Pages

Wednesday 20 October 2010

Nilai Sebuah Kekuatan Dalam Kesatuan

Malayisa : Jika kita kuat, semua orang akan ikut kita dan kata kita adil. Tapi apabila kita sedikit lemah, maka semua orang akan kata kita kejam dan minta untuk lebihkan mereka dan kurangkan hak kita...Tapi kita masih lagi dalam serba kebodohan. Memilih untuk berselisih pendapat hanya soal dahan dan daun-daun sedangkan akar kita dikorek perlahan-lahan tanpa sedar.Kita masih sering bertengkar untuk menukar dahan dan dedaun sedangkan kita tahu,dahan dan dedaun pasti akan layu dan mungkin patah.Namun jika ia tumbuh semula,ia akan lebih segar dan kukuh.Lebih manis lagi ia segar dan kukuh pada pohon yang sama.Menaungi dan melindungi hasrat yang sama.Apa yang kita perlukan sebenarnya ialah menjaga akar agar pohon tidak mudah tumbang dan kita tetap mampu berteduh dengan aman dan bahagia.Soal dahan dan daun, tidak perlu dipaksakan untuk bertukar, ia pasti akan bertukar apabila sampai waktunya...
Kita harus mula mengubah minda dan paradigma.Jangan berikan ruang pada mereka untuk menjarakkan hubungan antara adik beradik,sedarah dan sedaging.Bimbang sejarah keruntuhan ketuanan bangsa kita dahulu berulang lagi.Suatu saat kita akan tumbang dan yang ada pada waktu itu hanyalah laungan' Allahuakhbar' sambil berbunyi letupan senjata dan kilatan pedang...Yang merana adalah anak cucu kita yang bakal merempat di bumi sendiri...Tika itu,tangisan darah hanyalah pemanis bibir mereka kala tersenyum penuh kemenangan.Bangkitlah anak jati Malaysia...

Saturday 21 August 2010

Jika Kita Kuat...

Malayisa : Jika kita kuat, semua orang akan ikut kita dan kata kita adil. Tapi apabila kita sedikit lemah, maka semua orang akan kata kita kejam dan minta untuk lebihkan mereka dan kurangkan hak kita...Tapi kita masih lagi dalam serba kebodohan. Memilih untuk berselisih pendapat hanya soal dahan dan daun-daun sedangkan akar kita dikorek perlahan-lahan tanpa sedar.Kita masih sering bertengkar untuk menukar dahan dan dedaun sedangkan kita tahu,dahan dan dedaun pasti akan layu dan mungkin patah.Namun jika ia tumbuh semula,ia akan lebih segar dan kukuh.Lebih manis lagi ia segar dan kukuh pada pohon yang sama.Menaungi dan melindungi hasrat yang sama.

Apa yang kita perlukan sebenarnya ialah menjaga akar agar pohon tidak mudah tumbang dan kita tetap mampu berteduh dengan aman dan bahagia.Soal dahan dan daun, tidak perlu dipaksakan untuk bertukar, ia pasti akan bertukar apabila sampai waktunya...Kita harus mula mengubah minda dan paradigma.Jangan berikan ruang pada mereka untuk menjarakkan hubungan antara adik beradik,sedarah dan sedaging.Bimbang sejarah keruntuhan ketuanan bangsa kita dahulu berulang lagi.Suatu saat kita akan tumbang dan yang ada pada waktu itu hanyalah laungan' Allahuakhbar' sambil berbunyi letupan senjata dan kilatan pedang...Yang merana adalah anak cucu kita yang bakal merempat di bumi sendiri...Tika itu,tangisan darah hanyalah pemanis bibir mereka kala tersenyum penuh kemenangan.Bangkitlah anak jati Malaysia...

Wednesday 20 January 2010

Masjid al-Aqsa Boleh Roboh

BAITULMAQDIS: Masjid al-Aqsa boleh roboh kerana mengalami banyak rekahan dan retakan berpunca daripada kegiatan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel menggali kawasan bawah tanahnya atas alasan mencari bukti peninggalan warisan Yahudi, menurut laporan, semalam.

