Pages

Saturday 7 April 2012

STAR : Platform Perjuangan Terbaik Untuk Rakyat Sabah

Apabila kita bercerita soal politik khususnya golongan berhaluan kiri, perkara penting yang sentiasa kedengaran ialah, asas perjuangan dan juga label parti. Tidak terkecuali di Sabah, terlalu ramai yang menganggap kumpulan mereka sebagai berhak diangkat sebagai pejuang sebenar untuk Sabah. Namun apa yang jelas, perjuangan kebanyakan kumpulan ini tidak konsisten. Malah jelas dan ketara, mereka ini sekadar ingin mendapat tempat dalam arena politik sebagai calon Yang Berhormat atau untuk mendapatkan kuasa pemerintahan yang dikhuatiri mempunyai agenda tersembunyi. Mungkin juga ditaja oleh pemerintah sedia ada sebagai pemecah undi agar kerajaan sedia ada seolah-olah 'menang tanpa tanding'.

Pada awal tahun ini, timbulnya Parti STAR, sebuah parti berdaftar dari Sarawak yang dipimpin oleh Presidennya Dr. Drippin Ak Sakoi. Manakala STAR di Sabah diketuai oleh Pengerusi STAR Sabah iaitu Datuk Dr Jeffrey G Kitingan (DDJK). Pemilihan parti ini dibuat sesuai dengan agenda perjuangan yang dipelopori oleh DDJK melalui sebuah badan bukan kerajaan iaitu United Borneo Front (UBF). Agenda perjuangan UBF dikenali sebagai Agenda Borneo. Maka amat sesuai sekali Parti Star ini dipilih untuk membawa perjuangan ini agar kena dengan nadi perjuangan iaitu menyatupadukan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah kuasa penentu/King Maker/Third Force untuk memastikan Agenda Borneo dapat dicapai melalui laluan politik tanpa melibatkan kekacauan dan saluran perundangan antarabangsa yang pastinya berliku-liku.

Pada awal penglibatan saya dalam UBF, saya dapat merasakan keikhlasan DDJK untuk memberikan pemahaman bersandarkan kepada fakta dan perbandingan yang jelas terhadap hak-hak Sabah dalam Malaysia. Namun, NGO hanya mampu memberikan kesedaran. Tetapi dengan hanya kesedaran itu, pastinya kita tidak dapat mengubah apa-apa terutamanya soal dasar dan polisi pentadbiran yang jelas menyeleweng dan menindas hak-hak Sabah terutamanya pencabulan Perjanjian Malaysia 1963 dan juga Memorandum 20 Perkara. Oleh itu satu parti harus diangkat sebagai platform untuk mengangkat agenda perjuangan ini dalam arus politik negara agar kesedaran itu nantinya boleh diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang sesuai.

Sebelum kehadiran STAR di Sabah, terdapat juga beberapa parti berasaskan Sabah yang cuba menjadi hero perjuangan namun gagal memberikan pemahaman yang baik kerana tindakan mereka cuma mencari isu-isu 'selamat' atau asal-asal ada untuk sekadar meraih sokongan. Tetapi STAR hadir dengan komitmen tinggi dan suara yang cukup lantang demi tuntutan Agenda Borneo. Malah STAR terus bergerak sehingga ke pelusuk-pelusuk kampung untuk memberikan perkongsian fakta dan pemahaman yang benar tanpa sedikit pun bermain retorik politik, caci umpat atau 'strategi yang penting menang'. 

Melalui agenda perjuangan ini, sudah selayaknya DDJK menjadi nakhoda mengemudi perjuangan Agenda Borneo agar ia tidak tersasar oleh kelibat permainan pemimpin parti-parti sedia ada.Maka selepas para pemimpin utama STAR di Sarawak, menandatangani perjanjian 16 perkara yang menyaksikan bahawa DDJK diberikan kuasa penuh dalam kepimpinan, soal keahlian malah kewangan parti, maka STAR pun bersinar di Sabah seolah-olah sebuah parti baru kerana STAR Sarawak bersetuju untuk tidak campurtangan dalam soal pentadbiran Sabah.

