Pages

Thursday 26 January 2012

“HENTIKAN MEMPERDAYAKAN RAKYAT SABAH - STAR”

“Ahli-ahli politik dan parti-parti politik dari Semenanjung harus menghormati rakyat Sabah sekiranya mereka betul ikhlas membantu Negeri Sabah dan rakyatnya dan janganlah merujuk kepada mereka sebagai “simpanan tetap” dan hanya pengundi dari segi politik semata-mata diperguna demi menawan atau mengekal kuasa di Putrajaya” hujjah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Ketua STAR Sabah.

Beliau menegaskan bahawa “Rakyat Sabah kini lebih matang dalam kefahaman politik” 
 
“Kini rakyat menyedari bahawa mereka telah diperdaya, diperguna dan ditipu sepanjang 48 tahun yang lalu sehingga Sabah menjadi Negeri yang termiskin di Malaysia dan kehilangan kuasa politiknya”.

Sudah tentu UMNO/BN berasa gembira kerana kekal berleluasa kuasa di Sabah. Akan tetapi adakah rakyat Sabah gembira?

Fikirkanlah! Adakah kita berasa gembira sebagai Negeri termiskin sambil mengetahui bahawa Negeri Sabah kaya-raya dengan sumber alam semulajadi termasuk minyak dan 95% hasil minyak kita diambil dengan secara tidak adil?

Adakah kita berasa gembira kerana dibanjiri dengan pendatang asing yang diberi MyKad dan berhak mengundi sehingga tidak lama lagi mereka akan mengambilalih hak-hak kita?

Adakah kita berasa gembira menerima hanya 5% daripada hasil sumber minyak kita dan Petronas menerima 95%?

Adakah kita berasa gembira bahawa hasil kita sebanyak RM35 bilion dipungut oleh Kuala Lumpur setahun manakala Negeri kita dengan tungkus-lumus hanya boleh memungut hasil setakat RM3.6 bilion sahaja?

Adakah kita berasa gembira dikuasai dan dijajahi oleh UMNO?

Tambahnya, kini Pakatan Rakyat juga datang memancing undi kita dan meminta rakyat Sabah menepikan parti-parti tempatan kecil dan menyokong mereka secara lansung mencapai agenda tersirat mereka terhadap rakyat dan Negeri Sabah.

Adakah mereka menganggap bahawa rakyat Sabah adalah bodoh dan mahu satu penjajah ditukar dan diganti oleh penjajah baru?

Rakyat Sabah tidak memerlu peringatan tidak diperdaya dan ditipu kali kedua dengan cerita donggeng bahawa hanya parti-parti Semananjung sahaja yang terbaik sanggup mewakili dan mempertahankan Sabah dan rakyatnya.

Rakyat Sabah dan Sarawak mesti mempertahankan dan memegang kerusi-kerusi Parlimennya. Jikalau tidak, bukan sahaja kedua-dua Negeri Borneo akan hilang kuasa bersuara mereka tetapi juga akan hilang kuasa rundingan mereka untuk mempertahankan hak-hak Negeri mereka.
 
Bersusulan daripada keputusan pilihanraya 2008, adalah nyata dan jelas bahawa Sabah dan Sarawak sudah menjadi kuasa penentu siapa yang memerintah Putrajaya. Seandainya parti-parti tempatan Sabah dan Sarawak telah menukar dan memihak pihak pembangkang, sudah terjadi penukaran Kerajaan Persekutuan.

Pendapat sesetengah pemimpin tempatan parti pembangkang daripada Semenanjung dan pemimpin-pemimpin pembangkang dari Semenanjung bahawa hanya parti besar atau parti yang berpengkalan di Semenanjung sahaja yang terlayak menjadi kuasa penentu adalah salah dan tidak benar.

Satu-satunya contoh yang menyangkal pendapat tersebut adalah peranan yang dipegang oleh parti Liberal Democrats waktu pilihanraya United Kingdom pada tahun 2010. Parti Liberal Democrats memenangi hanya 57 kerusi di Parlimen UK yang mempunyai 650 kerusi tetapi telah menjadi kuasa penentu didalam perikatan yang berjaya menubuhkan Kerajaan pemerintah UK. Kuasa penentu tersebut pun dapat merebutkan perlantikan Timbalan Perdana Menteri UK untuk parti Liberal Democrats.

Sudah nyata bahawa parti-parti Semenanjung memerlukan kerusi-kerusi dan sokongan rakyat Sabah. Sokongan yang dipohon harus hanya diberikan dengan syarat-syarat yang memihakkan Sabah dan rakyatnya dan bukan berdasarkan syarat mereka atau agenda mereka.

Parti-parti Semenanjung boleh dan telah berjanji terang bulan dan bintang untuk meraihkan sokongan Sabah. Akhirnya, janji-janji mereka hanya janji kosong dan hanya parti tempatan yang berazam kuat sahaja yang dapat mempertahankan hak-hak kita.

Parti-parti komponen BN tempatan sekarang hanya sekadar pak turut ditarik cucuk hidung dan dipaksa membisu, pekak dan buat bodoh sehingga tidak boleh menyuarakan hak-hak Sabah dan rakyatnya. Mereka harus mengikut jejak parti Liberal Democrats di UK dan membelajari kemahiran mereka menggunakan kuasa penentu mereka.

Masa sudah tiba untuk rakyat Sabah bersatu berganding bahu dan bertindak mengambilalih tanggungjawab demi mempertahankan hak-hak kita.

Kita tidak boleh bergantung kepada orang luar atau wilayah lain untuk memimpin kita sebab mereka ada agenda mereka sendiri. Agenda, kepentingan dan prioriti mereka bukanlah sama dengan kita punya.

Mereka hanya berniat mempergunakan kita, rakyat Sabah, demi menjayakan perjuangan Semenanjung mereka menawan atau mempertahan Putrajaya.

Kita mesti menentukan nasib kita sendiri. Jangan biar orang lain menentukannya untuk kita.

Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi? Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi?

INI KALI LAH! Jangan melihat rendah terhadap parti-parti tempatan.





Datuk Dr. Jeffrey Kitingan 
Chairman 
STAR Sabah Chapter

18 Januari 2012

72 comments:

  1. nantilah bah!...

