peluang kepada pemimpin Sabah khususnya ORANG UMNO, tetapi tiada seorang pun daripada mereka ini yang berani memperjuangkan perkara ini sedangkan perjuangan ini adalah dalam bentuk PERJANJIAN yang sah. Jadi apa kaitan keikhlasan perjuangan dengan penubuhan Perikatan Borneo Bersatu? Yang jelas UMNO yang tidak ikhlas memperjuangkan apakah hak-hak sebenar rakyat Sabah.

Melalui Perikatan Borneo Bersatu inilah yang kita fokuskan kepada penyatuan sebenar semua rakyat Sabah di bawah satu perjuangan yang sama. Apakah ini yang beliau katakan sebagai krisis keyakinan diri? Atau pemimpin UMNO/BN sendiri yang sudah mula hilang kepercayaan terhadap perjuangan UMNO/BN? Malah melalui penyatuan inilah yang akan kita pastikan soal perpaduan, kestabilan ekonomi dan politik Sabah dapat diperjuangkan pada landasan yang tepat oleh orang yang tepat.Jika kuasa autonomi dikembalikan kepada Sabah secara total, maka beliau tidak perlu bimbang lagi soal ini. Ini kerana selama UMNO/BN di Sabah justeru menambahkan lagi perpecahan dalam kalangan rakyat melalui dasar pecah dan perintah UMNO. Terbukti dengan sistem penggiliran Ketua Menteri yang nyata melanggar Perlembagaan Negara. Saya memang bukan pengamal undang-undang tetapi sepanjang pembacaan saya berkaitan Perlembagaan Malaysia yang diadaptasikan daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, saya belum lagi terbaca tentang terma yang membenarkan penggiliran Ketua Menteri ini. Tetapi kenapa ia dibenarkan berlaku di Sabah?

Mengulas soal mempertahankan kedaulatan negara, STAR secara konsisten menyokong soal keselamatan negara tanpa kompromi. Buktinya, peningkatan populasi penduduk Sabah yang meragukan dan penegasan beberapa pihak mahupun individu yang melahirkan kekhuatiran berlakunya PROJEK IC di Sabah merupakan salah satu daripada 7 Agenda Borneo yang diperjuangkan. Oleh kerana itu, STAR sangat menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat perkara ini sebaik-baiknya. Tetapi apakah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Orang UMNO ini? Sampai ke hari ini masih belum menyatakan pendirian yang jelas mengenai perkara ini. Pengumuman RCI berlegar-legar di Sabah pada ketika Perdana Menteri berada di Sabah tetapi sehingga beliau balik ke Putrajaya, tiada apa yang disentuh berkaitan perkara ini. Walhal orang Sabah memerhati dan mengharapkan keputusan yang jelas berkaitan perkara ini sama seperti menanti pembentangan Bajet Negara. Kasihan, isu yang kritikal seperti ini pun kita terpaksa merayu dan berharap tanpa mampu berbuat apa-apa. Sdra Azman jangan pula katakan bahawa PATI di Sabah bukan masalah. Saya minta beliau berjalan di sekitar pasar malam Keningau, jeling-jeling di sudut-sudut bangunan yang 'menempatkan' penjual rokok seludup, tanya diri sendiri, 'orang Sabahkah itu?' Inilah bukti betapa STAR sangat prihatin soal kedaulatan dan keselamatan negara.

Sebelum kita memperkatakan soal perjuangan, sepatutnya kita menelaah buku lama agar kelemahan dan punca masalah dapat diselesaikan. Bertitik tolak daripada pendirian itu, maka STAR telah membuka lembaran sejarah lama sebagai satu cara yang berkesan bagi menyelesaikan semua permasalahan yang berlaku di Sabah. Apabila kita kembali kepada asasnya, iaitu punca utama masalah yang berlaku, yakinlah bahawa perkara seterusnya bakal dapat kita perbaiki.Inilah yang sedang kita usahakan sesungguhnya.Masalah yang berlaku di Sabah sebenarnya berpunca daripada pengkhianatan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 itu sendiri. Jadi untuk menyelesaikannya maka, ia juga harus bermula daripada perjanjian ini. Malah jika kita bentangkan pelan pembangunan STAR sekalipun, ia bukanlah jawapan sebenar terhadap permasalahan yang berlaku di Sabah. 

Lihat sahaja pelan pembangunan yang ditaja oleh UMNO/BN. Apakah keberkesanannya? Ia memang tidak akan berkesan kerana itu bukan punca masalah utama. Selepas lebih 20 tahun UMNO/BN berada di Sabah, Sabah tetap menjadi antara negeri termiskin di Malaysia. Sabah tetap menghasilkan peratusan pengangguran yang tinggi.Malah jika kita lihat pembangunan fizikal sahaja pun kita dapat nilaikan secara kasar betapa jauhnya Sabah ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia. Di Semenanjung Malaysia terdapat KLCC, KL Tower, Putrajaya, Sistem keretapi canggih, sistem lebuhraya yang luas dan baik tetapi di Sabah mempunyai 'Highway' Kalabakan yang layak digelar jalan kayu balak. Di Sabah juga ada keretapi yang hidup segan mati tidak mahu. Lihat dengan mata kepala sendiri, jalanraya-jalanraya yg ada di seluruh Sabah, dengan lubang atau tampalan di sepanjang jalan. Jadi apakah yang dibanggakan dengan UMNO/BN di Sabah ini?

