Pages

Tuesday 12 April 2011

(Kupasan 1) Tuntutan 20 Perkara Sabah : Masih relevankah untuk diperjuangkan?

Apabila bercerita dengan kebanyakan generasi muda Sabah terutamanya yang 'educated', perkara yang tidak pernah lepas  dari perbincangan ialah tentang 20 Perkara Tuntutan Sabah ketika bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.Namun begitu, saya melihat kebanyakannya sekadar menyambung lidah tanpa benar-benar memahami tuntutan ini. Maka saya mengambil sedikit peluang untuk mengupas ringkas isu ini dari kaca mata orang biasa dan hanya marhaen di Sabah.
Kupasan Ringkas Setiap Tuntutan 20 Perkara Sabah dalam Perjanjian Malaysia;

1. Religion
While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo.
( Maknanya Islam tidak tertakluk sebagai agama rasmi di Sabah. Persoalannya, selepas Islam begitu lama berkembang di Sabah,bersediakah Muslim Sabah menerima hakikat ini? Bagaimanakah pula sistem keagamaan ini dilaksanakan selepas Sabah diwartakan kelak sebagai tiada agama rasmi seperti Persekutuan Malaysia? Atau bersediakah segelintir pemimpin Sabah untuk mengkaji semula perkara 1 ini untuk diselaraskan dengan agama rasmi persekutuan? Jika tidak, maka kita risau akhirnya yang akan lebih berpecah belah ialah rakyat Sabah sendiri kerana telah 48 tahun rakyat Sabah percaya bahawa agama rasmi Sabah adalah Islam seperti Malaysia ) Jika saya ditanya,maka saya memilih agar ia dikaji semula untuk dipinda atas nama Malaysia tetapi agama lain di Sabah dibenarkan untuk berdakwah secara terang-terangan kepada semua agama selain Islam dan penggunaan Bahasa Melayu harus dibenarkan dalam semua kitab agama lain.

2. Language
a. Malay should be the national language of the Federation
b. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day
c. English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time.
( Maksudnya Bahasa Melayu bukan bahasa rasmi di Sabah tetapi Bahasa Inggeris yang harus digunapakai tanpa had masa. Sekali lagi persoalan saya, adakah kita bersedia untuk mengubah semula bahasa rasmi sekolah, mahkamah dan segala urusan rasmi di Sabah? Setelah begitu lama terbiasa dengan 'kerasmian' bahasa Melayu, kita sedar penguasaan anak bangsa Sabah dalam Inggeris agak lemah terutamanya di pedalaman. Jangankan berbahasa Inggeris malah berbahasa Melayu juga lemah ekoran daripada 'pembangunan' di Sabah yang jauh ketinggalan dari banyak segi berbanding Tanah Melayu dan Sarawak.  Harus tidak dilupakan,bahawa ada segelintir pemimpin Sabah juga  malah pencinta bahasa Melayu bahkan organisasi bahasa Melayu berpengaruh di negeri ini yang lantang menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Bukankah PPSMI ini aspirasi dalam tuntutan ini? Atau adakah perkara 2 ini juga perlu dikaji dan dipinda?) Pandangan saya, saya agak selesa dengan Bahasa Melayu tetapi Bahasa Inggeris harus dimantapkan. Justeru, Kerajaan Negeri harus mempunyai inisiatif lebih berbanding Persekutuan dalam hal memperkasakan Bahasa Inggeris ini demi menghormati pemimpin awal Sabah yang menegaskan tentang penerimaan Bahasa Inggeris ini sehingga menjadikannya sebagai Bahasa Rasmi Sabah sampai bila-bila. Tetapi demi semangat Malaysia, mungkin kita harus terima hakikat bahawa Bahasa Melayu telah mendarah daging dalam kehidupan generasi Sabah. Malah telah lama umat Kristian di Sabah menerima Bible itu sebagai al-Kitab rentetan penguasaan Bahasa Melayu yang lebih baik.