Amaran itu dinyatakan oleh ketua hakim Pihak Berkuasa Palestin (PA), Sheikh Tayseer Tamimi, kepada Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC).

Seorang aktivis Palestin, Raed Salah turut bimbang Israel merancang membina kuil Yahudi di kawasan al-Aqsa.

Tayseer pula memberi amaran, beberapa rumah di sekitar tanah suci ketiga Islam itu turut berisiko roboh kerana kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada malam hari membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan Masjidil Aqsa.

"Saya risau dengan pelan Israel membina kuil di kawasan Masjid Kubah Batu tahun ini yang saya percaya akan membawa kepada pembinaan kuil lebih besar daripada al-Aqsa," kata Raed.

"Kerajaan Israel mesti bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya yang turut membabitkan kawasan penganut Kristian," kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.

Beliau juga merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi selain pencerobohan tentera dekat al-Aqsa, terbaru kemasukan 50 pelajar pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel melakukan penyelidikan termasuk pendatang Yahudi manakala wanitanya beribadat dekat masjid berkenaan, kata Tayseer.

Oleh sebab itu, Tayseer mendesak orang Arab dan Muslim di seluruh dunia memberi bantuan menyekat kegiatan menggali oleh Israel dekat tanah suci Islam berkenaan.

Beliau memberi pandangan itu selepas satu kawasan penduduk Silwan runtuh di timur Baitulmaqdis, Isnin lalu, dan meninggalkan lubang sebesar 12 meter di tengah jalan Wadi Hilwah. Jawad Siyam, ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa, memberitahu Maan bahawa runtuhan itu sedalam 10 meter dan terletak beberapa meter saja daripada satu lagi runtuhan, minggu lalu, atas sebab yang sama.

Dalam kejadian itu, sebuah trak kecil terperosok ke dalam lubang selepas runtuhan berlaku. Seorang kanak-kanak turut cedera apabila terjatuh ke dalam lubang itu.

Pusat Baitulmaqdis bagi Hak Sosial dan Ekonomi, (JCSER) melaporkan runtuhan berkenaan pada Isnin lalu, mengulangi kejadian sama tahun lalu. Tanah runtuh itu membabitkan sebuah sekolah perempuan dan 17 pelajar cedera.

(JCSER) menekankan, kegiatan Israel menggali menjadi sebab utama bangunan rosak termasuk di Masjid Al Ein. - Agensi

Siapa Yahudi? Siapa Islam?

SEJAK beberapa lama ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian);
Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
(Di Malaysia : mungkin kerana terlalu bermewahan sehingga kita tidak berasa betapa penting dan berharganya pendidikan)

Tuesday 19 January 2010

Isu Kalimah Allah : Suatu Kupasan Ilmiah dari Perspektif Mudah dan Ringkas.

Dewasa ini kita dikejutkan dengan satu isu yang amat menggemparkan. Tiba-tiba sahaja peristiwa yang sebelum ini hanya dapat kita saksikan di kaca TV atau mendengarnya dari corong-corong radio atau melihat gambar dan membacanya melalui pelbagai jenis media massa kita, telah berlaku dengan nyata, di hadapan mata kita. Gereja,surau malah sekolah dibom atau dibakar malah dilemparkan cat. Walaupun bom kecil, tetapi sebenarnya yang meledak di hati itu sangat besar melebihi letupan bom atom.Adakah ini harga yang harus kita bayar atas nama demokrasi dan keadilan? Sejujurnya, pernahkah kita sama-sama menelusuri rentetan peristiwa ini sehalus dan setelusnya? Jika ada sesiapa yang ingin disalahkan, saya ingin menuding jari kepada ahli-ahli politik, pembangkang atau kerajaan.Adakala kita terlalu berpolitik sehingga terlupa tujuan sebenar iaitu membangunkan tamadun Malaysia demi kelangsungan hidup generasi kini dan akan datang dengan lebih makmur dan harmoni. Tidak cukup bermain dengan isu-isu peribadi yang kelihatannya rakyat semakin muak, maka isu yang amat sensitif seperti bangsa dan agama pula dijadikan bahan permainan. Awas! Jangan cuba bermain api. Nanti yang terbakar adalah kita sendiri. Jangan sampai yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.