    ReplyDelete
  2. Suara hati seorang pejuang politik yang tulen harus kita beri sokongan berlipat kali ganda jangan hanya sokongan luaran tapi dari hati yang benar benar ingin kan kemerdekaan sebenar. Sabah suatu ketika dulu negeri yang terkaya d malaysia kenapa pula apabila merdeka menerusi semananjung seusia 48 tahun memnjadi negeri yang termiskin di malaysia di mana hasil bumi sabah mengalir. INI KALI LAH jangan beri muka lagi pada UMNO berkuasa beri peluang anak tempatan menjadi pemimpin yang teragong di bumi sendiri, Perjuangan DR JEFFERY KITINGAN adalah perjuangan yg tulus iklas kerana beliay tidak rela melihat rakyat Sabah di erbodohkan lagi melalui undi, II KALI LAH PRU13 perubahan, Syabas JEFFERY KITINGAN sebagai rakyat saya tetap menyokong perjuangan murni ini dwengan mengundi STARS pada PRU13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai rakyat tulen Sabah kecuali yang tidak mendalami pengetahuan apa itu itu hak sendiri, pendapat Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan harus disokong 200% oleh Orang ASAL Sabah, kerana beliau sahaja yang benar2 pejuang dan rela berkorban demi negera Sabah dibandingkan dengan para pemimpin tempatan yang mewakili parti2 dari Semenanjung, hanya untuk kepentingan peribadi dengan menggunakan " wang, pengaruh, kelebihan mereka dll" untuk menyerahkan kuasa negeri sendiri kepada Malaya. Apalah guna setekat pembangunan, sekiranya pembanguan itu ada seperti di Malaya, kalau 95% kuasa politik dipegang dan ditentukan oleh Malaya, Orang PTI yang dijadikan Orang Melayu apabila diberi MyKad? Kita keturunan orang ASAL akhirnya 'menjadi pelarian'politik, ekonomi dll' akibat para pemimpin Sabah yang menyokong dasar penjajahan Malaya sama ada melalui PKR atau UMNO. Bangkitlah wahai rakyat Sabah untuk menjaga negeri kita Sabah. Kalau parti2 tempatan seperti PBS, PBRS, UPKO dan LDP masih bertuankan UMNO, lenyapkan mereka dari bumi Sabah. Mereka adalah penyebab masalah PTI ini berterusan. RCI yang ditubuhkan itu, belum tentu semua PTI yang sudah diberi MYKAD dapat diselesaikan seperti yang diharapkan para pemimpin STAR DAN GABUNGANNYA.

      Delete
  3. Sabahku tercinta20 June 2012 at 20:00

    Sebagai rakyat Tulen Sabah, Saya sangat menyokong penuh kewujudan sebuah parti tempatan yang memperjuangkan hak rakyat sabah. Yang selama ini telah dimanipolasikan oleh se buah parti terlalu banyak membuat janji2 kosong dan hanya mampu mengaut keuntungan hasil2 sabah, yang selama ini kita tidak sedari. Lihat beberap syarikat2 gergasi yang begitu selesa dan mantap bertapak di negeri kita. IOI, IJM, FELCRA, PETRONAS dan sebagainya. Lihat apa yang telah terjadi kepada Yayasan Sabah, Jabatan Hutan. Kemana sudah jutaan balak2 yang suatu ketika dahulu kita bangga2kan. Kemana fungsinya menteri2 sabah. Yang tidak sudah hilang taring dan bisanya untuk bersuara di perlimen. Sudah nampak dan jelas mereka telah di genggam dan termakan budi. Oleh itu ayuhlah rakyat sabah sekalian, berfikirlah demi masa depan anak cucu kita. Maukah kita terus menerus dijajah dinegeri kita sendiri. Undilah parti tempatan kita. INI KALILAH......

    ReplyDelete
  4. jgn ikut perasaan.mcm pepatah dgr guruh d langit air d tempayan di curahkan.dlm setandan pisang xkan semua busuk kan.byk juga sdh yg kita dpt sejak BN memerintah ni.kadang2 bila benci sgt,hati & mata kita jadi buta mau lihat semua tu.sebutir pasir pun bagi kita tiada.aku sendiri pun benci gila tinguk 'geng2' yg suka sgt duduk meja roundtable kedai kopi ikut YB kehulu kehilir,tunggu habuan.tapi bkn semua begitu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bkn perasaan tapi kesedaran...bangunlah dari tidur dan jgn tertipu..peluang sudah di bagi pada BN/umno tapi mereka bertambah tambah melampau...tukar kerajaan,klu bkn sekarang bila lagi

      Delete
  5. Kami para pengundi di Sugut, Labuk dan Beluran bersumpah untuk memberi ketiga-tiga kerusi tersebut kepada STAR kerana ketiga-tiga wakil BN GAGAL tugasan mereka. Mereka membiarkan tanah-tanah kami diberi kepada syarikat-syarikat, jalan-jalan raya utama kami tidak diaspal sejak 1963 lagi dan masih mempunyai banyak rakyat termiskin di kawasan ini. Oleh itu kami berjanji akan mempastikan ketiga-tiga kerusi tersebut milik pembangkang STAR. Pepatah yang diketengahkan mendengar guruh dilangit, air ditempayan ditumpahkan, bagaimana tidak ditumpahkan jika airnya tidak dapat dimunum langsung kerana sentiasa coklat dan berpasir. Kita yang menentukan air hujan tersebut supaya turun melalui STAR untuk mempastikan air bersih.

    ReplyDelete
  6. Ingatan para rakyat Sabah dan Sarawak. Berikut ini adalah salah satu janji keramat Tunku Abdul Rahman untuk mencadangkan pembentukan Malaysia. Pada 16.10.1961 dalam ucapannya di dewan parlimen Persekutuan Tanah Melayu, "... tambahan pula di dalam susunan perlembagaan akan datang rakyat Borneo mendapat lebih banyak suara dengan perkara yang mereka rasa amat penting seperti imigresen, pelabuhan dan hak kewarganegaraan negeri". Pada 31.8.1963 Gabenor British Sabah terakhir mengisytiharkan, "Hari ini adalah yang bersejarah bagi negeri Sabah. Ia menandakan permulaan sendiri dan kemerdekaan dan lenyaplah kerajaan penjajahan. (Ref: The Borneo Times Saturday,August 31, 1963) Sir William Goode dan Rajah Brooke juga telah memberi ingatan mereka kepada rakyat Sabah dan Sarawak supaya "memelihara kemerdekaan mereka selama-lamanya" kerana di masa akan datang ada pihak-pihak yang mungkin cuba mengambilalih sebagai "penjajah baru" daripada penjajahan British selepas ini. Rakyat Sabah dan Sarawak sahaja yang berhak agar jaminan ikhlas Tunku Abdul Rahman tersebut dipatuhi dan kekhuatiran Sir William Goode dan Rajah Brooke tersebut diingati benar-benar. Kerana kalaulah "kemerdekaan ini hilang dan tidak dipelihara" "No amount of money could recover it". Maksudnya kedua-dua Sabah dan Sarawak terjejah selama-lamanya melalui wakil BN mereka. Oleh itu TUNTUTLAH MELALUI KEPIMPINAN STAR. Kalu bukan kita Siapa lagi? Kalau bukan sekarang Bila lagi? Ini Kali lah!! Jangan lain kali, kerana lain kali, nasi sudah menjadi bubur. Pada masa itulahlah kita akan menjadi kuli orang asing. Ini bukan andaian tetapi sedang berlaku sekarang. Betul tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar betul tak pernah saya dengar negara di dalam sebuah negara tidak mempunyai seorang pun anggota polis dan tentera bagaimana sebut matawang nya
      Kalau Rm 100 berapa kalau ditukar kepada tisin sabah,? 1000 2000 3000?

