Pages

Saturday 16 April 2011

3 Sebab Mengapa Rakyat Borneo Harus Beri Undi Pada Kerajaan Sekarang

Rakyat Malaysia di Borneo ( Sabah & Sarawak ) harus menilai 3 sebab ini untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan sekarang...

1. Peluang untuk bersama sebagai rakan strategik dan bukannya tanah jajahan.
Saya yakin penuh, bahawa Kerajaan BN sekarang sedang meneliti perkara ini sedalam-dalamnya. Kita harus memberikan peluang untuk kepada BN. Selepas tsunami politik melanda negara ini, maka isu Perjanjian Malaysia yang dipersetujui oleh Tanah Melayu,Singapura,Sabah dan Sarawak pasti akan mendapat perhatian sewajarnya. Apa yang pasti hanya kerajaan sekarang sahaja yang mampu mengubahnya. Pembangkang tiada kekuatan untuk melakukannya. Pembangkang di Malaysia hanya pandai bercakap untuk kepentingan peribadi dan politik mereka. Kita telah nampak bukti yang jelas dan nyata melalui pemerhatian terhadap pemerintahan mereka di negeri-negeri tertentu di Tanah Melayu. Pembangkang di Malaysia tidak berfungsi sebagai pembangkang yang efisien. Sekadar mencari salah tanpa alternatif yang pasti dan memutar belit isu dan fakta sehingga lebih mengelirukan malah menghancurkan perpaduan dan tamadun Malaysia sedia ada.

2. Kerajaan BN melihat potensi dan menolak persepsi.
Ada banyak dasar dan program yang dicadang dan dilaksanakan kerajaan. Ada yang mendapat komen dan hasil yang positif,begitu juga sebaliknya. Tetapi kita yakin bahawa jika kita hanya mementingkan persepsi maka segala potensi yang cuba digali tidak akan ditemui. BN dalam proses membina kekuatan dengan melunaskan janji-janji yang berkredibiliti dan berpijak di bumi yang nyata tetapi pembangkang hanya tahu menabur janji-janji paslu sekadar untuk meraih sokongan tanpa memikirkan bahawa segala janji tersebut hanyalah bersifat lebih manis daripada madu. Tidak didasarkan kepada alam realiti. Di Tanah Semenanjung kita melihat banyak janji yang tidak pernah ditunaikan.Kita tidak perlukan pendebat yang bijak bercakap tetapi kita perlukan pemimpin yang bijak berfikir.

3. Tiada pembangkang yang berkredibiliti.
Selama lebih 50 tahun Malaysia merdeka dan diperintah oleh Kerajaan BN, kita melihat suatu kejayaan yang bukan sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara sekitar Malaysia yang usia kemerdekaannya hampir sama. Malaysia begitu konsisten malah semakin mendapat tempat dan pengiktirafan melalui pembabitan negara khususnya dalm isu antarabangsa. Keupayaan pemimpin BN meletakkan Malaysia satu tingkat lebih tinggi berbanding negara membangun yang lain harus dijadikan landasan kuat untuk mengatakan bahawa setakat ini kerajaan BN berjaya mentadbir negara ini dengan hebat.Sedangkan sejak berpuluh tahun lampau, pembangkang di Malaysia sekadar melukut di tepi gantang. Hidup segan mati tak mahu. Tiada kredibiliti yang boleh dibanggakan tetapi lebih kepada retorik dan cakap kosong.Ini menjadikan suasana politik Malaysia subur dengan nilai kebencian,adu domba sehingga percaturan sebenar untuk membela rakyat menjadi perkara kedua. Mereka menjadikan politik di Malaysia sekadar untuk membela pemimpin yang kenyataannya korup, nilai moral rendah dan ternyata sistem kepartian yang jelas 'parti anak beranak'. Anda boleh menilaikan sendiri.

Maka kesimpulannya, buat masa ini, kerajaan BN lebih baik melebihi kepimpinan alternatif yang lain. Sekurang-kurangnya kita memahami bahawa kerajaan BN bukanlah sempurna tetapi jika dibandingkan dengan pembangkang, BN jauh lebih baik. Negara Borneo sebenarnya tidak salah memilih untuk menjadi rakan strategik dalam persekutuan Malaysia suatu ketika dahulu. Namun ini tidak bermakna kita harus diam untuk meminta hak kita dipenuhi. Cuma biarlah kita suburkan cara meminta itu dalam satu tingkat nilai yang terhormat dan bertanggungjawab. Bukan dengan kebencian dan janji manis semata-mata. Negara bukan untuk diperjudikan atas nama politik murahan.

Saya tidak hanya bangga menjadi rakyat Sabah tetapi jauh lebih daripada itu, saya amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

2 comments:

  1. Apalagi kami perlukan tapi BN masih belum tunaikan tapi PR sudah berjanji akan tunaikan segala kehendak rakyat sarawak

    1.Harga rumah dan kenderaan akan diturunkan
    2.Minyak akan diturunkan
    3.Barangan terkawal seperti gula dan minyak masak akan diturunkan
    4.Anak2 orang mislin yang bersekolah akan mendapat biasiswa penuh kerajaan negeri
    5.kenderaan air akan dinaik taraf
    6.jeti di sungai2 yg menjadi tempat laluan utama ke kawasan pendalaman akan dibina dgn secara lebih moden
    7.pembelian bot untuk tujuan pengangkutan di lalauan air akan ditanggung oleh kerajaan negeri sebanyak 50%
    8. penduduk rumah panjang akan mendapat subsidi beras 10Kg tiap2 bulan
    9.bayaran untuk orang miskin bagi penggunaan eletrik hanya perlu membayar 50% sahaja
    10. Ibu2 tunggal akan disediakan kerja
    11. Warga emas akan mendapat rebet 50% bayaran untuk perubatan di hospital pakar atau klinikpakar..hidup PR

    ReplyDelete
  2. @Tanpa Nama

    Satu pengakuan yang ikhlas. Tetapi tuan, sekarang bukan masa untuk kita mendengar dan menerima janji bulat-bulat. Sebenarnya apa yang kita perlukan ialah, memperjuangkan apa yang kita minta kepada kerajaan dengan bermodalkan kesetiaan sedia ada. Kita tahu kerajaan sekarang mampu untuk menunaikan permintaan kita.Pembangkang hanya sedap memberi janji tetapi kita tahu, melaksanakannya tidak semudah memberi janji.Lihat contoh di Selangor. Banyak sangat janji yang tinggal janji.
    BN tidak hanya berjanji tetapi melaksanakannya dengan konsisten. Lambat tetapi pasti.Amerika maju selepas bermula 1739,George Washington duduk menjadi presiden.Usia merdeka kita masih sangat baru dan terlalu awal untuk kita mengatakan BN gagal.
    Baca janji PKR di Selangor :
    http://pemudaenggang.wordpress.com/2008/03/27/antara-janji-janji-manis-pkr-pas-di-selangor/

    ReplyDelete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...