Pada hemat saya beberapa perkara perlu kita teliti dengan bijaksana dari hati ke hati :
1. Perkara tentang bangsa dan agama, biarlah kita selesaikan di meja bulat. Inilah yang seharusnya kita budayakan. Sekalipun kita perlu bertegang urat dan bersilat lidah tetapi kita tidak berpatah arang. Kita masih berunding. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa pasti ingat bahawa kemerdekaan negara kita ini berjaya di meja rundingan bukan di mata pedang. Bahkan wakil negara kita terdiri dari pelbagai bangsa dan agama,bersatu. Pemimpin kita terdahulu telah meletakkan batu asas yang amat baik dan kukuh. Jadi saya yakin,perkara yang melibatkan bangsa dan agama, jangan sekali-kali kita benarkan sampai ke mahkamah. Jika sampai ke mahkamah, tidak ada lagi apa yang kita kata sebagai rundingan, kerana setiap keputusan yang dicapai selepas itu pasti akan mengecewakan satu pihak yang lain dan akhirnya kita akan berpatah arang dan berputus asa. Jadi apa yang berlaku seterusnya adalah tindakan orang yang berputus asa, tanpa memikirkan lagi sebarang tindakan yang diambil secara rasional seperti yang berlaku akhir-akhir ini. ( Saya rasa kerajaan harus bertanggungjawab atas keterlepaspandangan terhadap perkara ini. Apabila telah terjadi baru memulakan isisiatif untuk berunding sedangkan bibit-bibit prejudis telah mula membiak.Nasi sudah menjadi bubur. Seharusnya kerajaan mengambil langkah proaktif dengan menangani isu ini sebelum ia sampai ke mahkamah )
2. Berikan definisi secara pasti tentang kalimah Allah atau istilah Allah. Di sini, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka amat diperlukan. Sayangnya mereka berasa ini bukan bidang mereka. Ini bidang orang-orang alim tentang agama. Saya mengatakan ini kerana, semua kitab yang ada di muka bumi ini, bukan berbahasa Melayu. Jadi secara realitinya, kita telah membuat tafsiran terhadap kitab-kitab ini menggunakan bahasa kita iaitu Bahasa Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah badan terpenting dalam mengeluarkan dan menyatakan secara tekal sebarang istilah yang digunakan. Namun begitu,kita harus mengakui bahawa istilah A.L.L.A.H oleh orang Islam adalah bersifat universal dan merujuk kepada Tuhan Yang Esa iaitu satu dan tiada duanya. Semua umat Islam di dunia ini menggunakan satu istilah ini yang berasal dari kalimah Alif Lam Lam Ha iaitu perkataan Arab yang diterjemahkan langsung menggunakan rumi Bahasa Malaysia iaitu Alif sebagai A, Lam sebagai L dan Ha sebagai H. Kalimah Alif Lam Lam Ha ini termaktub dalam kitab Al-Quran cetakan dahulu dan sekarang.Malah ia bersifat abadi. Tetapi dalam Al-Quran tiada tertulis perkataan rumi Melayu ALLAH.Maknanya Allah dalam rumi Melayu itu hanyalah istilah bagi menggambarkan kalimah Alif Lam Lam Ha (ALLAH).Tiada pilihan lain untuk menggambarkan Tuhan bagi umat Islam selain daripada ALLAH. Manakala bagi umat Kristian, Kitab Injil cetakan asal berbahasa Hebrew/Ibrani tidak ada satu pun perkataan yang boleh diterjemah langsung menjadi perkataan ALLAH dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah fakta. Namun