      Delete
  7. selagi yg memerintah tu bernama manusia,selagi tulah dlm hati & akal ada nafsu & org yg ada kepentingan tetap kejar kehulu kehilir.situasinya tetap sama siapa juga yg memerintah,bezanya jenis pelahap atau jenis makan 'sikit2'.waktu blm pegang kuasa memangla,janji setiap sen mesti sampai akhirnya kpd rakyat.janji habis-habisan,korek semua perkara yg rasa2 rakyat x puas hati.jgnkan kita yg iman setipis kulit bawang, yg Haji,Ustaz,khatam 30 juzuk,solat jemaah 5 waktu di masjid,lulusan al azhar pun blm tentu x gelap mata bila nampak duit.waktu tu janji jadi janji terang bulan.ada pepatah Inggeris ckp better sleep with the devil u know than the angel u dont.kita boleh berjaga2 sebab kita tau org tu perangai mcm setan,tapi kita x sedar org yg baik mcm malaikat depan kita boleh tikam kita dari blkg bila kita leka

    ReplyDelete
  8. marilah kita memberi sokongan padu kepada star pimpinan jeffry, kerana pbs umno di sabah tidak mampu menyuarakan suara dan rintihan serta penderitaan sabah. mereka ini hanya diperlakukan lembu-lembu umno untuk memerah keringat dan merampas hasil sabah. kilau kita ingin melihat 95 pratus milik kita dan 5 pratus untuk persekutuan marilah memberi kemenanngan kepada star. bukan broom rm500.00 kerajaan sabah boleh bagi untuk rakyat sabah tatih lebih lagi. cuba kamu kira broom najib rm500 bahagi 5 tahun berapa jumlah. begitu harga undi kamu dan perasaan orang sabah. rayat sabah tidak bodoh boleh dibeli dengan broomrm500 dan dengan kedai 1malaysia. berapa sen sangat yg dia bagi untuk rakyat. jika orang sabah mahu menguasai ekonomi buatlah sokongan padu kepada jeffry. kuasa emegresen, pelabuhan , pungutan hasil ditangan orang sabah bukan dikuasai orang asing/umno/persekutuan tapi kuasa pemimpin dan kerajaan sabah sendiri.lihat juga semakin umno berkuasa harga barang semakin naik nak turun barang tak boleh tapi kalau pemimpin umno beli kapal selam komisen rm600juta. tapi untuk subsidi rakyat sunguh susah fikirkan. tuhan mendengar rintihan orang sabah dan tuhan akan campur tangan dalam pilihan raya kali ni. percayalah orang sabah kemenangan milik kita. dr jeffry adalah pemimpin yang sangat sabar sanggup mempertaruhkan nyawa ditahan oleh ISA untuk kepentinga politik UMNO namun beliau seorang yg kuat dan tidak berhenti untuk memperjuangkan hak dan maruah rakyat sabah jadi tiada sebab rakyat sabah tidak menyokong perjuangan beliau. tuhan menyertai dan memberkati dr jeffry tuhan sentiasa menyartai diri mu menjadi perisai mu dimana jua.

    ReplyDelete
  9. SAYA KASIHAN BETUL DENGAN BANGSA SAYA SENDIRI YANG SELAMA INI DI PIJAK TP TAK SEDAR2...BANGUN LAH WAHAI BANGSAKU..SEDARLAH...ORG LAIN KAUT KEUNTUNGAN DALAM NEGERI KITA

    ReplyDelete
  10. kenapalh mereka xsdr(sstengah rkyat sabah)...apa lagi yang mereka tnggu sebnarnya..kita ada hak,hak yang sudh lama menanti..kita kena bersatu padu untuk menyokong negeri kita,sanyangilh sabah!

    ReplyDelete
  11. SELAIN KEKUATAN INTERNET, SAYA MERASAKAN BAHAWA SEMUA MAKLUMAT MENGENAI PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN KERAJAAN PERSEKETUAN HARUS DIDEDAHKAN KEPADA SEMUA RAKYAT SABAH MELALUI SURAT ATAU BROSUR DAN DIEDAR KE SETIAP KAMPUNG DENGAN SEGERA!

    ReplyDelete
  12. ORANG SABAH BODOH NAK MAMPUS...ORANG SEMENANJUNG JADIKAN SABAH MACAM KANDANG BABI JE (AMBIL DUIT BANYAK2 BAWA BALIK SEMENANJUNG-SABAH BAGI SIKIT2 ASAL CUKUP MAKAN). ITUPUN TAK SEDAR2 MASIH LAGI MATI2 SOKONG BN HA HA HA HA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak semua orang sabah bodoh kawan...banyak yang telah lama sedar dan berjuang habis-habisan untuk menyelamatkan sabah. begitu juga nda semua orang semenanjung nda baik, ada juga yang baik. cuma orang-orang tertentu sahaja yang mempergunakan sabah. pray that those who fight for the justice of sabah will prevail...Love Sabah So Much!!!

      Delete
    2. Yah, kadang2 ada yang bodoh mengaku pintar. Inilah akibat terlalu 'buta minda'. Tak tahu 'dia dijajah dari segi mental, fizikal dan segala2nya. Tahniah kepada orang2 Sabah yang berapi-api Cintakan Sabah ini. Kalau bukan kita menyintai Sabah, Siapa Lagi? Harapkan para pemimpin dari Malaya? Mereka cintakan Mnyak Sabah (95% dihisap), kawasan tanah Sabah oleh FELDA, FELCRA dan syarikat2 gergasi dari Malaya, tetapi Kerajaan Negeri UMNO Sabah, membiarkan rakyat Sabah asal tanpa pembelaan kerana Malaya bilang "JANGAN!" Kita beri peluang dulu PTI yang kita jadikan Orang Melayu sebagai pengundi Fixed Deposit. Oleh itu, "those who fight via STAR and its allies for the justice for Sabah, by GOD'S WILL, will prevail. Cintailah Sabah seperti menyintai diri mu sendiri wahai orang2 ASAL Sabah dari semua tanpa mengira suku kaum dan agama.

      Delete
    3. dan cuba fikirkan sabah tidak lagi memberi profitnya kepada kerajaan pusat..secara logicalnya tentu orang2 dari semenajung kebanyakannya hidup miskin dan hina..

