Pages

Monday 4 July 2011

Airmata di Kerusi Roda

Sekadar Gambar Hiasan
 
Airmata di Kerusi Roda

Jika aku Kutub Utara
Yang kubekukan hanya airmatamu
Jika aku gersang padang pasir
Yang kuhangatkan hanya tubuhmu

Tapi Kutub Utara itu bukan aku
Aku jua bukan gersang padang pasir
Yang kupunya hanya simpati
Jadi sapulah airmatamu itu
Jangan biar ia tumpah dan mengalir
Hanya kerana kepayahan hidup
Selimutkanlah tubuhmu itu
Jangan biar ia sejuk dan lemah
Hanya kerana keterbatasan diri

Meski di atas kerusi roda dan pondok usang
Kau harus tabah dan bertahan
Ia hanya ujian kasih Ilahi
Maka bekukan airmatamu dengan tekad perjuangan
Biar nanti hanya aku yang menangis gembira
Hangatkan lagi tubuhmu dengan semangat kehidupan
Biar nanti aku yang sejuk memandang

Walau aku tidak punya apa
Namun ku pasti menghampirimu dengan hati
Aku tetap membantumu dengan doa
Kerana aku adalah pewaris semangatmu
Menjadikan aku lebih menghargai
Erti sebuah kehidupan

Nim Yorza
29 04 2011
Taman Lingkudau

2 comments:

  1. Terimakasih kerana menerbitkan sebuah sajak yg menyentuh perasaanku.. Semoga kita sama2 mendapat Rahmat Allah SWT.Terimakasih kerana menerbitkan sebuah sajak yg menyentuh perasaanku.. Semoga kita sama2 mendapat Rahmat Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. @merah_s
    Saudara...puisi ini tercipta kerana kebanyakan kita sebenarnya hanya mampu merenung simpati kerana tidak upaya untuk membantu. Maka hanya kasih sayang dan doa yang termampu...

    ReplyDelete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...