hanya umat Kristian di rantau ini terutamanya rumpun Melayu Nusantara yang mengisitilahkan Allah sebagai merujuk kepada Tuhan mereka. Tetapi bagi negara-negara lain selain Nusantara, perkataan Allah tidak pernah dipakai bagi merujuk kepada Tuhan mereka. Umat Kristian juga mempunyai pelbagai pilihan untuk menggambarkan Tuhan mereka melalui konsep Trinity iaitu tiga oknum dalam Tuhan. Di Sabah misalnya penggunaan istilah Allah oleh umat Kristian sudah meluas bahkan sejak dahulu lagi. Namun itulah bezanya istilah dan kalimah. Mereka menyebut Allah tidak seperti sebutan umat Islam. Mereka menyebutnya seperti berbunyi ALAH. Tetapi umat Islam menyebut ALLAH iaitu sama seperti sebutan asal kalimah Alif Lam Lam Ha iaitu Bahasa Arab dalam Al-Quran. Kesimpulannya, apa yang menjadi perselisihan kita sekarang ini hanyalah menyangkut soal istilah dan bukan kalimah. Kita cuba analogi ini : tulis dalam Bahasa Arab Alif Lam Lam Ha pada sehelai kertas dan tulis pula dalam Bahasa Malaysia ALLAH dalam helaian kertas yang lain. Uji sensitiviti kita sebagai umat Islam, mana satu kah yang lebih kita jaga? Kalimah Alif Lam Lam Ha tadi atau pun istilah ALLAH? Namun satu hal yang perlu diakui dan difahami sama ada istilah atau kalimah, umat Islam wajib menggunakannya tanpa pilihan malah tanpa persoalan.
3. Soal merosakkan aqidah, saya rasa ini adalah isu yang ditimbulkan oleh orang politik yang malas mencari ilmu atau ilmunya sekadar di bibir tapi tidak di akal dan di hati. Saya amat percaya, umat Islam sebenar amat mengenali siapa Tuhannya. Kecualilah jika dia hanya Islam di MyKad tetapi perangainya mengalahkan orang yang tidak beragama. Jika dia melihat perkataan ALLAH bertulis di gereja dan dia langsung mengatakan itulah Tuhan dia maka ini sudah tentu salah ibu bapa malah salah ulama yang tidak mengajarkan ilmu yang benar. Lainlah kalau yang terpampang di gereja itu adalah kalimah Alif Lam Lam Ha. Namun sekarang ini tidak terpampang pun. Hanyalah di dalam majalah yang hanya dibaca oleh umat Kristian di gereja tersebut. Itupun hanya istilah Allah yang pastinya mereka sebut sebagai ALAH.Apa kaitannya dengan soal aqidah umat Islam? Di Sabah ini, telah banyak buku-buku yang menggunakan istilah Allah oleh umat Kristian dan adakah aqidah umat Islam di Sabah hancur? Jawapannya tidak sekali-kali kerana bagi saya ALLAH itu ada di hati,bukan di mulut atau di mata. Sebagai keluarga mualaf,saya pernah membaca buku-buku agama( tidak termasuk al-Quran dan al-Kitab ) kedua-dua agama Kristian dan Islam. Dalam buku kedua-dua agama ini, terdapat perkataan/istilah Allah. Tapi saya yakin dan pasti yang mana satu istilah Allah yang menggambarkan Tuhan saya tetapi saya tidak pula memberitahu kepada keluarga saya yang tidak memeluk Islam bahawa Allah itu hanya Tuhan saya dan ia bukan Tuhan kamu. Kerana apa? Kerana saya memahaminya.