      Delete
  13. ini kalilah kita bersatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak cukup kata2 BERSATU sahaja kawan, tetapi kita mesti MENANG dan MENGUASAI Politik Sabah dalam PRU-13 ini. Kalau bukan kita, Siapa Lagi? Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi? Jangan Kata Lain Kali, seperti kata UMNO/BN atau PKR. Para Pemimpin Sabah khasnya Ex leaders yang keluar dari UMNO/BN Sabah dan menyertai PKR juga minda mereka masih dibawah pengaruh Malaya kerana mengharapkan 'peluang2 yang lebih' jika PUTRAJAYA jatuh ke tangan PR, tetapi Sabah masih dalam jajahan dan masih menggunakan formula yang sama UMNO/BN Sabah yang ada sekarang. Mereka juga mahu Orang Melayu PTI untuk mengundi mereka. Apabila ini terjadi, PTI tersebut adalah pemimpin Sabah akhirnya sama ada sedar atau tidak oleh pemimimpin UMNO/BN Sabah atau PKR dari Sabah. Jangan dengar2 apa jua politik sesat mereka yang mengatakan perjuangan mereka adalah membela rakyat Sabah. Itu rhetorik mereka juga untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk rakyat Sabah. Hanya STAR saja ada kewibawaan bagi memperjuang agenda rakyak Sabah kerana segala-galanya ada terkandund dalam buku BORNEO AGENDA karangan Tuan NESTOR JUANIS. Sila dapatkan senaskah buku tersebut daripada pejabat STAR, Tel: 0168244250 yah.

      Delete
    2. DATUK DULU SUDAH MEMERINTAH ZAMAN PBS BEGITULAH LAMA KENAPA TIDAK HALAU PTI DAN TIDAK TUNTUT HAK SABAH.SEBALIKNYA HABIS HUTAN SIMPAN DITEBANG DAN YAYASAN SABAH KEMARUK.SIAPA LAGI PERCAYA?KECUALI PEMIMPIN MUDA YANG LAHIR BUKAN PARTI LAPOK TERUTAMA SERPIHAN PBS.

      Delete
    3. Ada juga manusia tidak sedar dia bodoh. Tidak kau tahu Datuk Suyed Kecik yang menjadi bilinoier dar Kedah? Jgn menuduh orang tanpa membawanya ke mahkamah. Semoga kau sedar dn jgn percaya kata2 orang saja. Siarkan nama mu sebenar, dan jangan takut, kalau tuduhan tersebut di atas benar.

      Delete
  14. untuk pengatahuan rakyat sabah, sebenarnya umno-bn telah pun menjaja mindah kita dan kita tak tahu kita ini diperbodohkan.kita sedarlah siapa diri kita sebenar.

    ReplyDelete
  15. ORANG SABAH BODOH NAK MAMPUS...ORANG SEMENANJUNG JADIKAN SABAH MACAM KANDANG BABI JE (AMBIL DUIT BANYAK2 BAWA BALIK SEMENANJUNG-SABAH BAGI SIKIT2 ASAL CUKUP MAKAN). ITUPUN TAK SEDAR2 MASIH LAGI MATI2 SOKONG BN HA HA HA HA...--hey semenanjing,dengar sini baik2..rakyat sabah tak bodoh la..ini semua akibat kecuaian pemimpin sabah yang sudah diracuni pemikiran/pemerintahan pemimpin dari semenanjing..fikirkanlah tanpa sabah korang tak akan kat sana tak akan membangun lagi,mungkin negara sabah sudah membangun sebuah negara yg maju seperti singapore pada masa kini.Dengan jumlah keuntungan hasil negara sabah sendiri sudah pasti dapat menubuhkan sebuah negara maju yang dipimpin oleh parti rakyat sabah yang dibimbing oleh DJ sendiri.kami suda tidak memerlukan kerajaan pusat dari semenanjing lagi untuk terus membutuhkan dan menghancurkan lagi rakyat peribumi sabah.INI KALI LAH!!!

    ReplyDelete
  16. Pada tahun 1963 apabilah SABAH bersetuju untuk sama-sama menubu malaysia pemimpin NEGARA pada waktu itu, berjanji melindungih kedaulatan SABAH dalam MALAYSIA.rakyat SABAH melihat dan merasa amat sangat kehadiran PTI yang begitu ramai menyababkan pertumbuhan penduduk negeri melonjak tinggi dalam beberapa tahun kebelakagan ini.Umpamanya pada tahu 1970 penduduk SABAH hanya sebanyak 631,431 orang,dan dalam tahun 2010 telah berjumlah sebanyak 3,140,000 dan 40 orang. iaitu penambahan sebanyak 2.5 melion atau sebanyak 390%.Nah lihatlah rakyak yang perna menyokong kemasukan UMNO-BN di SABAH bagaimana ini boleh berlaku begitu cepat. dulu masa PBS menerajui kerajaan, ramai yang mengatakan PBS adalah Rasua tapi setelah UMNO BN mengambil ahli tepuk pemerintahan di negeri ini,lebih lagi teruknya dan seteruk-teruknya dari kerajaan yang dahulu.. rasua berlaluasan yang diamarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO,dan PTI berkeliaran sana sini jadi warga negara.adakah rakyat SABAH masi lagi setia dengan kerajaan UMNO-BN yang berkuasa pada hari ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedaulatan sabah memang dilindungi contohnya di lahad datu kita orang sabah hanya jadi penonton sahaja kalau sabah sebuah negara takan seorang pun tentera sabah dan polis sabah langsung tak kelihatan nah disitulah peluang sabah buktikan yang sabah boleh.tanpa semenanjung.

      Delete
  17. MANA JANJI SABAH BARU?

    semasa kemasukan UMNO-BN ke SABAH,serta mengambil ahli kerajaan daripada PBS,perdana menteri pada waktu itu, tun Dr mahadir berjaji memejukan sabah dalam masa 100 hari dan mengubah sabah menjadi sabah baru.senjak beberapa tahun umno-bn berkuasa janji sabah baru tidak ada ditunaikan hanya PTI sahaja berlaluasan sana sini jadi warga negara.dimanakah janji sabah baru yang dijajikan kepada rakyat sabah?

    ReplyDelete
  18. saya menyeru kepada semua RAKYAT SABAH BANGUNLAH dan BERSATULAH demi kita mempertahankan hak-hak kita sebagai Rakyat SABAH. Lihatlah disekeliling kita Wahai "RAKYAT SABAH" kita dibanjiri PTI yang masuk ke negeri kita yg tercinta,tidak mustahil 1 hari nanti mereka akan mengambil alih kedudukan kita sebagai Rakyat Bumiputera di SABAH. sistem pemerintahan BN sekarang tidak boleh lagi kita harapkan,sudah beberapa dekad masalah PTI di negara kita tidak dapat diselesaikan mahupun dikurangkan,malahan masalah orang-orang PTI kini semakin bertambah dan meruncingkan. Kita sebagai rakyat sabah harus bangun dan mengharapkan satu parti yang boleh melindungi dan menjaga hak-hak kita Orang SABAH.
    Marilah kita bersama-sama menyokong parti STAR yang dapat mempertahankan RAKYAT SABAH dan GENERASI KITA..