Dalam konteks hiburan dan rekreasi pula, jelas kita dapat bandingkan bagaimana kehebatan Genting Highlands, Berjaya Times Square, Sunway Lagoon, Bukit Merah Lake Town Resort dan macam-macam lagi. Malangnya bagi rakyat Sabah, mereka cuma mampu 'berekreasi' di Fun Fair yang kadang-kadang timbul malah tahap keselamatannya diragui. Ini hanya contoh-contoh mudah yang boleh kita berikan kerana saya tidak sehebat seorang pengamal undang-undang yang tahu banyak perkara.Justeru, melalui contoh mudah ini pun kita boleh bertanya, adakah perjuangan STAR yang disifatkan sebagai 'kedaerahan' ini tiada asasnya? Mari kaji bersama...

Namun begitu, saya dan anda masih sama-sama anak watan Sabah. Saya doakan suatu hari nanti kita akan mempunyai kesedaran yang sama dan wadah perjuangan yang sama demi memastikan kelangsungan hidup yang lebih terhormat dan bertamadun untuk anak dan cucu serta generasi kita yang akan datang. Sebagai seorang ahli politik, anggap sahaja ini sebagai pertukaran buah fikiran dalam negara demokrasi dan bukan mencerminkan perbalahan yang bersifat peribadi. Wallahualam.

Hasmin Azroy Abdullah,
Ketua Pemuda STAR,Sabah.

55 comments:

  1. bagus aku sokong pandangan ini. sebar lebih meluas lagi perkara ini supaya anak muda mudi tahu hal sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. Pada mulanya, sy juga memikirkan STAR ini lebih kepada kedaerahan...selepas membaca tulisan saudara, sy rasakan satu semangat baru telah timbul yg sekian lama tenggelam. Sy pernah membaca bagaimana PBS suatu ketika dulu dengan semangat yg padu timbul dari pedalaman Tambunan sehingga mampu menguasai Sabah dan rakyat Sabah telah berasa selamat. Namun kita tenggelam semula kerana kerasukan ingin berkuasa oleh pemimpin2 terdahulu yg sanggup mengkhianati kedaulatan Sabah. Sy sangat berharap dan berdoa, suatu hari nnt pasti ada semangat yang sama timbul semula dan kita kekalkan untuk selamanya di Sabah. Teruskan perjuangan STAR!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjuangan ini sebenarnya bukan perjuangan STAR tetapi perjuangan seluruh rakyat Sabah yang faham dan mengerti.

      Delete
  3. Sugiharto Kasimin18 February 2012 at 10:37

    Hebat ...Tahniah kawan, hujah yang jitu.....bangga seorang sahabat segagah ini..semoga semangat perjuangan ini tak pernah luntur.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokonganmu tuan. Persahabatan yang ikhlas ialah apabila seorang kawan dapat menerima kawanya dalam apa situasi pun.

      Delete
  4. perjuangan tn/pn dlm STAR sungguh baik dsan releven, namun saya rasa dan secara peribadi berpendapat, pembangkang tidak akan menang jika pembangkang masing2 na tunjuk siapa yang paling kuat pengaruh....fikir2kanlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktrin/pendekatan STAR ialah, selagi mana parti2 pembangkang yang ada tidak mampu mengangkat Agenda Borneo, seharusnya ditolak kerana kita ragui keikhlasan mereka. Mungkin hanya inginkan tempat dan jawatan.STAR telah menawarkan utk buat penggabungan tetapi jika mereka berdegil, bermakna perjuangan mereka bukan untuk Sabah. Ada yang kata STAR masih baru,ada parti yg sudah lama berjuang, Persoalan saya ialah sejauh mana perjuangan mereka itu memberikan impak? Sedangkan pemimpin STAR yang sebelum itu melalui platform UBF bersungguh-sungguh siang dan malam memberikan kefahaman kepada rakyat. Kita mahu rakyat memahami hak mereka. Salahkah jika STAR cuba menerajui perjuangan ini?