4. ISLAM agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia. Perkara ini saya rasa tidak perlu dipertikaikan kerana ia termaktub jelas dalam perlembagaan Malaysia. Perkataan mudahnya ialah Islam adalah tuan rumah. Manakala agama lain boleh kita anggap sebagai tetamu terhormat. Saya ingin merujuk kata-kata Datuk Clarence Bongkos Malakun, Presiden Majlis Jaksa Pendamai Sabah. Katanya demi keharmonian, umat Kristian diminta menggugurkan tuntutan penggunaan “kalimah” Allah. Pada pandangan orang kecil seperti saya, saranan beliau ini ada benarnya. Untuk apa kita pertahankan sesuatu yang tidak mandatori. Seperti yang saya jelaskan di atas, tidak semua umat Kristian di dunia ini menggunakan istilah ALLAH. Maknanya, kita ada pilihan lain untuk tidak menggunakannya. Jadi demi keharmonian kita bersama apalah kiranya kita menghormati sedikit permintaan tuan rumah. Malah kesediaan kita untuk menghormati permintaan ini nantinya membuatkan kita lebih terpandang dan berwibawa dan tuan rumah pasti akan kata kepada kita, “selalu-selalu lah datang rumah ya”. Dan ini akan memberikan kita peluang untuk terus mengamalkan ajaran masing-masing tanpa prasangka. Seperti negara-negara lain yang tuan rumahnya bukan Islam, kita juga menerima permintaan yang lebih kurang sama. Ada negara yang tidak membenarkan azan dilaungkan. Maka kita akur dengan hanya melaungkan azan sekadar untuk kita yang dekat-dekat dengar, kerana zaman Nabi Muhammad S.A.W dahulu pun bukannya ada pembesar suara. Dan yang terbaru ini, ada negara yang tidak membenarkan pemakaian burqa iaitu sejenis pakaian wanita Islam. Kita juga tahu bahawa itu bukan mandatori. Ia hanya budaya pemakaian dan Islam masih ada pilihan lain untuk berpakaian selain burqa. Nah, contoh-contoh yang saya bagi ini boleh kita jadikan prinsip keharmonian dalam negara kita yang tuntutannya semakin kompleks. Jangan kita hancurkan keharmonian kita selama ini dengan keegoan buta semata-mata tetapi berilah kesempatan pada akal fikir celik yang sebaik-baiknya.
5. Peringatan kepada ahli politik!!! Jangan sesekali bermain api dengan isu perkauman dan keagamaan ini. Masihkah kita ingat seorang ahli politik yang bukan beragama Islam telah membacakan sepotong ayat al-Quran dalam ceramahnya hanya untuk menjustifikasikan apa yang dia perkatakan? Ketika itu tiada siapa persoalkan tentang kalimah. Walhal ini jelas bahawa ia adalah kalimah yang diambil terus dari kitab suci al-Quran.Jika ingin dipertikaikan, seharusnya pada ketika inilah umat Islam harus bersatu untuk menegakkan kesucian ayat-ayat ALLAH ( sebut dengan sebutan ARAB ). Tapi kerana justifikasi ideologi politik, ada pihak yang hanya berdiam diri. Sedangkan pada waktu itu sebenarnya telah timbul prejudis terhadap bukan Islam oleh umat Islam negara ini dan ia merebak sedikit demi sedikit sehinggalah isu kalimah ALLAH ini timbul dan ia meletup.( Sekali lagi peranan kerajaan perlu dipertanggungjawabkan. Manusia sebeginilah yang sejelas-jelasnya memesongkan aqidah umat Islam. Apa tidaknya, saya diajar untuk menghormati kesucian al-Quran. Menyentuhnya sahaja pun perlu bersuci apatah lagi membacanya. Tapi ada orang yang bersunat pun mungkin tidak apatah lagi bersuci membaca ayat-ayat ini dan kerajaan sekadar bercakap tanpa tindakan konkrit.Jika dia ISLAM, mungkin tidak jadi soal dia mahu menggunakan ayat yang mana sekalipun. Bagi saya, sepatutnya akta ISA itu terpakai pada waktu itu. Bukan hanya pakai ISA bila kerajaan dikecam sahaja )