3. Constitution
Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the Constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be a series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for North Borneo (Sabah) was of course essential.
( Persetujuan Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia merupakan antara faktor utama pembentukan Malaysia. Jika ketika itu Sabah tidak bersetuju, kemungkinan besar tidak ada Malaysia yang kita cintai ini pada hari ini. Ini fakta yang harus kita terima. Harus dingat bahawa status Borneo iaitu Sabah dan Sarawak serta Singapura pada ketika itu adalah setaraf dengan Tanah Melayu keseluruhannya. Sabah tidak seharusnya menjadi setaraf dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. Jika kita telusuri sejarah Perjanjian Malaysia, yang mengambil bahagian ialah Tanah Melayu, Singapura,Brunei, Sabah dan Sarawak. Tidak pun disebut negeri-negeri di Tanah Melayu secara berasingan.Ini juga fakta yang tidak boleh diubah. Maka sudah semestinya 4 wilayah utama ini mempunyai perlembagaan sendiri tanpa secara langsung menerima Perlembagaan Tanah Melayu secara mutlak.Walau bagaimanapun, Sabah juga harus berterima kasih kepada Tanah Melayu yang menginisiatifkan pembentukan Malaysia sehingga turut membawa Sabah merdeka. Jika tidak tentunya sekarang ini Sabah berada di bawah naungan Filipina atau Indonesia ) Maka pada hemat saya, untuk mewujudkan situasi menang-menang, Sabah seharusnya mempunyai set perlembagaan sendiri yang mengembalikan statusnya setaraf dengan Tanah Melayu dan tidak hanya menjadi wilayah jajahan Tanah Melayu seperti negeri-negeri yang bernaung di bawah Tanah Melayu dahulu. Ini termasuklah sistem pembahagian Kerusi Parlimen, hasil bumi, pemilikan tanah, kewarganegaraan dan sebagainya. Selagi mana perlembagaan Sabah ini tidak bercanggah jauh dengan Perlembagaan Malaysia, maka Tanah Melayu harus menerimanya kerana ini adalah asas pembentukan Malaysia dahulu. Manakala sebagai timbal balas,Sabah pula harus menerima perkara asas seperti agama rasmi dan bahasa kebangsaan mengikut Malaysia. Sekali lagi saya tegaskan, Sabah tidak pernah berunding dengan Selangor,Kelantan, Pahang, Melaka atau seumpamanya tetapi dengan Tanah Melayu yang meliputi kesemua negeri yang berkenaan. Jadi pertimbangan tidak harus mengambilkira bahawa Sabah hanya semata-mata sebuah negeri seperti negeri-negeri yang berkenaan, yang mana tertakluk secara pasti di bawah Perlembagaan Tanah Melayu. Sabah seharusnya mendapat keistimewaan terutamanya dalam hal perlembagaan ini.

Bersambung dalam Kupasan 2 akan datang...



27 comments:

  1. Releven. Jika tidak releven tiada Malaysia. Sekadar pendapat.

    ReplyDelete
  2. @is ibn lahir
    Pendapat yang baik namun jika ia harus diperjuangkan secara konsisten, maka ada perkara juga yang harus dikorbankan demi kebaikan Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya minta maaf wahai melayu2 semua. tanah melayu mengejar kekayaan dan menyalahgunakan negeri sabah. bukan sekadar pendapat tetapi memang KENYATAAN

      Delete
    2. kami mahu keluar dari malaysia.nt habis pokok2 dn gunung ganang kami kena teres. takut habis petrol2 kmi tanah melayu ambil

      Delete
  3. 1. agama~ tidak mungkin timbul perpecahan kerana orang2 sabah baik yg islam mahupun kristian boleh duduk semeja malahan ramai dalam sebuah keluarga sabah menganut berlainan agama. sabah tidak mungkin berpecah kerana agama kerana sabah lebih hargai ikatan kekeluargaan....


    2. Bahasa~ kalau sabah dahulu sanggup belajar bahasa melayu demi mahu maju, sedangkan sabah dahulu menggunakan Bahasa Inggeris kenapa pula harus takuti untuk menguasai bahasa yang pernah menjadi bahasa rasmi sabah iaitu bahasa inggeris?

    3. sabah bukan merdeka dibawah tanah melayu... anda kena kaji balik, sabah sudah merdeka dibawah british tetapi dijajah semula oleh Tanah Melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah diberi kemerdekaan oleh British melalui pembentukan Malaaysia. Jika tiada pembentukan Malaysia maka Sabah tidak akan dimerdekaan oleh British bersendirian pada masa itu. Fakta ini jelas...

      Delete
    2. sy nda sokong ni urg gila di atas. semuanya masih bodoh. hanya org2 sabah saja yg dapat merasakan betapa mereka dipijak-pijak olh org2 melayu

      Delete
    3. sabah merdeka pada 30 ogos 1963 sebelum pembentukan malaysia 16 september 1963..itu fakta ngok....malaya datang buat rundingan ketika kononnya filipina dan indonesia mahu menuntut sabah..dan malaya mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk faktor keselamatan sedangkan ketika itu pihak british masih melindungi sabah...

