Pages

Thursday 14 April 2011

(Kupasan 2) Tuntutan 20 Perkara Sabah : Masih relevankah untuk diperjuangkan?

Sambungan dari Kupasan 1...
 
4. Head of Federation.
The Head of State in North Borneo should not be eligible for election as Head of the Federation.
(Ketua BorneoUtara ( Yang Dipertua Negara ) tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.)
Perkara ini rasanya kita tidak ada lagi pertikaian.
 
5. Name of Federation.
“Malaysia” but not “Melayu Raya”

(“Malaysia” bukan “Melayu Raya”.)
Perkara ini juga telah sebati untuk rakyat Malaysia di Sabah.
 
6. Immigration
Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

(Kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri. termasuk daripada Tanah Melayu.Maka, jika ia berkaitan dengan urusan Kerajaan Negeri,Kerajaan Persekutuan tidak boleh membatalkan kemasukan sesiapa pun. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasayang tidak terhad ke atas pergerakkan seseorang, kecuali merekayang bertugas di bawah Kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.)
Masalah yang meruncing di Sabah ini ialah soal Pendatang Asing Tanpa Izin.Adakah kerana Jabatan Pendaftaran Negara yang memastikan siapa yang layak mendapat warganegara maka bergembiralah PATI di Sabah ini tanpa dapat dikawal? Jika Sabah benar-benar menggunakan Perkara Imigrasi ini, sudah adakah sistem yang benar-benar berkesan untuk menyelesaikan isu PATI yang sekian lama membelenggu seluruh rakyat Malaysia di Sabah? Cuba pula kita perhatikan populasi Sabah di bawah ini ;-

 Ini populasi Sabah pada Tahun 1963.

Lihat pula populasi terbaru....
Year                  KDM                 Bajau/Iranun             Malay
1970                 215,811            77,271                      18,362
2000                 563,600            343,200                     303,500
INCREASE         162%               344%                    1,552%
 
Tidakkah menghairankan melihat peningkatan populasi Melayu di Sabah? Adakah ini Melayu dari Tanah Melayu? Atau mungkinkah ini adalah keraguan sebenar yang menghantui rakyat Malaysia di Sabah tentang PATI yang telah diMelayukan demi politik?

7. Right of Secession.
There should be no right to secede from the Federation.

(Sabah tiada hak untuk menarik diri selepas bersetuju dengan Persekutuan Malaysia)
Tetapi apa yang menyedihkan, ada segelintir pemimpin dan parti politik cuba membuat isu untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia. Apa yang seharusnya menjadi tunggak perjuangan ialah bagaimana untuk menjadikan Sabah maju selepas menjadi Malaysia berdasarkan perjanjian sedia ada. Ini yang mesti diperjuangkan secara konsisten kerana Sabah seharusnya lebih maju selaras dengan janji Tanah Melayu sewaktu membawa Sabah menjadi Malaysia. Menyedihkan sekali, Sabah sekarang ini adalah antara negeri yang termiskin di Malaysia.
World Bank Report 2009
OECD Countries - poverty line – 50% of median income
- Poverty rate : 11%
Malaysia - Poverty line - 50% of median income
- Poverty rate : 19%
2009, 80% Poor - Kedah, Kelantan, Trengganu, Sabah &
Sarawak. 31% - Sabah + Labuan
2007 (Sarawak) Melanau/Malay: 4.5%; Other Bumis: 17%
(SABAH) Non-Malay :17% ; Malay Bumis: 8.5%
 
8. Borneanisation
Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible.

(Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalamperkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin.)
Malangnya, sekarang ini apa jadi dengan rakyat Malaysia di Sabah. Lihat perbandingan di bawah ;-
Marilah kita sama-sama fikirkan. Adakah ini kerana Sabah tiada rakyat yang berkebolehan atau hak rakyat Sabah dinafikan? Jangan lupa, Sabah bukan negeri di bawah Tanah Melayu tetapi Sabah adalah setaraf dan rakan strategik dalam Gabungan Malaysia. Mudahnya lihat struktur di bawah :-
 
Struktur ini seharusnya menjadi pegangan Malaysia sampai bila-bila.Ini bukan cerita biasa. Tuntutan ini adalah cerita yang sama dibentangkan untuk IGC dulu. Keanggotaan IGC dalam merangkan Persekutuan Malaysia :
a. Lord Landsdowne (Pengerusi).
b. Dato' Abdul Razak Hussein (Naib Pengerusi).
c. Wakil-wakil dari Britain, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Bersambung pada kupasan 3...Nantikan kupasan paling jujur daripada seorang rakyat Malaysia di Sabah yang mencintai Semangat 1 Malaysia.

2 comments:

  1. sebelum jauh melangkah masuk keruangan saudara NIM. saya perkenalkan diri dahulu.. nama saya nasir bin tasin ayah dari suku kaum bisaya sabah, ibu peranakan iban murut rundum dan beragama islam.masalah ketara yang setiap hari kita sentiasa hadapi di sabah kemiskinan didalam negri kaya.. kerajaan sering melaung laungkan 1MALAYSIA. ini smenjadi satu pertanyaan pada diri saya, saya cari kedai 1malaysia saya cari kelinik 1malaysia dan saya cari restoran satu malaysia di kebanyakan tempat di Sabah. saya belum temui, 2. harga jualan dan belian barangan di negeri sabah jauh berbeza dengan barangan di semanjung Malaysia saya bagi contoh yang paling mudah, harga getah amat berbeza di semananjung malaysia dengan harga di Sabah.dan harga barangan yang diimport ke sabah juga jauh lebih mahal kenapa ini berlaku?. apakah ini 1Malaysia? jalan raya kekampung kampung juga terlalu banyak yang terbiar.. dan sebagai rakyat malysia saya haram kerajaan dapat merealisasi selogan 1Malaysia seadil adilnya.

    ReplyDelete
  2. Mogok!!adakan mogok

    ReplyDelete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...