Sepanjang melalui perjalanan perjuangan ini, saya cukup berkeyakinan bahawa FAKTA dan AGENDA BORNEO yang diperjuangkan oleh STAR tidak sedikit pun mampu dinafikan atau disangkal kebenarannya oleh sesiapa pun, terutama sekali pemimpin-pemimpin Sabah sedia ada. Apa yang dipertikaikan sekadar soal peribadi DDJK terutamanya isu DDJK sering bertukar parti dan juga STAR bukan parti Sabah. Menyedihkan sekali, hanya inilah mentaliti kebanyakan pemimpin Sabah sedia ada malah turut mempengaruhi sebilangan rakyat. Maka terdapat juga rakyat yang keliru sehingga tidak lagi mampu menilai intipati perjuangan tetapi dilarikan perhatian kepada perkara yang sekadar berbaur provokasi.

Persoalan DDJK selalu berpindah parti, sudah sering diberikan penjelasan oleh DDJK sendiri malah oleh kebanyakan pejuang STAR. Namun, pada pandangan biasa saya, sekalipun DDJK berpindah parti, adakah perpindahan itu berkepentingan peribadi? Atau bahasa mudahnya, adakah perpindahan itu menjadikan DDJK seorang menteri atau menerima projek berbilion ringgit? Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI. Sejak ditahan dalam ISA selama 2 tahun 7 bulan pada tahun 1990 sehingga sekarang, suara DDJK tetap sama. DDJK tidak pernah lari atau melompat daripada perjuangan mengembalikan hak-hak Sabah khususnya berhubung Perkara 20. Apa yang berlaku ialah, parti-parti yang beliau sertailah yang tidak mampu mengangkat agenda perjuangan DDJK atau bahasa mudahnya parti-parti itulah yang akhirnya melompat perjuangan. Maka atas dasar integriti dan prinsip perjuangan, maka sewajarnya DDJK meninggalkan parti-parti tersebut.

Isu DDJK hanya ingin menjadi nombor 1 dan juga Ketua Menteri juga seringkali diungkapkan. Ternyata telahan ini juga salah kerana Perdana Menteri (Dr Mahathir) pernah menawarkan DDJK jawatan Ketua Menteri kepada DDJK melalui sebuah parti tetapi ditolak dengan tegas oleh DDJK kerana menghormati kepimpinan TS Pairin yang dipilih rakyat. Malah perkara ini turut diakui oleh Yunof Maringking, salah seorang peguam 'senior' Sabah melalui kenyataan akhbar perdana Sabah. Walau bagaimana pun, melalui liku-liku perjuangan, sudah selayaknya DDJK diberi kepercayaan menjadi pemimpin utama kerana terbukti selama ini ketika DDJK bukan sebagai orang No. 1, seringkali perjalanan agenda perjuangan beliau terbantut di tengah jalan. Apalah salah kiranya, dalam menghargai sedikit nilai perjuangan DDJK yang selama ini begitu istiqamah dan konsisten bahkan tiada seorang pemimpin di Sabah pun yang melalui liku-liku perjuangan seperti DDJK ini, kita berikan penghormatan agar DDJK mengemudikan Sabah dalam arus kepimpinan seorang pejuang tulin.

STAR dipilih sesuai dengan Agenda Borneo. Di sebaliknya, DDJK juga berusaha menubuhkan parti berasaskan Sabah namun keengganan/kelewatan ROS untuk meluluskannya juga sesuatu yang aneh. Malah untuk mengambil alih kepimpinan parti berasaskan Sabah yang sedia ada bukannya satu proses yang mudah. Jika hanya menjadi pengikut, DDJK pasti akan melalui saat-saat getir seperti parti-parti yang dianggotainya sebelum ini dan ia sudah pun terbukti beberapa kali. Oleh sebab itu, STAR diangkat untuk bersinar di Sabah dengan dikemudikan sendiri oleh DDJK tanpa tangan-tangan ghaib di belakang yang mungkin merosakkan agenda perjuangan.