      Delete
    2. Setiap parti pembangkang termasuk bebas berhak untuk bertanding. Sama ada menang kalah cerita lain. Perti STAR memang juga banyak cabaran. Tetapi jika dibandingkan dengan parti pembangkang lain mungkin banyak kekuatannya kerana rata-rata didokong oleh para pendidik yang sangat memahami keadaan masalah rakyat melalui kesusahan anak-anak mereka di sekolah menengah dan rendah. Saya adalah seorang pesara guru dan saya tahu benar masalah mereka secara lebih dekat dibandingkan dengan parti-parti lain pembangkang yang rata-rata pemimpinnya adalah daripada bandar dan kurang berinteraksi dengan yang paling miskin di Sabah secara berterusan. Kami di STAR sangat terasa atas masalah rakyat secara kami alami sendiri bila ditempatkan di pedalaman seperti di SK. Lubang Buaya Sugut Beluran dan di tempat-tempat kawasan seperti di SK Inarad Kinabatangan. Kalaupun ada pertandingan beberapa penjuru, mungkin STAR lebih berpeluang dan jika kalahpun dalam kiraan puluh undi sahaja. Bagi rakyat Sabah kekhuatiran pembangkang tidak menang kalau bertanding antara satu sama lain ada kerugian semua pembangkang, Walau apa pun terpulanglah kepada keputusan pucuk pimpinan STAR untuk bertanding di kawasan yang dikenali pastin menang. Tidaklah masuk akal jika di satu kawasan itu tiada pemimpin STAR di kawasan berkenaan juga turut ditandingi8nya. Demikian juga parti-parti pembangkang yang lain juga merasakan demikian. Para pemimpin pembangkang yang aktif berkempen menentang BN di kawasan berkenaan tidak salah bertanding jika rasa ada potensi mengalahkan BN. Adalah kurang logik jika semua parti pembvangkan akan bertanding di semua 25 MP dan di 60 ADUN. Kami di STAR sentiasa memberi keutamaan kemenangan daripada menjadi calon. Buat apa menjadi calon jika kalah juga, kan? Bagi parti pembangkang lain itu urusan mereka jika mahu bertanding di semua kawasan tanpa memikirkan kemenangan. Jangan ikut hawa nafsu termasuk saya kerana perjuangan ini bukan untuk Parti STAR sahaja tetapi melalui UBA atau Perikatan Borneo Bersatu. Oleh itu semua parti dari Sabah harus bersatu dalam UBA supaya ada persafahaman. Bersatu kita kuat, bercerai kita KALAH.

      Delete
  5. sy menyokong apa yg sdra tuliskan...sy juga sependapat dg saudara TANPA NAMA.sy merasakan sabah mempunyai parti politik yg banyak..tapi kalau semua parti pembangkang di sabah masing2 tunjuk siapa yg paling kuat..tidak bersatu seperti yg dilakukan di semananjung..jangan harap UMNO/BN akan tumbang..sy juga mencadangkan kepada saudara HASMIN..sebagai ketua pemuda STAR sabah supaya bergabung dg pembangkang lain utk melawan UMNO/BN dg satu lawan astu..seperti yg di lakukan olek PAKATAN RAKYAT di semananjung..ini yg kita harapkan utk menumbangkan UMNO/BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun 10 penjuru, ingat STAR (Gabungan UBA) sahaja. Kerana ia diluar kemampuan kita. Malah inilah yang dinginkan oleh UMNO/BN melalui dasar pecah dan perintah. Jadi rakyat kena benar2 memahami intipati perjuangan dan memilih hanya satu peluang iaitu STAR.Cuba fikirkan, selama ini parti2 sedia ada sedang buat apa? Mengapa mereka tidak menerajui sebuah perubahan yang benar2 memberikan impak?

      Delete
  6. apa pendapat saudara hasmin tentang tanah org kg di rampas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu NCR merupakan satu perkara yg menjadi fokus STAR yg terkandung dalam AGENDA BORNEO 4. Termasuk isu-isu tanah yang menjadi masalah utama penduduk asli negeri ini. STAR sangat mengecam kenyataan Peguam Besar Sabah Datuk Roderic Fernandez bahawa tiada tanah baru berstatus NCR selepas 1930. Bahkan perkara 20 no 12: (Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara sehrusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya masa kini tidak semestinya dapat digunakan di Borneo Utara. Ini jelas). Ini jelas dan rampasan tanah org kampun terutamanya oleh syrikat-syarikat besar merupakan salah satu pengkhianatan kerajaan kepada rakyat Sabah.

      Delete
  7. aiseh..tp ko beli jg rokok seludup kan..ehe2..jgn hipokrit..perjuangan star bgs..sy sokong..tp pemimpin star..jeffrey..tidak septtnya dijadikan pemimpin..tidak sokong..!jgn tanya knp dya tidak bgs..pg cek ja sjrh politik dya mcm mana..oke :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak merokok. :-)

      Lihat jawapan saya tentang DDJK di bawah.

      Delete
    2. ya...dia memang tidak merokok....