      Delete
  4. @Tanpa Nama
    Mungkin ada benarnya 'kajian' saudara. Saya juga mengharapkan Sabah terus maju tanpa dibayangi oleh Tanah Melayu. Namun,persoalannya; Bersediakah kita menjadi sebuah negara? Pada ketika pemimpin kita datang dari Indonesia,Pakistan dan Brunei... Mana orang Dusun, Kadazan, Bajau atau Murut? Mungkin ketika ini ramai yang sedang mabuk di pokok Tajau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nim Yorza anda mungkin silap, tidak semua pemimpin masih mabuk di pokok Tajau...Zaman sudah berubah, generasi baru mampu menjadi pemimpin yg boleh diharapkan. Mungkin anda perlu explore lebih banyak tnttg generasi terpelajar Sabah. Setakat pendapat, tq

      Delete
    2. nim yorza ni terlalu bodoh dalam percakapannya. disebabkan perdana menteri yg zalim negeri sabah menjadi mangsa serangan penduduk asing. i hate malay sampai bila2! malay itu keturunan indon. bagi kami indon itu penjenayah.jadi melayu juga penjenayah.

      Delete
  5. @@org sabah...
    kenyataan yg dpt dijadikan bukti dgn bhn yg ada..
    apa yg dpt diharapankan mestipun kita menuntut d tanah sabah tp fikirlah akan keindahan yg telah diberikan olh tuhan .. smemangnya kita berkongsi penciptaan nya akan tetapi dlm situasi keadaan rakyat sabah terima sememangnya timbul masalah.. kiranya rakyat sabah ingin berubah maka, lebih perlu dijelaskan dgn rakyat untuk membuka suara......kepda pihak yg tertentu tetapi,biarlah ada pengetahuan umum kpd rakyat sabah bah...agar dpt berkongsi pndpt,minda,dan harapan...

    ReplyDelete
  6. @Tanpa Nama
    Org Sabah, kenyataannya Sabah telah lama tidak mampu bersuara mengikut citra dan aspirasi sendiri. Kita berbangga sebagai Malaysia tetapi kelihatannya seoalah-olah Sabah tidak dihargai selayaknya sebagai salah satu wilayah yang sangat berjasa merealisasikan Malaysia. Tanpa Sabah, agaknya Malaysia tidak akan wujud sampai hari ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tidak wujud,wujud tapi dorang miskinlah sebab di tanah melayu tu miskin sbnrnya. dorang ambil hasil sabah ja tu kasi berdiri bangunan diorang.na tengo doran ambil kesempatan trhadap sabah

      Delete
  7. Mengenai agama rasmi di Sabah(bahasa inggeris), bukankah dalam perjanjian tersebut bahawa bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi Sabah hanya sah 10 tahun selepas sabah menyertai Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. taik kau lah. englih tetap menjadi bhsa rasmi dlm segala hal! yg spuluh tahun tu untuk kamu! bca betul2 dan faham betul2 jangan silap

      Delete
  8. @Tanpa Nama
    Kurang faham sdra... Sdra cerita pasal agama rasmikah atau bahasa?

    ReplyDelete
  9. borneo mmg bgus punya org lah :) saya cinta BORNEO ~~~

    ReplyDelete
  10. A. Tiada Agama Rasmi Sabah = Rakyat Berpecah Belah.
    B. Rakyat Sabah lemah dalam BM = Takpayah susah2 belajar BI.
    C. Sabah Tak Masuk Malaysia = Sabah duduk bawa naungan Filipina atau Indonesia.

    TAK SETUJU SEMUA YANG DI ATAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. C : Ketakutan inilah yg sering dimomokkan kepada kita sejaklama dahulu sehingga kita semua percaya termasuk saya... walhal hakikatnya tidak begitu.

      Delete
    2. gara2 kamu org2 melayu..smua org sbh mnjadi islm dengan tidak ikhlas. kami boleh mnjadi negara sendiri tanpa naungan siapa2. bahasa english merupakan bahasa rasmi kami.di sebab kan org melayu kami menjadi buta dlm bi dan terikut-ikut kan bhsa melayu yg terlalu buruk seperti ini

      Delete
  11. 'Sabah tidak perlu ada agama rasmi''= agama rasmi ini hanya menjadi kekalutan dalam kekeluargaan yang kahwin campur..agama rasmi ini hanya menampakkan kemenagan pada sebelah pihak sahaja..lebih baik..dalam keagamaan saling bantu membantu, saling menghormati,,saling bersaudara dan teruskan ibadah masing masing tampa gangguan..kerana keunikan dalam keluarga di Sabah tidak ada tolok bandingnya, betapa indah dan murninya perhubungan ini dan 'bukan perkataan 'rasmi ' itu yang membuatkan semua ini berkadaan baik'', melainkan nilai jati diri rakyat sabahan yang begitu tinggi dan tidak ternilai rendah hatinya''.