6. Kemungkinan konspirasi LUAR yang dilakukan secara terancang. Tidak mustahil banyak pihak di seluruh dunia yang sedang memerhatikan betapa kita berjaya hidup dalam masyarakat majmuk dan berbilang agama dengan harmoni,sedang berusaha menghancurkan kedamaian ini. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah mereka tidak mahu kita menjadi negara maju dan menggugat sistem ekonomi yang mereka kuasai selama ini. Lihat sahaja di Iran ketika pergolakan politik dalaman mereka baru-baru ini. Lupakah kita bagaimana seorang wanita ditembak dengan kejam dan gambar pembunuhannya yang begitu lengkap diambil dari semua sudut tersebar dengan cepat ke seluruh dunia? Adakah gambar ini secara kebetulan atau memang telah dirancang? Pada masa yang sama ada negara kuasa besar dengan lantang menuduh kerajaan Iran kuku besi dan tidak demokratik. Apa tujuannya? Tidak lain hanyalah untuk melemahkan kerajaan ini agar mereka dapat menguasai Iran melalui ‘orang pilihan’ mereka. Ini mungkin satu contoh yang boleh kita fikirkan sebagai kemungkinan campur tangan asing yang secara halus dan tidak kita sedari.Di negara kita pun sudah ada semacam insan yang menjadi ‘orang pilihan’ mereka. Waspadalah…
7. Tindakan mengharamkan penggunaan istilah Allah oleh bukan Islam di sesetengah negeri dan kerajaan persekutuan di negara kita secara khususnya merupakan tindakan yang tidak praktikal. Ini hanyalah tindakan politik yang masing-masing cuba meraih kepercayaan usang. Kerajaan misalnya, sengaja membiarkan isu ini berpanjangan dan selepas melihat bantahan rakyat, barulah mereka cuba menjadi juara dalam mempertahankan isu ini. Begitu juga dengan pembangkang, lihat sahaja negeri yang mereka kuasai,lebih dahulu mengharamkan penggunaan istilah Allah oleh bukan Islam sedangkan sedikit waktu dahulu ada orang yang mempersendakan ayat-ayat al-Quran, mereka diamkan sahaja. Ini kerana orang itu adalah ‘orang mereka’. Selepas isu kalimah Allah ini timbul,mereka mula melihat kecenderungan rakyat maka mereka mula menangguk di air keruh.Jika inilah jenis pemikiran orang politik di negara kita, pasti negara kita akan menuju kehancuran. Cadangan saya kepada kerajaan ialah, panggillah Ketua Agama Kristian Malaysia, berbincanglah dari hati ke hati dan berikan sebab-sebab konkrit mengapa kita tidak gembira umat Kristian menggunakan istilah Allah ini. Tidak perlu kepada tindakan pengharaman yang pada hemat saya hanya akan membibitkan prasangka yang nantinya akan melebarkan jurang perbezaan agama. Saya berharap kerajaan Sabah tidak terikut-ikut dengan langkah beberapa negeri yang melaksanakan pengharaman ini. Ramai ahli agama Kristian yang telah terbiasa menggunakan istilah ini dalam kegiatan mereka. Berikan masa kepada mereka menukar istilah ini secara ikhlas jika tidak keberatan demi keharmonian. Saya yakin lambat laun mereka akan memahaminya kerana setiap orang yang beragama pasti mempunyai hati yang suci bersih.