      Delete
  8. secara dasarnya saya memang setuju dengan pendapat saudara, tapi kalau saudara selami perkembangan politik sabah sebelum era Umno/BN, apakah yang kita dapat simpulkan adalah ketelusan perjuangan datuk dr. jefry yang tidak telus...bagaimana pada era pemerintahan PBS selama tiga penggal...apakah yang kita dapat banggakan, saya fikir tak ada apa-apa, dia cuma mau menjadi pemimpin nombor satu sahaja itu yang saya dapat lihat, pada era PBS dia hanya menjadi timbalan ketua menteri dan dia tidak berpuas hati untuk orang nombor dua, dia keluar PBS dia bentuk parti baru kemudian dia masuk PKR tapi itu pun jadi orang nombor dua sahaja...saya kira datuk dr. jefry ini gila pangkat...bukan berjuang untuk rakyat tapi untuk kepentingan peribadi....mengapa pada era PBS dia tak perjuangkan perkara 20 seperti yang dia canang sehingga muak mendengarnya...kenapa tak keluar dari malaysia pada masa itu dan membentuk negara sabah yang berdaulat seperti yang diimpikan...kenapa tunggu hingga pemerintahan UMNO/BN dan barulah nak bising-bising, kalau kita nak tau pada masa era PBS la banyak PATI muncul di sabah....pelik bukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Analogi saya begini, Jika saya hendak ke KK dgn menaiki sebuah bas, tiba-tiba sampai di Tambunan, pemandu Bas mengatakan bahawa dia hendak ke Ranau, adakah saya akan terus berada di dalam bas itu? Jawapan saya ialah sy terpaksa turun dan mencari bas lain menuju ke KK. Itulah yang berlaku kepada DDJK.Apabila sesebuah parti yg dianggotainya tidak mampu mengangkat perjuangan Agenda Borneo, maka beliau terpaksa keluar. Perjuangan kita bukan untuk parti semata-mata tetapi kerana prinsip perjuangan.Ketika DDJK ditahan dalam ISA, beliau bersendirian tanpa parti.

      Pada era PBS, kita harus melihat banyak perkara terutamanya dari sudut teknikal. Ketika itu UMNO/BN menguasai 2/3 parlimen, hanya ada satu parti besar iaitu BN,dunia masih tertutup tanpa internet dan sebagainya. Maka kerajaan PBS ditekan hingga tidak mampu berbuat apa2 kerana suara Sabah dan Sarawak pada ketika itu tidak diperlukan kerana di Malaya sahaja pun kerajaan mampu membuat dasar atau mengubah polisi kerana dalam pemerintahan demokrasi, suara 2/3 sudah memadai.

      Pada masa ini banyak perkara berbeza. Dunia semakin terbuka. UMNO/BN hilang 2/3 kerana wujud sistem 2 parti besar di negara kita.Rakyat semakin terpelajar dan memahami sistem pemerintahan. Malah kini Sabah Swk tiba-tiba menjadi penting (Fixed Deposit kata UMNO). Sama seperti 1963 dahulu ketika Malaya meminta dan memujuk Sbh Swk bergabung dalam Malaysia. Jadi peluang kini terbuka luas untuk kita menyelesaikan masalah2 di Sabah termasuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan pemimpin terdahulu yg kita tahu tidak bersedia dan kurang pengalaman berbanding pemimpin2 dari Malaya sehingga banyak perkara dieksploitasi.

      Isu DDJK adalah isu yang pada dasarnya banyak dilalui oleh mana-mana pemimpin sekalipun. Bagi saya, apa yg lebih penting ialah kesediaan untuk menebus kesalahan dan memberikan harapan dan idea baru untuk perubahan.Perjuangan ini kebetulan dibawa oleh DDJK, maka saya bersamanya. Jika bukan DDJK pun yang memulakan perjuangan ini,saya pasti berada bersama kerana inilah 'rasa hati' org Sabah.Lagipun siapa lagi pemimpin Sabah yg konsisten bercerita mengnai hak Sabah termasuk 20 perkara sejak lebih 20 tahun ini?Soal DDJK ingin mendapat kuasa dan jawatan, itu bukan sesuatu yg luar biasa. Apa yg penting biarlah kuasa dan jawatan itu didapati melalui satu dasar perjuangan yang benar. Pemimpin boleh sahaja kita tukar ganti tetapi jgn sesekali menukar perjuangan.

      Isu DDJK sebenarnya isu terpencil berbanding kesengsaraan rakyat Sabah selama ini. Kadang-kadang kita lebih banyak bercerita 'isu=isu kecil' yang mungkin dimomokkan malah ditokoktambah oleh pihak tertentu yang berkepentingan sehinggakan dalam perjalanan ini kita telah pun kehilangan banyak perkara besar tanpa kita sedari. Bangkitlah Sabah dari lena yang panjang. Bangkit daripada penjajahan mida yang sangat halus dan menebal dalam diri kita.

      Delete
    2. Dari idea yg Saudara utarakan cukup menarik tetapi pada dasarnya (pada saya) itu diatas kertas.Persoalan saya...,apa yg saya nampak perjuangan itu lebih kepada perjuangan untuk Sabah.Itu saya setuju tetapi masa yg sama saya muskil,kenapa mesti STAR yg dibawa dari Sarawak padahal kewujudan STAR di Sarawak adalah mendokong perjuangan BN cuma tidak dialu-alukan.Kenapa tidak dibuat atau ambil saja Parti tempatan Sabah yg ada seperti Pasok dan Parti Rakyat Sabah?Jika alasan anda STAR menapati agenda Berneo,kita perlu ingat bahawa Berneo ni bukan hanya Sabah tetapi juga Sarawak,Brunei dan Kalimantan.Mengikut perangkaan,penduduk Kalimantan lebih ramai dari Sabah jadi siapa yang akan dipiuli menjadi ketua untuk Berneo.Walaupun mungkin Saudara akan kata,ini hanya untuk Sabah tetapi tidakkah prinsip itu bertentangan.Saya cukup keliru dengan kenyataan2 yg sebegini.
      Apa lebihnya STAR itu dan anda yakinkah,orang Sarawak akan mengangkat DRJK menjadi Ketua STAR pada masa akan datang.Saya tahu Saudara akan jawab,siapapun pemimpin kita boleh terima tetapi dengan pertukaran pemimpin,apakah hala tuju perjuangan itu masih sama?