    ReplyDelete
  12. Kalu gitu mana semangat 1Malaysia yang dilaungkan oleh Kerajaan Mal;aysia kalau dalam setiap wilayah/negeri yang ada dalam Malaysia masih berbeza-beza...kita ni dah lama meredeka 55 tahun...Malaysia wujud 49 tahun..tak cukupkah masa tu.

    ReplyDelete
  13. jika diteliti perjanjian malaysia...sabah, sarawak dan singapura adalah setaraf dengan negeri-negeri di tanah melayu bukan setaraf dengan tanah melayu. semasa rundingan mmg status sabah, sarawak dan singapura adalah sama dgn keseluruhan tanah melayu tapi semasa perjanjian tdak mnyatakan seperti itu tetapi setaraf dgn negeri2 di tanah melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya ada unsur2 yg tidak betul. Semasa rundingan sama taraf. Selepas rundingan turun taraf. Perjanjian seperti apakah itu?

      Tun Fuad pernah kata " Kami tidak akan menyertai pembentukan Malaysia sebagai negeri ke12,13 dan 14"

      Tun Mustapha juga berkata " Kita tidak mahu kerajaan hanya bertukar daripada British kepada Malaya"

      Kedua-dua kebimbangan ini kini menjadi nyata:
      1. Sabah dilayan sebagai negeri ke 12 dan Sarawak ke 13. Mujur Brunei tidak jadi bersama dalam Malaysia jika tidak pastinya menjadi ke 14.

      2. Ketua Menteri Sabah dilantik oleh Kuala Lumpur. Mana suara rakyat Sabah untuk memilih ketua sendiri? Kini segala-galanya dari urusan kecil sehingga urusan besar harus melalui satu perkataan mudah tunggu kelulusan dari KL. Aduhai...

      Delete
    2. ..
      mungkin sebab itu brunei tidak memasuki malaysia. takut di pijak2. tp tengok kaya bh brunei dari malaysia. bgus kita keluar dari
      malaysia dan membentuk negara sendiri

      Delete
  14. THAT WAS A GREAT ISSUE THAT BEING RAISE IN THIS BLOG..LET US THINK DEEPER..BEYOND OUR EGO CENTRIC INTEREST, MARI KITA BERMUHASABAH..PEMBENTUKAN MALAYSIA ADALAH SEJARAH BESAR..A HUGE LEAP IN NORTH BORNEO (SABAH) HISTORY..SAYA TERINGAT CERITA-CERITA ORANG2 TUA TERMASUK AYAH SAYA YANG HIDUP SEWAKTU PEMERINTAHAN BRITISH..ISU AGAMA / INTER RELIGION AFFAIR TIDAK MENJADI ISU YANG BESAR KERANA ORG2 BORNEO UTARA (SABAH) MEMPUNYAI DARJAH TOLERANSI / INTERGRASI YANG SANGAT2 TINGGI DAN TERBUKA..DARIPADA MEMBAHAS ISU AGAMA RASMI, LEBIH BAIK KITA MENGUATKAN LAGI PERSEFAHAMAN, TOLERANSI DAN PENERIMAAN SESAMA KITA TIDAK KIRA APAJUA PEGANGAN, KEPERCAYAAN,SUKU DAN RAS..THIS IS THE BASIC HUMAN RIGHT..IKHTIRAF SEMUA PERBEZAAN KITA TAPI KUATKAN PENERIMAAN KEUNIKAN PERBEZAAN KITA..TIADA PAKSAAN DLM AGAMA..STATUS QUO BHSA MELAYU MUNGKIN HANYA VALID DI MALAYA TETAPI SABAH MEMPUNYAI PERSEKITARAN UNIK..KEDUA-DUA INSTRUMENT BHSA IAITU BM DAN ENGLISH DI MANTAPKAN BERSAMA2..SAYA TERTARIK PM LEE HSIEN LOONG (PM SINGAPORE)ARE VERY FLUENT IN MALAY..PERLEMBAGAAN MENYATAKAN SABAH ADALAH EQUAL PARTNER ATAU NEGARA YANG UNIK DALAM PERSEKUTUAN YANG UNIK..AUTONOMI ADALAH KATA KUNCI UNTUK PERLEMBAGAAN SABAH..WE ARE NOT CROWN COLONY TO MALAYA..INSTEAD SABAH ARE EQUAL (WITH STATUS QUO) WITH MALAYA REGARDING EVERY ASPECT OF PERJANJIAN MALAYSIA..ENOUGH IS ENOUGH..LET CHANGE..WE CAN CHANGE THIS FOR SAKE OF OUR CHILDRENS' FUTURE

    ReplyDelete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...