    ReplyDelete
  19. LAINKALILAH !!!!KALAU STAR SAMA JUGA ZAMAN PBS SABAH MUNDUR KRONI SAJA YANG KAYA .LAGI TERUK JALAN DAN LAMPUPUN TIADA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat yang masi meyokong kepimpinan kerajaan UMNO-BN disabah adalah rakyat yang paling bodoh didunia dan asik temunum dgn air kencing org malaya.berhimbuslah kau rakyat yang penghianat bumi dan tanah sabah!kalau di negara lain sudah kepala kau akan dipanggal... tiada guna kau hidup dibumi ini baik kau balik ke malaya bodoh!

      Delete
    2. KRONI tu la pengkhianat bangsa negara sabah,mereka itu lah yg di perjinakkan oleh kerajaan pusat bagi memastikan keuntungan 95% masih di tangan mereka.bangun lah hai kawan,bangkitlah menentang pemerintahan yg tidak adil ini demi diri sendiri,keluarga dan negara sabah yang kucintai.

      Delete
  20. kepada semua rakyat sabah yg dicintai..negeri ini milik kita..sabah pd mulanya bknlah sebuah negeri tp sebua Negara yg Merdeka..punya kuasa mengendalikan segala sumber ekonomi maupun petroleum..20 perkara yg ditandatangani utk sabah bersetuju membentuk Malaysia sudah lama dipinggirkan secara halus oleh persekutuan..buku Agenda Borneo olg Dr.Jeffery mbuka minda sya tntang fakta yg slama ini cuba dihpuskan..sya membawa kt semua utk mbc buku ini..pengetahuan kalian tntang Sabah kita ini akan bertambah dan akan wujud kesedaran btapa kita selama ini disembunyikan dr fakta sejarah sebenar penubuhan Malaysia..Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya punya taraf yg sama, iaitu sebagai negara merdeka yg bersama2 membentuk Malaysia pd 16 september 1963..namun bilamana singapura keluar dr Malaysia, sejak dr itu kita secara perlahan diturunkan taraf dr sebuah negara merdeka kepada sebuah negeri setaraf negeri d semenanjung..dmana sudah perjanjian yg dimeterai dulu?..pilihanraya 13 ini kita bersama2 seluruh rakyat Sabah utk tuntut kembali hak kita..Tuhan memberkati kita semua rakyat Sabah..dan kepada Dr.Jeffery, truskan usaha mu mendidik rakyat Sabah dgn giat, masih ramai lg yg buta kebenaran..masuklah d pedalaman, kampung2..bandar2..kelak kita semua akan dapat menjadikan Sabah ini sebuah Negara yg merdeka kembali...amen

    ReplyDelete
  21. sy hrp ni PARTI STAR tiada ada krjasama sma 2 pkr dap pas @ pakatan rakyat sbb kalau ada sama juga bh, sabah ttp kna mkn hasil dia sma 2 kerajaan pusat, tgk la skrg drg brabis mau dtg sni sabh mau pujuk2 org sabah, kalau ni star mng trus jadi kerajaan sni sabah, hrp kamu kasi tunai la kata2 kamu 2,bkn mau ckp saja,pndai mau ceramah,lagi 1 jagn kasi masuk 2 pakatan rakyat bn ka unmo sni sbh,drg la yg kasi rosak ni sabah,.

    ReplyDelete
  22. dengar semua rakyat sabah.. jangan kamu gairah dgn kerajaan umno-bn yang asik memberi gula-gula kepada kelian. kepada rakyat sabah yang kuat menyukong kerajaan umno-bn yang paling penepu. sadarlah diri kamu itu siapa? parti umno itu adalah untuk orang malayu sahaja dan bukan untuk perbagai kaum di bumi sabah ini. saya nak memberi tahu kepada kelian semua kaum beragama islam,kelian janganlah termakan tipu hela orang malayu umno-bn dari malaya itu. walau pun mereka adalah saudara seagama kelian.mereka itu sebenarnya memperbasar-basarkan kaum malayu sehaja. dan kita bangsa di sabah ini telah pun diperdayakan oleh mereka, dan terikut-ikut dengan kemagahan bangsa orang malayu umno-bn yang paling licik nak memperdayakan supayakan kaum disabah ini, akan terus menyukong perjuang bangsa orang malayu umno. dan sehingga kaum di sabah ini akan terus ditipu. dan apa yang berlaku disabah ini sekarang, banyak orang kampung yang kehilagan harta peningalan nenik moyang mereka oleh kerana sayrikat-sayrikat besar dari malaya itu merampas tanah-tanah orang-orang kampung sehingga mereka yang kehilangan harta akan terus tertindas. ini semua angkara kerajaan orang malayu umno-bn.tak lama lagi kemungkin bangsa kaum disabah ini akan hilang dan terus menjadi bangsa malayu umno. kerana sekarang ini pun sudah terjadi contunya, orang india di semenanjung apabilah mereka berkawin campur dengan gadis malayu atau mereka memeluk islam mereka akan terus menjadi malayu. kemungkinan dinegeri sabah ini nanti akan menjadi seperti itu, dan leyaplah kaum-kaum di sabah ini akan terus jadi malayu.awas rakyat sabah.. sebelum perkara ini akan terjadi nanti, bagus kelian tolak malayu umno ini keluar dari bumi sabah dan halau mereka itu jangan sampai mereka ini akan mendapat tanah di bumi sabah. tolak mereka ini dengan menta-menta sebab kita bangsa sabah adalah bangsa yang bermerua dan tanah sabah ini tanah yang berdaurat..! tolak penjajahan umno dan pemimpin sabah yang sanggup bekerja sama dengan parti penjaja umno bn. mereka itu sebenarnya adalah penghianat di bumi sabah yang tercinta ini...!marilah wahai rakyat sabah bersatu menumbangkan kerajaan umno-bn pada Pru ke 13 ini, sebelum hasil sabah akan habis dihisap oleh kerajaan umno-bn malaya. dan kalau bukan kita siapa lagi dan kalau bukan sekerang bilah lagi. INI KALILAH.....!

    ReplyDelete
  23. MARI KITA BERPERAGG DENGAN UMNO BN. PADA PRU13 BUKAN DENGAN SENJATA M16 TAPI DENGAN PENCEL 5P DAN 5 JARI KITA UNTUK MENANTUKAN STAR MENANG BESAR INI KALI LAH....!!!