      Sekali lagi saya ulang soalan ini-Ahli2 STAR selalu katakan Perjuangan untuk Sabah 20P tapi 18P Sarawak tetapi Sarawak tidak sehebat seperti anda katakan.Persoalannya SABAHAN FOR SABAHAN TETAPI KENAPA STAR YG DARI SARAWAK.

      AGENDA BERNEO adalah pejuangan STAR tapi kita kena sedar BERNEO ni bukan hanya SABAH.Tolong jelaskan?

      Delete
    3. Senang ja macam ABC. Sabah dan Sarawak adalah terletak di Pulau Borneo. Kalau anda Brunei dan Kalimantan Indonesia adalah negara orang dan merdeka. Itu sahaja penerangan yang jelas tahun 1 pun memahami. Setujukah kalau Malaysia merdeka pada 31 Julai 1957? Itu lebih teruk. Malaysia belum wujud ketika itu. Fakta sejarah sudah salah. Kenapa itu saudara tidak pertikaikan? Parti Star jangan disemakan dengan parti lain kerana ianya belum berkuasa. Soal adakah Sarawak akan mengangkat DRJK menjadi Ketua STAR tidak timbul ketika ini. Tanya UMNO jika KM Dtuk Musa Aman boleh jadi Presiden UMNO sekarang? Bukan jawatan yang penting, tetapi semangat membela rakyat Sabah daripada terus ditipu dan ditipu otrang UMNO dengan kuncu-kuncinya sehingga sanggup mengeluarkan pendapat bahawa 20 Perkara tidak wujud lagi. Janganlah kerana kita lebih berpendidikan dari orang-orang kampung, sngaja memperkceil-kecilkan kewibawaan DRJK yang sudah sengsara 2 tahun 7 bulan dipenjara oleh penjajah Sabah. Bersyukurlah rakyat Sabah masih ada DRJK untuk menyedarkan hak mereka dalam Malaysia. Tiada pemimpin Sabah seperti dia yang sanggup seperti LILIN untuk menerangi orang lain. Adakah saudara ini seperti juga Datuk Harris, Datuk Salleh Said dan Datu 13 yang tidak mahu Sabah menjaga kepentingan Sabah dengan meniadakan 20 Perkara juga??.

      Delete
    4. maaf tumpang tanya pada en. nim yorza
      Kenapa ddjk tidak tanya tu konduktor atau driver sebelum naik bas atau kereta? ddjk seorang yang sangat pemalu orangnya ka?

      Delete
  9. Saudara TANPA NAMA,,,,apakah saudara masih ingat,,,gara2 perjuangan DDJ utk sabah beliau menjadi mangsa ISA...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita mahu tahu emas itu tulin atau tidak, bakarlah ia. Kalau kita mahu tahu pemimpin itu pejuang atau tidak, ujilah ia dengan kesusahan. Itulah DDJK.

      Delete
    2. Ini bukan tulin ini PENGKHIANAT.Kalau bukan kerana perancangan DRJK bawa keluar PBS dari BN,tidak mungkin UMNO akan masuk di Sabah.Kamu lupakah?

      Delete
  10. Berani mendedahkan FAKTA.
    Saya pun 2 tiga tahun kebelakangan baharu tau fakta sebenar ini! Buku Sejarah di sekolah mesti diubah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan pencarian kebenaran. Kita bukan pembangkang tetapi pejuang.