Marilah kita selami intipati perjuangan. STAR bukan sekadar politik. Tetapi STAR adalah masa depan rakyat Sabah dan Sarawak. DDJK berjaya membuka semua kepincangan kerajaan sedia ada dari perspektif ilmu dan fakta. Ada juga yang bertanya, BOLEHKAH? Sebenarnya yang menjadikan ia boleh atau tidak itu siapa? DDJK seorang atau seluruh rakyat Sabah yang memahami intipati perjuangan sebenar? Jika kita bertindak sekarang, masih belum terlewat tetapi jangan tunggu terlewat nanti 'terhantuk baru tengadah', tidak berguna lagi.

23 comments:

  1. Replies
    1. Memang ini kalilah. Jangan lagi lain kali nanti tidak sempat. Sekarang 40 000 daftar lewat di siring2 pantai. Lain kali 400 000 sudah tu. Putih mata kita.

      Delete
  2. pikir dulu bah dia dulu macam mana... dia pun bukan betul juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik dulu tidak betul kemudian jadi betul drp dulu betul kemudian jd tidak betul... No body perfect...UMNO perfect sangatkah?

      Delete
  3. Susahlah klu ada pemimpin yang cuba mengangkat Orang Sabah tp, orang sabah sendiri tidak menyukung. Sedarlah..kita makin tenat... Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka lebih memikirkan kepentingan mereka terjejas kerana sejak UMNO masuk mereka jd kaya segera...Tapi rakyat jd miskin merana...

      Delete
    2. Saya menyeru kepada semua rakyat asal sabah supaya bersatu bersama kepimpinan ddjk,ubahlah menteliti anda jika kita mahu selamat dari tanah bumi sabah,jika kita mahukan tanah adat akan kekal milik kita,jika kita mahukan anak cucu tidak terinaya di masa akan datang,jika kita mahukan negeri sabah dgn sumber aslinya yg kaya dan urus tadbir negeri di kawal selia oleh org kita sendiri dan banyak lagi yg belum disebutkan di sini..adakah tuan/puan,saudara/saudari tidak mahukan sedemekian..???????hairan betul saya jika sadara/saudari tidak mau.!!!!

      Delete
  4. kita sukong DDJK biar pun dia melompat parti asal niat perjuaganya satu tujuan iaitu sskm.sekianya DDjk ini, berjaya menang di pru 13 ini kita akan tgk apa kah tujuan nya? sekiranya perjuangan nya ini, berjaya apakah hasrat dlm sskm, bererti dialah bapa kemerdekaan.hidup star!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita hanya tuntut kuasa kemerdekaan kita. Fokus perjuangan kita bukan keluar dr Malaysia.Betul kata saudara, selami perjuangannya...

      Delete
  5. Haha.....ddjk ini kan sudah bingung pnya orng, knpa dulu dia mo msuk umno? Ada lg berita dia minta abangnya pairin supya dia kna kc laluan tanding d Tambunan atas tiket BN. Ini org Dusun bilang pemimpin RUDAI....hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik pindah parti drp pindah perjuangan... Mana sudah perjuangan PBS dulu? Skg mau bercakap soal Perkara 20 pun main bisik-bisik saja takut kena marah oleh BOS besar dlm BN iaitu UMNO...

      Delete
    2. paduli lah kmu,mgkn kmu yg bingung2 tu gaman.tidak mengerti strategi org politik.apa lah salah klu kita kasih peluang dulu dia(ddjk).dia tu bukan calang2 punya dusunbukit gaman.bagi sya dia satu2nya insan di sabah yang paling berani menyuarakan hak2 kita di sabah..sya secara peribadi sangat2 sokong perjuangan ddjk,biar pun apa orang kata..mungkin c gaman tidak berpijak di tanah sabah nyata,sebab itu lah gmn main hantam ja cakap,"rudai"

      Delete
  6. ini kali la...jgn pedulikan cakap2 org.apa yang penting org kita punya harta pusaka n tanah tumpah darah kita terjaga oleh pemimpin kita yg benar2 tulen..apa guna bermacam2 janji penbangunan tetapi tanah tumpah sendiri tergadai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kalilah... Kita akan terus berjuang...

