Pages

Sunday 19 February 2012

Perdana Menteri UGUT Rakyat Sabah?

Baru-baru ini di Lahad Datu Sabah, Dato Sri Najib Tun Razak telah mengejutkan seluruh rakyat Sabah dengan kenyataannya bahawa permintaan pembangkang (STAR) untuk meminta 50% hasil minyak merupakan sesuatu yang tidak praktikal dan ini akan menyebabkan peruntukan daripada kerajaan pusat akan dikurangkan. Bukankah ini satu UGUTAN yang nyata dan jelas dari seorang Perdana Menteri kepada rakyatnya di Sabah? Bayangkan jika rakyat Sabah tidak langsung tidak memahami angka dan 'perjalanan' peruntukan atau bajet negara. Maka semudah itu rakyat Sabah akan 'memarahi' pembangkang (STAR) kerana permintaan yang "melampau".

Saturday 18 February 2012

Ketua Pemuda UMNO Keningau Buta Sejarah?

Saya sebenarnya tidak begitu berminat memberikan pandangan balas terhadap komentar Sdra Azman Hj Ruslan, Ketua Pemuda UMNO Keningau di sebuah akhbar baru-baru ini. Saya lebih berasa malu bahawa di Sabah ini masih ada pemimpin yang agak buta sejarah. Atas kesedaran itu maka saya cuma ingin kongsikan kepada warga Sabah bahawa jangan lagi keliru dengan kenyataan pemimpin-pemimpin seperti ini. Sabah BUKAN MERDEKA melalui pembentukan Malaysia. Sabah telah merdeka 16 hari sebelum pembentukan Malaysia. Malah Sabah BUKAN MENYERTAI Malaysia tetapi BERSAMA-SAMA MEMBENTUK Malaysia dengan tiga wilayah jajahan British yang lain, yang juga telah MERDEKA sendiri iaitu, Persekutuan Tanah Melayu (31 Ogos 1957), Singapura (3 Jun 1959) dan Sarawak (22 Julai 1963) melalui Perjanjian Malaysia 1963 yang ditandatangani di London bersama wakil British dengan jaminan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Ketua Menteri Tanah Melayu yang jelas mengatakan bahawa penggabungan ini adalah untuk membolehkan Sabah dan Sarawak berdikari sendiri sebagai RAKAN KONGSI YANG SAMA TARAF. Sama taraf dengan Malaya, Singapura dan Sarawak, bukannya sama taraf dengan negeri-negeri dalam Malaya.Jika Sdra Azman Haji Ruslan inginkan penjelasan lanjut, saya bagi mewakili seluruh generasi muda Sabah yang menyokong perjuangan Agenda Borneo, membuka pintu seluas-luasnya untuk beliau menghadiri Borneo Tea Party yang dianjurkan oleh United Borneo Front di mana-mana seluruh Sabah. Malah jika beliau malu pada khalayak, saya bersedia untuk berkongsi sejarah sebenar Perjanjian Malaysia 1963 ini secara empat mata.

Tuesday 14 February 2012

DEKLARASI SEMPORNA PENEBUS MARUAH RAKYAT SABAH




PERJALANAN sehari suntuk ke Semporna untuk menghadiri Perjumpaan Khas USNO Baru sememangnya sangat meletihkan.

Apatah lagi perjalanan darat yang melalui jalanraya yang sangat teruk, berlubang-lubang dan sempit. Sepanjang perjalanan, terasa seperti sedang berada dalam sebuah bot laju menuju ke Labuan. Kenderaan sentiasa terlambung-lambung dan teroleng-oleng. Dalam hati berkata, inilah harga kepada sebuah keperayaan yang diberikan oleh pemimpin Sabah terdahulu tehadap kepimpinan Tanah Melayu.

Pemimpin Sabah mengharapkan dengan pengalaman kepimpinan dari Tanah Melayu yang lebih dahulu merdeka daripada Sabah akan dapat memacu Sabah maju seiring dengan ‘kepesatan pembangunan Malaysia”.