      Delete
  11. Sy hnya ingin mengulas sedikit shj tentang 31/8/1963 dan 16/9/1963.
    Sy pernah terbaca mengenai perkara ini. Seingat sy pembentukan Malaysia sepatutnya jatuh pada tarikh 31/8 untuk mnyeragamkannya dengan tarikh kemerdekaan tanah melayu. Tetapi disebabkan oleh bbrapa mslh yg tidak dapat dielakkan(seingat sy masalah dr pihak british, betulkan sy jika salah) pengisytiharan terpaksa ditangguhkan ke 16/9. Jadi menurut sumber tersebut, sebenarnya SABAH merdeka semasa ingin bergabung dengan Persekutuan tanah melayu.
    Bukan ingin cuba membuat fakta, cuma ingin agar sy diperbetulkan disebabkan ingat sy yg makin lemah :). Takut2 tersalah fakta.
    Sy menyokong agenda yg dibawa olh DDJK kerana sy juga rakyat SABAH, tetapi orgnya mungkin tidak layak. Sdh lama sy memerhatikan karier politik DDJK, dan sebab itu hati kecil ini merasakan agenda tersebut hnyalah sentimen mainan politiknya untuk meraih undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan Anon DDJK memang bukan benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah dalam pemerhatian saya dia perjuangkan kepentingan peribadi atau pangkat semata-mata, maka sebab itulah dia sanggup memainkan sentimen apa saja untuk menarik perhatian rakyat Sabah tetapi rakyat Sabah sudah tahu apa motif sebenar DDJK....macam orang yang mau cuba makanan, cuba ini tidak ngam, tinggalkan, cuba itu tidak ngam, buang, cuba yang itu lagi tidak ngam, cari lagi yang ngam, tetapi akhirnya semua tidak ngam termasuklah STAR yang bakal dimasukkan dalam tong sampah....kita tinggu dan lihat apa yang terjadi.

      Delete
    2. Lebih baik bermimpin indah untuk hari esok daripada nyata menderita hari ini.

      Delete
  12. DDJK sudah lama membangkitkan perjanjian 20 perkara tetapi masalahnya dia tidak benar-benar komited dalam perjuangan, apa yang saya perhatikan sebagai orang kampung, semua parti yang dia sudah masuk ada yang sudah hancur, seperti AKAR dan PBRS nyaris-nyaris hancur mujurlah dia tidak boleh main api sama TSJK, dulu pun dia sudah masuk Umno tetapi pemimpin Umno Cawangan yang dia masuk tolak dia kerana takut dengan sikapnya yang mau ketua saja, tidak hairanlah kalau STAR lagi jadi mangsa.

    ReplyDelete
  13. Saya syorkan DDJK tubuh parti sendiri, jangan tumpang parti orang lain, sekarang ini kita boleh katakan DDJK seperti orang yang tidak boleh buat rumah sendiri, dia tumpang atau menyewa rumah orang lain, kalau kita sewa rumah orang lain sudah tentu kita tiada hak mengubah suai struktur rumah itu, justeru begitulah jadinya nanti dengan DDJK tidak dapat berbuat apa-apa kalau pun dia menang dalam PRU 13, hai kawan-kawan yang sama dengan saya orang kampung fikirlah masa depan anak-anak, jangan terpengaruh dengan DDJK yang hanya memperjuangkan kepentingan diri, tidak cukupkan duit Yayasan Sabah yang dia kebas semasa menjadi Pengarah Yayasan Sabah dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah lama ditubuhkan dan dihantar pendaftarannya kpd ROS. Masalahnya ROS juga ejen kerajaan. Faham-faham sajalah...

      Delete
    2. Kalau ia pun pakailah parti yang sedia ada di Sabah kenapa perlu pakai parti Sarawak....nanti hasil Sabah bagi lagi di Sarawak kah?

      Delete
    3. Kita kena ingat bahawa apa yang kita perjuangkan adalah Agenda Borneo. Maknanya,Sabah dan Sarawak iaitu wilayah Malaysia di Borneo ini harus bersatu. Kita bawa STAR ke Sabah semata-mata untuk menyokong idea ini. Ini satu langkah yg kena dengan matlamat. Jika Sabah bersendirian, pasti kita kena goreng dengan mudah. Soal bagi2 hasil tidak wujud. STAR Sarawak tidak berperanan sebagai BOSS kita seperti parti-parti lain. STAR Sabah ada autoriti tersendiri. Kita ada perjanjian yang sudah dipersetujui. Maknanya STAR Sabah umpama parti baru di Sabah.

      Delete
    4. DRJK pernah diangkat jadi Presiden AKAR walaupun yg paling layak ketika itu Pendikar Amin.Tetapi hari ini DRJK kata tiada Parti Sabah yg benar2 berjuang untuk Sabah.Waktu DRJK jadi Presiden AKAR,apa dia lakukan.Hari ini dia masih cenangkan-TIADA PARTI YG BENAR2 BERJUANG UTK SABAH.Masih mau sokong DRJK??? Maaflah

      Delete
  14. Nim Yorza.. berfikirkanlah dengan mata hati yang waras.. jangan terlalu mengagungkan seseorang hanya berdasarkan lidahnya semata-mata.. bagi saya Dr Jefreey.. peribadi yg sgt mementingkan legasi.. bahkan ianya mendahului kepentingan parti.. saya sedikit terkesan apabila mengetahui orng yang mengemudi parti ini adalah DDJK.. kalau ada org lain yang belum tercalar jiwanya.. bolehlah dikatakan ini masanya gelombang kebangkitan rakyat Sabah.. buktikan wujudkan pesaingnya dalam STAR.. nescaya, Kapal akan dipecah dan beralih mengemudi kapal baru... ntah sampai bila berakhir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lihat dan dengar dari dalam. Di luar pastinya penuh provokasi dan kontroversi. Satu persoalan saya? selain DDJK, berikan saya seorang pemimpin Sabah yg mempunyai suara yg sama dgn beliau? Siapa pemimpin yg rela dipenjarakan hanya kerana Perkara 20? Berikan pula contoh pemimpin UMNO/BN Sabah yg terlalu 'suci'... Bukan memaksa utk percaya tetapi sebagai warga Sabah, berikan ruang utk kita berfikir sejernih-jernihnya. STAR bukan sekadar politik tetapi tentang masa depan.