      Delete
    2. betul tu!..kita mesti berjuang habis2an,jgn lah kita orang sabah alang2 berjuang pru13..ini kalilah....

      Delete
  7. bagi saya,saya selut ddjk..bukanlah sya puji dia,tetapi kita boleh nilai sendiri kesungguhan beliau ini dlm memperkasakan agenda Borneo berdasarkan fakta sejarah yg sebenar.Masa yg lampau,memang beliau ini terkenal sebagai suka pindah parti,tetapi bagi saya,biar pun tindakan itu sangat2 tidak popular bagi semua rakyat sabah.namun disebalik tindakannya itu,ramai rakyat sabah tidak menyedari yg dia (ddjk) mendapat byk maklumat dan pengalaman pahit manisnya disana yg memungkinkan beliau begitu matang dalam perjuangan politiknya melalui STAR..kami berharap perjuangan DDJK kali ini dpt membawa sabah ke landasan yang betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali. Pengalaman mendewasakan kita.

      Delete
  8. sekarang undi utuk masa depan bukan untk masa sekarang,,,...kita mungkin sudah ok.....tapi generasi kita amacam......org sabah "original" dilayan sma rata dgan org sabah "ciplak"...semoga STAR dapat memberikan sinar cahaya yang sebenar pada ORANG SABAH.....

    ReplyDelete
  9. IT'S OUR TIME MY SABAHAN BRETHREN, THE REAL PERJANJIAN MALAYSIA STATED THAT SABAH WAS AN EQUAL PARTNER TOGETHER WITH SARAWAK, SINGAPORE AND MALAYA WHEN FORMING THE NEW NATION THAT CALLED MALAYSIA..NOT JUST A MERELY 14 STATES IN MALAYSIA..WE CAN CHANGE THIS BROTHER AND SISTER..KITA BOLEH MENGUBAH SEMUA INI DENGAN BERSATU MENYATAKAN PENDIRIAN KITA MELALUI SILENT MAJORITY..I'M NOT KEEN INTO POLITICS UNTIL RECENTLY MY FRIEND SHARED WITH ME ABOUT THE AGENDA OF STAR..IT INTRIQUE ME THEN..CUKUP2LAH KITA DIINJAK2,DITINDAS,DIPERBODOHKAN DAN DIPERMAIN..OUR CHILDREN NEED OUR STANDS TO GIVE THEM BRIGHTER FUTURE

    ReplyDelete
  10. Rakyat sabah kita undilah parti star ataupun parti2 yg memang sabah punya..tolak bn,pkr n parti dri luar sabah

    ReplyDelete
  11. Salam,aku org sabah beragama islam,tp aku x risau n takut sekiranya sabah dipimpin oleh ddjk.sbbnya rakyat sabah dr dlu sampai skgpn hidup harmoni walaupn berbilang suku n agama.kita ble bergaul n harmoni.bukan sprt disemenanjung yg tersangat sensitif soal perkauman.Sabah Maju Jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kita dr dulu lg hidup harmoni, tapi dr segi sosial ekonomi kita tertindas o geng...yg ketara kita negeri kaya tpi rykat miskin, ikat perut sbb hasil pi smnanjung smua...

      Delete
  12. Aku masi teringat masa sekola rendah 89-94 kasut,pakaian sek,susu n alat tulis semua diberi oleh yayasan sabah.tp slps tahun tu perlahan2 semua tu x diberikn pd murid2 d sabah.(maaf klu sy tersilap).dan aku dgr cerita org2 lama rakyat sabah mendapat duit dr hasil bumi sabah dan diberikan oleh ketua kampung di balai raya setiap bln.pelajar2 sabah dihantar ke semenanjung menggunakan sabahair dgn tiket free n brbuka puasa dihotel.bolehka hak2 rakyat sabah yg dulu dijelmkan semula sekirnya bn ditolak oleh rakyat slps pru13??

    ReplyDelete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...