Akhir kata, isu yang kita perdebatkan selama ini sebenarnya bukanlah isu Kalimah ALLAH tetapi hanya istilah Allah. Malah yang menghangatkan isu ini pun adalah orang politik sendiri yang di kepala mereka hanya untuk meraih sokongan pengundi. Ramai lagi rakyat di Malaysia ini melihat isu ini adalah isu buatan dan permainan orang-orang yang tidak cukup ilmu dan pemikiran lojiknya. Kepada umat Islam,satu hal yang mungkin kita lupa bahawa kedua-dua agama ini adalah agama Samawi. Sama ada terdapat di antara ajaran itu telah dipesongkan atau tidak, tidak perlulah kita beritakan kepada mereka yang pada anggapan kita belum menerima hidayah. Apa yang lebih penting ialah kita perkuatkan ajaran Islam terhadap generasi Islam kita agar tidak timbul soal kita tidak mengenali siapa Tuhan kita. Jangan sampai isu ini hanya bakal mengaibkan kita sendiri dan memperlihatkan kelemahan lantaran ketidakmampuan kita untuk mengajarkan umat Islam mengenali siapa Tuhannya. Saya yakin dan percaya ALLAH pasti lebih memuliakan kita dengan kesederhanaan kita ini malah ia pasti membawa Nur Ilahi kepada umat lain yang melihat betapa rendah hatinya kita. Atau paling tidak, berbanggalah kita bahawa akhirnya ada agama lain yang membenarkan bahawa ALLAH itu adalah Tuhan yang sebenar.Bukankah ini suatu kekuatan? Kepada umat Kristian, marilah kita mula menghayati betapa indahnya keharmonian kita selama ini. Jadi buangkanlah prasangka yang mengatakan Islam itu tidak ‘friendly’. Islam itu tidak salah, yang salah hanyalah segelintir umatnya yang tidak mahu berfikir. Islam itu bukan agama yang ganas.Islam adalah agama yang sangat bertoleransi. Terdapat dua hubungan yang dianjurkan oleh Islam. Pertama, hubungan dengan Tuhan. Jika kita bersalah pada Allah maka kita perlu secara langsung meminta ampun kepadanya tanpa perlu orang tengah kerana ALLAH (Alif Lam Lam Ha) Maha Pengampun. Kedua, hubungan sesama manusia. Jika kita bersalah pada seseorang, kita wajib meminta kemaafan pada orang itu. ALLAH sendiri tidak akan memaafkan kesalahan kita bagi pihak orang itu. Lihatlah betapa dalam ajaran Islam sangat mementingkan soal hubungan. Jadi apalah kiranya umat Kristian merenung kembali ‘permintaan’ umat Islam di negara ini. Sama-sama kita bertoleransi.Jika umat Kristian tidak menggunakan istilah Allah pun, keimanan terhadap agama Kristian tidak berubah. Tetapi Islam, tidak boleh. Mereka mesti ( WAJIB ) menggunakannya kerana inilah istilah/kalimah yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran. Malah dalam persetiaan menjadi seorang Muslim yang dikenali sebagai syahadah, seseorang itu perlu menyebut dengan jelas “ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”.Ini jelas bagi umat ISLAM bahawa Tuhan mereka itu adalah ALLAH. Jika tidak, keIslaman mereka itu sia-sia. Kepada mereka yang telah melakukan onar dengan membakar,mengebom dan melemparkan cat pada gereja, surau dan sekolah. Bertaubatlah! Ini bukan ajaran orang yang beragama.Saya amat yakin bahawa yang melakukan ini bukanlah orang yang benar-benar memahami agama. Ia hanya perbuatan ‘budak-budak’ samseng yang suka melakukan kekecohan atau paling tidak pun hanya ‘budak suruhan’ pihak tertentu. Kembalilah ke pangkal jalan. Benarkanlah negara ini terus aman dan harmoni agar setiap rakyat dapat mengamalkan ajaran agama masing-masing dengan bebas dalam suasana yang penuh kedamaian. Kita hanya diberi panduan untuk memahami, mendalami dan meyakini kepercayaan kita bukan untuk mengatakan dengan sombong dan ego bahawa kepercayaan orang lain itu tidak benar.Namun jika orang datang kepada kita meminta kebenaran.Katakanlah yang sesungguhnya. Selain daripada itu, biarkan hanya Tuhan sebenar yang menghakimi manusia atas semua amalan dan kepercayaan mereka.Jika apa yang saya perkatakan ini ada salahnya, semoga ALLAH mengampuni saya.

Monday 18 January 2010

FAKTA : Kronologi keganasan Israel ke atas Gaza

# Israel melancarkan 'Operation Cast Lead' ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 dengan alasan mahu menghentikan serangan roket harian Hamas ke penempatan Yahudi di Israel.

# Kempen keganasan berlarutan 22 hari, mengorbankan 1,400 rakyat Palestin, mencederakan 5,500 orang dan beratus-ratus lagi parah, manakala hanya 13 tentera Israel maut.

# Selepas setahun kepungan Israel, lebih 90 peratus penduduk Gaza memerlukan bantuan makanan, 32,000 penduduk tanpa bekalan air paip dan ribuan lagi tidak berumah, selain menghadapi peningkatan masalah psikososial.

# Rundingan di antara Israel dan Palestin berhubung perjanjian damai sehingga kini masih tergantung.

# Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipandang tinggi rakyat Palestin kerana sumbangannya dalam usaha membebaskan negara itu daripada penindasan selama 60 tahun oleh Israel.