    ReplyDelete
  24. star sabah sarawak ada lah penaung perkara 20&18 perjanjian pembentukan Negara Malaysia mari kita sokong penuh perjuangan parti ini, ini lah satu satunya cara kita untok menuntut hak kita dalam malaysia hasil minyak, emegerisen, tanah, atonomi negeri sabah kita mesti tentukan supaya parti ini menang besar pada pru13 nanti supaya kita dapat bersuara diperlimen menuntut hak kita dalam malaysia ayuh orang sabah bangun lah dari tidur mu dalam buayan gula gula umno jangan kamu kabur mata dengan brm RM.500 tu... ingat cucu cicit kita jangan tunggu orang pendatang pula mengambil aleh jawatan ketua menteri sabah jangan sudah terantuk baru terangada....INI KALI LAH...STAR NARINANG KOTA BELUD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. STAR parti yang sudah dibuang orang sarawak dalam tong sampah dalam pilihan raya negeri beberapa taun yang lalu itulah yang dikutip orang sabah aduhhhh;.PERCAYA TAK? PERCAYA TAK.?ADA LAGI SATU PARTI DALAM T ONG SAMPAH ORANG SARAWAK IAITU SWP KUTIPLAH . KALAU INIKALI GAGAL.

      Delete
  25. STAR maknanya Siap Tetap Anda Rugi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukan STAR siapa yang lentang memperjuangkan hak sabah?.

      Delete
    2. Kalau bukan star ada lagi bro iaiti SWP di sarawak itulah yang menganti star itu bagus lagi bro setiap pengundi di bagi satu kad insuran nyawa dan wang tunai sebanyak RM 100 setiap pengundi.Kalau tak percaya tanyalah semua pengundi di parlimen lubok antu .

      Delete
  26. berebutlah wahai pembamgkang semua menjadi calon...gunakan hak demokrasi anda wahai pambangkang utk salinf berebut kerusi supaya korang puad hati...minta taja saja...yg pinting pengaruh anda kuat...berebutlah wahai parti parti pambangkang melobi calon agar kami suka tengok anda saling berebut kuasa...ambil la kesempatan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. PATI STAR MENUNTUT HAK BKN NAK BEREBUT KUASA....

      Delete
  27. Saudar dan saudari, jika kali ini kita gagal menukar kerajaan, 5 tahun akan datang, pasti tidak ada cara sudah untuk berbuat demikian kerana menurut analisis banci 2010 jumlah peningkatan rakyat sabah sangat luar biasa 2.5 juta orang (termasuk pemberian kerayataan songsang), justru 5 tahun akan datang jumlah mereka akan berlipat kali ganda. Hak anda akan habis dirampas.... biasiswa, peluang belajar di universiti, peluang pekerjaan khususnya dlm kerajaan dll. Mereka akan memguasai pekerjaan sektor kerajaan, enonomi, pendidikan dan kuasa politik. Fikir-fikirkan sahaja nasib anak cucu kita di masa hadapan. Bacalah artikal dan perjuangan Mutalib M.D di sabahkini.

    ReplyDelete
  28. SAYA SOKONG PENUH INI KALI LAH SYABAS STAR;

    ReplyDelete
  29. ORANG SABAH SUDAH TAU BA ITU TEKTIK KOTOR MALAYA BALIK BALIK TUKAR KP. KONON NAK TAMBAH KESALAMATAN SUPAYA TIDAK DAPAT DIPALSUKAN TAPI SEBENARNYA TUJUAN MEREKA IA LAH NAK BAGI PELUANG PTI. DAFTAR DAPATKAN MY KAD BETUL TA ?...tuhan nampak itu semua;;;

    ReplyDelete
  30. lagi satu kamu jangan lupa dulu BN. masuk sabah dia janji maju kan sabah seratus hari sja selapas abmil aleh pemerentahan dari PBS. TAPI apa yang kita nampak selapas 100 HARI ia lah RATUS RIBU PTI. UMNO bagi I/C.Melalui pintu belakang dan yang paling menyedikan mereka ini boleh pula mengundi kerana itu lah motip sebenar parti UMNO MALAYA ni...INGAT ORANG SABAH INI ADA LAH PERINGATAN BAGI KITA JANGAN SAMPAI PISANG BERBUAH DUA KALI..INI KALI LAH.. BUKAN NYA LAIN KALI .. Sebab kalau lain kali minyak kita sudah kering merika hisap..ini kali lah..baino noo ..betero noo..somo somo kiti ngoloon parti SEMANAAJUNG..SIAN BANI MANANG..BETERO NOO...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pti berebut masuk sabah itu beerti sabah maju diperintah BN lebih baik mengaku sajalah
      Kalau tak maju kita pula yang jadi pti masuk negara orang bersyukurlah .

      Delete
  31. saya berseru kepada semua rayat sabah supaya bersatu untuk mengahalau semua parti dari semananjung yang masuk ke sabah kerana semua merika ini dahagakan hasil negara sabah kita INGAT ORANG SABAH DALAM PEMBANTUKAN MALAYSIA PADA THN. 1963 SEMUA NEGARA YANG BERGABUNG ADA LAH BERSTATUS NEGARA IA ITU NEGARA MALAYA . NEGARA SINGAPORE. NEGARA SARAWAK. DAN NEGARA SABAH KENAPA PULA sekarang diturun status sebagai NEGERI.??? sebab tu lah awal awal lagi singapo keluar MALAYSIA sebab dia sudah tau rancangan buruk MALAYA .AGI IDUP AGI NGALABAN...OSIOU O KAMANANG...SIAN BANI MANANG. INI KALI LAH ..BAINO NO ..BETERO NOO...

    ReplyDelete
  32. Ubah nasib kita

    ReplyDelete
  33. Tumbangkan UMNO melalui PAKATAN RAKYAT

    ReplyDelete
  34. INI KALI LAH KITA MENANG!!!
    KITA PASTI MENANG!! TAMATKAN PENJAJAHAN UMNO!! HIDUP STAR SABAH,HIDUPKAN NEGARA SABAH YG KAYA!!

    ReplyDelete
  35. ayuh orang asal sabah kitasokong star kita mesti tuntut hak kita dalam 20 perkara kerana kalau bukan syarat ini kita tidak mau masuk gabungan pembentukan malaysia pada thn.1963 ingat mereka akan hapus hak kita sedikit demi sedikit selepas itu nanti kita yang kaya hasil bumi akan jadi hamba orang malaya. ingat disabah merika mengunakan orang asing pendatang bugis pemberuntak moro dari pilipin pakistan yang merika bagi ic.untukmembantu merika dalam pilihan raya nanti....awas awas JANGAN SAMPAI NASI JADI BUBUR sekarang ni pun hasil sabah hampir habis dibaham merika...HIDUP STAR INI KALI LAH HIDUP BORNEO HIDUP BORNEO.....