      Delete
    2. Melalui pengamatan saya melalui penulisan saudara di blog ini, saya percaya saudara merupakan seorang yang sangat berfikiran luas, berani serta matang mengenai soal politik di tanah air kita ini terutamanya di Negeri Sabah sendiri.
      Saya cukup bersetuju dengan padangan saudara Nim Yorza mengenai satu hal. Media ini selalunya digunakan untuk tujuan melakukan provokasi dan menyebarkan kontroversi kepada rakyat.
      Oleh itu, janganlah kita terlalu terikutkan dengan mainan politik yang penuh dengan tipu muslihatnya.
      Saya bangga menjadi anak Sabah, dan bangga sebagai seorang rakyat Malaysia kerana kemakmuran yang ada di negara ini terutamanya di Sabah yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan etnik serta agama.
      Jadi saya rasa tidak perlulah untuk melakukan provokasi kepada rakyat untuk membenci kerajaan kita yang ada sekarang.
      Sudah banyak pembangunan yang dilakukan, cuma orang tempatan sahaja yang saya rasakan hanya 'ingin mendapat ikan tetapi tidak mahu belajar cara memancing', klu boleh saya simpulkan sedemikian rupa.
      Pembangkang memang perlu untuk kemajuan sesebuah negara, supaya menjadi 'force' kepada kerajaan yang ada untuk membuat kerja.
      Tapi jgnlah sampai menimbulkan isu yang boleh menyebabkan kemakmuran dan kedaulatan negara tercemar.
      Diharap saudara Nim Yorza akan terus mengeluarkan post yang boleh dijadikan tauladan kepada pembaca dan kalau boleh menimbulkan pertanyaan pada minda pembaca.
      Lihatlah pembangunan, kepemimpinan di kawasan sendiri, agar kita dapat membuat keputusan yang tidak dipengaruhi oleh mainan-mainan politik ini.
      Saya tahu dan pasti rakyat Sabah sememangnya sudah pandai untuk memilih pemimpin mereka sendiri.

      Delete
  15. Siapa dr jeffrey? perosak parti AKAR, PBRS, PBS, PKR dan kini mo jadi bintang. Sorilah... taik bintang boleh la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menang sorak pun okeylah....walaupun kalah dalam gelanggang.

      Delete
    2. Kita berjuang bukan sekadar bersorak...

      Delete
  16. ada kawan2 ckp...sampai bila tambunan d bawa kerajaan kitingan.banyak lagi urang tambunan yg buli2 n berbakat.takut2 kalo star menang ,senang2 ja c najib beli 2 pati, kalo berlaku x cukup kerusi dorang.atau jangan2 tajaan khas kali ni parti ni. apa2 pun kita berdoa saja harap2 benda2 begitu x berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga doa2 kita di tunaikan tuhan.perjuangan STAR yg drastik "kami berharap x udang d sebalik batu"

      Delete
    2. x peduli siapa pemimpinnya, janji memperjuang kan agenda borneo. ini kali la...

      Delete
    3. Perjuangan STAR bukan drastik. STAR telah lama berjuang melalui sebuah NGO iaitu UNITED BORNEO FRONT. STAR hanyalah jentera yang membawa Agenda Borneo ke medan politik.STAR itu bukan 'point utama'. Yang penting adalah perjuangan.

      Delete
  17. saya orang sabah,asal dari keningau,saya mahu kerja di keningau tapi di keningau hheemmmm.,.,,,kurang peluang pekerjaan..ada pun 4-700 ja,,mana sukup,beli TALUL pun susah pa lagi kalau pndai MENIGUP.,.,.terpaksa juga sya pi negara org lain tuk cari keja...harap2 ada perubahan,..,.,ni kali lahhhh,.,...