    ReplyDelete
  36. MALAYSIA WUJUD , kerana gabungan negara-negara iaitu Negara sarawak, negara Sabah, negara semenanjung dan singapura. Singapore telah memerintah sendiri. Tapi bagi pandangan saya ada baiknya juga menubuhkan satu gabungan antara negara kerana megukuhkan pertahanan. Tapi kenapa pula kita menjadi negeri selepas gabungan dengan semenanjung. Wahai RAKYAT SABAH BANGUN LAH DAN SEDARLAH INGATKAN MASA DEPAN NEGARA KITA SABAH, ANDA ADALAH PENENTU GENERASI AKAN DATANG. UNDILAH STAR PARTI POLITIK BORNEO............

    ..........................FIKIR...........

    ReplyDelete
  37. sabah sarawak ada perlindungan menganai agama dalam perkara 20&18 didalamnya mengatakan sabah sarawak bebas beragama jadi mengikut perjanjian ini seharusnya sabah sarawak sama sekali tidak boleh dilibatkan dengan larangan pengunaan perkataan ALLAH dalam versi bible bahasa melayu dan kita harus ingat bahawa sebelum ada malaysia sabah sarawak telah lama mengunakan bibel ini yang di terbitkan dari negara indonesia, jadi kalau ini lah yang berlaku maka saya percaya sabah sarawak tidak akan bersetuju sama sama membentuk kerjaan malaysia pada tahun 1963 sebabmerika merasakan telah ditipu oleh kerjaan malaya sebab sabah sarawak ada lah sama tarap berstatus negara pada masa itu. HAI ORANG SABAH SARAWAK KITA MESTI HARUS PERTAHANKAN HAK ATONOMI KEDUA DUA NEGARA YANG KITA CINTAI INI..AGI IDUP AGI NGELABAN.. OSIOU OH KAMANANG..ini kali lah hidup BORNEO...

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA SAYA SUKUNG 2....INI KALI LAHH STAR!!!!

      Delete
  38. MERDEKA..!MERDEKA..! MERDEKA..!MERDEKA..!

    SUARA SABAH SUARA SABAH
    BERGEMURU RAKYAT BERSATU
    SUARA SEKATA..
    BERJUANG UNTUK MERDEKA..!

    TANGGAR 31 BULAN LAPAN 63..
    NEGARAKU TANAH AIR KU..
    MERDEKA MERDEKA MERDEKA..

    MARI RAKYAT MARI SEMUA
    HIDUP GEMILANG BANGSA TERBILANG
    MARI RAKYAT MARI SEMUA
    HIDUP CEMERLANG NEGARA MAJU..

    NEGARA SABAH TANAH AIR KU
    MERDEKA MERDEKA SABAH MERDEKA..
    MERDEKA SEPANJANG MASA..

    MERDEKA..! MERDEKA..! MERDEKA..! MERDEKA..!

    ReplyDelete
  39. ini kali lah jangan biarkan NAJIB kumpul itu bugis dan pemberontak moro masuk SABAH kalau tidak kita rujuk balik 20 PERKARA itu kepada BERITISH baru kita dapat balik hak kemerdikaan kita BANGUN LAH HAI ORANG ASAL SABAH KITA UBAH NASIB KITA PADA PRU. 13 NANTI INIKALI LAH HIDUP STAR....

    ReplyDelete
  40. kamu tengok lah di lahad datu pemberuntak dari pilipin sudah datang pun merika biarkan saja kenapa najib biarkan saja ini tentu ada udang disabalik batu dengan menakut nakutkan kita supaya kita ini benar benar percaya, bahawa sabah akan terancam, kemudian harapan merika orang sabah akan undi BN. pada PRU 13 ,Hai orang sabah jangan kamu takut kita ada perjanjian dengan BERITISH kalau susah sengat kita rujuk balik pada merika tentang kesalamatan BORNEO UTARA (SABAH) yang kita cintai ini, INI KALI LAH, HIDUP BORNEO....,

    ReplyDelete
  41. peristewa lahad datu membuktikan lakunan merika ingat mula mula pemberuntak itu sampai dan berkubu di kampong tenduo DATU HISAMUDIN BILANG MERIKA ITU BUKAN PENGANAS, MERIKA ITU BUKAN PENJAHAT, MERIKA ITU BUKAN PEMBERUNTAK, dan merika bekalkan makanan dan ubat ubatan lagi ...Nah ini menunjukan niat bn. ada udang disabalik batu, inimerika sudah nampak merika datang dengan lengkap pakaian tentera serta bersenjata tapi kerajaan maseh lagi menga atakan merika bukan penjahat ,,,hingga lah sampai dua minggu maseh lagi boleh runding,,,,hairan bin ajaib,,,betul lah,,? HEI LU ORANG SEMANANJONG MANA KORANG TAU TANYA LAH ORANG ASAL SABAH NI MANA SATU MUSUH & MANA SATU KAWAN LU ORANG SEBARANG NI MANA TAU HINGGAKAN MUSUH PUN KAU BAGI I/C, HA SEKARANG BARU YOU TAU YANG KAU BAGI I/C. TU GIGIT KAU BALIK KALAU KAU MAU TAU ORANG SULUK NI JAHAT TA JAHAT PERGI LAH KAU KE PULAU JULU PUSAT PEMBERUNTAK MORO DISELATAN FILIPIN,,,,,,PASTI MATA MU AKAN DICUNGKIL DENGAN PARANG BARONG MERIKA,,,,,TUIIIII,,,.

    ReplyDelete
  42. Bukankah penyertaan sabah dalam malaysia menyelamatkan sabah dari sultan sulu yang mahu korek mata itu. kalau sabah keluar malaysia berpestalah penceroboh itu.Kumpulkanlah orang star itu untuk mempertahankan sabah yang askarnya boleh dikira dengan jari baru tahu mana langit mana bumi.
    Mana mana parti yang memerintah sabah ia takan mengubah peta dunia sabah tetap dalam malaysia jangan lagi tertipu .Parti perkauman takan bertahan lama di malaysia sudah terbukti dari dulu lagi.Saya pastiorang star akan kembali kepada BN juga suatu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otak hang lah macam hang punya bodoh. org star tidak akan berputus asah merperjuangkan sabah dan serawak ini sehingga menjadi sebuah negara yang merdeka... kami benci dengan kerajaan bn umno kerena melaung laungkan bangsa orang malayu dan memijak bangsa orang lain.

      Delete
    2. Kalau fikiran begitu betul kenapa PBS tak merdeka dulu. Kenapa tak agih agihkan duit minyak berpuluh puluh ribu setiap orang.Janganlah tertipu lagi tengoklah berapa DUN dari pembangkang sabah masuk bn kerana mereka tahu tak mungkin apa yang kita fikirkan itu berlaku.

      Delete
  43. WALAU APAPUN ALASAN TINDAKAN ORANG YANG MEMBERI BANTUAN TALI BARUT KEPADA PENCEROBOH ADALAH TINDAKAN RAKYAT YANG PALING BODOH DI DUNIA JARANG KITA TAHU MANUSIA MENOLONG ORANG MENCEROBOH NEGARA SENDIRI.
    PEMISAH SELATAN PILIPINA PUN TAK SANGUP MEMBANTU ORANG LUAR MENCEROBOH NEGARA MEREKA.SAYA RASA ORANG YANG MENYOKONG PENCEROBOH LEBIH TERUK DARI PENCEROBOH YANG KEJAM ITU.
    TAMAK TAMAK ANGKUH ORANG MELAYU UMNO HAMPIR SERATUS KERUSI PARLIMEN PUN MASIH MENGHORMATI KAUM LAIN WALAUPUN ADA KAUM YANG BOLEH DIKIRA DENGAN JARI.
    SAYA PUN ORANG SABAH SARAWAK TETAPI SAYA TAK TERIMA PEMIMPIN YANG TAMAK PARTI PERKAUMAN BANGSA LAIN BUKANNYA BODOH MENYOKONG KITA .
    KALAU BETUL NAK MEMPERTAHANKAN SABAH KENAPA TUNGGU ORANG DARI SEMENANJUNG UNTUK MENGHALAU PENCEROBOH DARI LAHAD DATU.MASA SENANG APAPUN BOLEH CAKAP BILA SUSAH BARU CARI ORANG STAR PARIT KAUM IBAN YANG DITOLAK HIDUP HIDUP OLEH IBAN SENDIRI SEKARANG BARU SAMPAI DI SABAH SAYA PASTI STAR MENERIMA NASIB YANG SAMA SEPERTI DI SARAWAK DULU.

    ReplyDelete
  44. KENAPA JEFFRY TAKMENGARAHKAN PENYOKONGNYA BERGEGAS KE LAHAD DATO UNTUK MENYELAMATKAN SABAH SEORANG PUN TAK NAMPAK BATANG HIDUNG ENTAH KE MANA.KENAPA MENUNGGU PENJAJAH DARI SEMENANJUNG YANG MAKAN HASIL SABAH UNTUK MENYELAMATKAN SABAH KALAU BUKAN ORANG SABAH SIAPA LAGI NAK TUNGGU BILA LAGI?

    ORANG SABAH MEMANG BODOH KONONNYA NAK MENYELAMATKAN DIRI DARI ORANG YANG MEMPERTAHANKAN SABAH TETAPI TIDAK MENYELAMATKAN SABAH DARI DICEROBOH OLEH PENGGANAS MALAH MENJADI TALI BARUT.TAK SERIK SERIK DENGAN PARTI PERKAUMAN BUKAN SEKALI DI SARAWAK DI NEGERI LAIN SEMUANYA GAGAL KERANA LANGSUNG TAK MENGHORMATI KAUM LAIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koe boleh ckp org sbh buduh koe lar yg paling bodoh faham ....pdi sgt ke???? Klu koe pdi sgt koe bkn tukang komen di cini ja .....paling bodoh100 peratus

      Delete
  45. Pbs berjaya membuatkan sabah berserabut tak ada yang menang apa salahnya parti lain masuk ke sabah seperti dap pkr pas termasuk Star dari sarawak.Adakah salah di sisi undang undang .begitu juga sekiranya star mahu masuk semenanjung itu bukannya satu kesalahan.

    ReplyDelete
  46. Patut pun bgsa sabah sarawak sentiasa saja ditalapak kaki org malaya.begitulah juarlah negara kita kepada pemimpin malaya sihingga keturunan akan jadi kuli org malaya..

    ReplyDelete
  47. BR1m 500 itu secara tunai bagaimana yang tersembunyi.
    tolong kira makan pagi makan tengahari makan petang di sekolah sehari lebih kurang rm 10 kali 11 tahun dari tahun satu sampai tingkatan 5 berapa jumlahnya setiap orang .itu belum termasuk RM 100 beli buku dan banyak lagi.
    Bangsa mana yang tak dibagi makan.berfikirlah dari berbagai sudut.
    Dulu lain mungkin berbeza dari sekarang.dulu mementingkan keselamatan berbanding sekarang hanya memikirkan kekayaan.
    Jangan tertipu takadalah orang pijak bangsa kita berapa banyak menteri dari sarawak dan sabahKetua peguam negara abdil ghani patail dari sabah adik beradik dengan wahab patail hakim mahkamah persekutuan pengarah rtm dari sarawak pembaca berita tv 3 dari sabah idris jala bagi cadangan br1m dari sarawak pembaca tv 1 haizel desmond dari sarawak dan banyak lagi .
    Tidakkah kita rakyat sabah sarawak gembira.sekarang bukan semenanjung yang pijak kita sabah sarawak yang cubit telinga semenanjung.

    ReplyDelete
  48. Tgguh harga minyak naik barang pun naik. dan disitulah kelian akan rasa pahit bn menarik balik apa yang ditaburkan kepada kepada rakyat duit br1m yang dibagikan kepada kelian. kelian ini tak lali sebagai haiwan bilah dibagi makanan disitilah kelian berkumpur.begitulah juga kerajaan bn membagi kelian br1m rm500 itu kepada rakyat untuk mancing undi.

    ReplyDelete
  49. Mana mana kerajaan yang memerintah barang takan turun jangan tertipu kalau mahal kenapa orang singapura thailand datang ke malaysia untuk membeli minyak gula diseludup itu bermakna ada subsidi dari kerajaan ..
    Kalau tak terima apa apa bantuan bukan satu kesalahan boleh ditolak .minum pagi makan tengahari makan petang sampai 11 tahun di sekolah adakah kita macam haiwan kenapa tidak ditolak.beli minyak kenapa tak kembalikan subsidi 20 sen kepada pemilik stesen minyak. Banyak lagi saya tak percaya kita mampu menolak apa yang kerajaan bagi.

    ReplyDelete
  50. Nah... memang apa yang sudah disangka selama ini, sesudah BN menang pilihan raya PRU 13 baru baru ini dua tiga bulah dari tarik mereka berkuasa, harga minyak Ron 95 naik, 20 sen dan Ron 97 naik 10 sen. Nah padan muka kelian wahai rakyat yang megundi UMNO BN apa kelian rasa oren? Kami nak tumbangkan kerajaan yang tak boleh lagi nak membagun negara ini kelian pulak yang bagi menang pedan muka kelian.tingok tiga bulan akan datang harga barang pun melambung naik dan kelian juga yang mendapat bahangnya.

    ReplyDelete
  51. 20 sen tu dah dijadikanuntuk menambahkan BRim lah saudara lagi bagus 20 sen jadi rm 150 naik kepada 650 taun depan barulah orang miskin merasakan subsidi minyak tu.Kalau tidak orang kaya yang makan subsidi minyak tu tiap tiap hari kalau dikira mencecah rm 500 sebulan. Subsidi minyak bukan untuk orang kaya seperti dikehendaki pembangkang tapi untuk orang miskin.

    ReplyDelete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...