    ReplyDelete
  18. naa ini kali laa sabah..
    ayuu bangkit ..
    memperjuangkan hak2 kita yg terkubur selama 48 tahun...
    SABAH MAJU JAYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul itu saya sokong kamurang,tetapi ada juga rakyat negara sabah,yang menolak pemimpin seperti dr jeffrey...? mungkin dorang sudah dapat rasuah sebanyak rm500 dari si najip.tapi persoalannya dari mana dapat duit sebanyak itu.mungkin duit dorang ambil dari kwsp..atau petronas.kalau duit dari petronas itu duit siapa?...jawapannya itu duit orang sabah DAN SARAWAK.KALAU KAPAL LAUT DIMANAKAH DIA AKAN SINGGAH DULU SABAHKAH ATAU KLANG ?KENAPA HARGA KERETA DISABAH MAHAL DARIPADA DIMALAYA.SEDANGKAN JEPUN ADALAH LEBIH DEKAT DENGAN SABAH? SEKARANG ORANG -ORANG YANG MENYAMPAH DENGAN DR JEFFREY SUDAH DAPAT KLUKAH ATAU BELUM PERJUANGAN DR JEFFREY RELEVAN ATAU TIDAK?LAGI SAYA BAGI KLU ORANG -ORANG YANG MENYAMPAH DENGAN DR JEFFREY MISALKATA SAYA JIRAN SEBELAH RUMAH KAMU,BUAH MANGGA DIHALAMAN RUMAH KAMU BERBUAH SEBANYAK 100BIJI SAYA JOLOK 95BIJI KASI TINGGAL 5BIJI SAJA UNTUK KAMU APAKAH PERASAAN KAMU YANG MENANAM POKOK MANGA TERSEBUT?BAGI MEREKA YANG MASIH MENYAMPAH DR JEFFREY ITU LAH APA YANG HENDAK DIPERJUANGKAN OLEH BELIAU DAN BUKANNYA MENGEJAR PANGKAT DAN SEBAGAINYA ADA PAHAMKAH.

      Delete
    2. Masalahnya disini,dari mula DRJK berpolitik,agendanya tiada lain melainkan 20P.Pada zaman gemilangnya PBS dng 32 (48 kesemuanya)kerusi dan DRJK sebagai salah seorang pemimpin tertinggi,apa yg mereka lakukan??? Pernah jadi Tim. Menteri Pusat,tpi tidak ke mana.Hari ini dengan tangan kosong dan Parti orang lain,perkara itu dicanang lagi,sampai bila?sampai bila,sampai kiamat.
      Pada saya,ini hanya perjuangan PERIBADI yg tidak berkesudahan.DRJK hanya inginkan jawatan No.1.Percayalah,selepas PRU13,DRJK akan tinggalkan STAR.
      Perjuangan ini murni tetapi orang yg memperjuangkannya tidak cukup jujur.

      Delete
  19. NI KALI LAH!!

    ReplyDelete
  20. Emm..banyak komplen DDJK ni..Ba, siapa lg pemimpin atau parti yg kita mo sokong.. Pemimpin atau Parti yang boleh mengangkat org Sabah.. Jawapan dia, tiada suda... Fikir-fikir la..

    ReplyDelete
  21. DRJK pemimpin yg tamak.3 panggal jadi ADUN Bingkor dengan ramai sahabat2 yg tidak dibayar waktu Pilihan Raya.Semua calon PR yang beliau pilih adalah kalangan guru2.Hari ramai antara mereka yg menderita tiada pendapatan.Saya melihat perkara ini berulang semula,kebanyakannya guru2.Fikirlah sebelum buat keputusan.Selama jadi ADUN bingkor,satu apapun tiada yg boleh kita bangga.Mau sokong lagi.Hanya org yg bodoh saja dan tidak kenal DRJK akan sokong beliau.

    ReplyDelete
  22. UMNO TU CUMA TAU FORMULA 1-1 SAJA....PEMBANGKANG RISE UP ISU +1, ITU UMNO PUN RISE UP -1 JG...KEPUTUSANNYA RAKYAT DIPERBODOHKAN....TAPI PRU13 ADALAH JAWAPANNYA, YG PTG ABU!

    ReplyDelete
  23. memang x dinafikan selama ini banyak masalah yg timbul di negeri sabah berbanding kemajuan yg dicapai.apakah sebenarnya tujuan kerajaan pusat menafikan pengabungan sabah sarawak membentuk MALAYSIA sdngkan fakta sejarah cukup jelas proses pembentukan malaysia itu x akan berlaku sekiranya sabah sarawak x bergabung? dari segi tarikhnya pula telah diubah ke 31 ogos? sedangkan cukup jelas 16 sept sabah sarawak, singapura dan persekutuan tanah melayu bergabung membentuk negara MALAYSIA,pihak kerajaan pusat juga menafikan bahawa sabah sarawak bukan bergabung tetapi menyertai. apakah semua ini? tuntutan kerajaan sabah mengenai perkara 20 tidak dihiraukan mala ada anak watan sabahan sendiri menafikan yg perjanjian tersebut masih belum rasmi, kalau belum rasmi kenapakah pengabungan tersebut dipersetujui? kenapa tidak mengumumkan kepada rakyat sabah semasa perjanjian dibuat? x keterlaluan kalau saya katakan ini semua adalah pembohongan semata2. patutkah sesebuah kerajaan yg dipertanggungjwabkan untuk mempastikan sesebuah negeri dibawah tedbirannya diberi kemajuan tetapi sebaliknya pula, adilkah ini bagi rakyat negeri sabah? mana pemimpin2 umno yang mewakili negeri sabah? dimanakah sumber kekayaan negeri sabah? sabah kaya dgn hasil buminya tetapi negeri yg termiskin di malaysia?

    ReplyDelete
  24. Siapa nama gundik pilipin si jeffery tu? cantik o...

    ReplyDelete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...