Pages

Sunday 19 February 2012

Perdana Menteri UGUT Rakyat Sabah?

Baru-baru ini di Lahad Datu Sabah, Dato Sri Najib Tun Razak telah mengejutkan seluruh rakyat Sabah dengan kenyataannya bahawa permintaan pembangkang (STAR) untuk meminta 50% hasil minyak merupakan sesuatu yang tidak praktikal dan ini akan menyebabkan peruntukan daripada kerajaan pusat akan dikurangkan. Bukankah ini satu UGUTAN yang nyata dan jelas dari seorang Perdana Menteri kepada rakyatnya di Sabah? Bayangkan jika rakyat Sabah tidak langsung tidak memahami angka dan 'perjalanan' peruntukan atau bajet negara. Maka semudah itu rakyat Sabah akan 'memarahi' pembangkang (STAR) kerana permintaan yang "melampau".


Jika kita mengimbau RMK10, Sabah dan Sarawak hanya mendapat sejumlah 9 Billion berbanding 100 Billion untuk Semenanjung Malaysia yang diumumkan Kerajaan Persekutuan. Jika kita bahagi 2, Sabah hanya mendapat 5 Bilion iaitu hanya 1 Bilion setahun untuk setiap 5 tahun Rancangan Malaysia. Cukupkah negeri Sabah yang sebesar 9 buah negeri di Semenanjung Malaysia dengan bajet 'seciput' itu? Dengan hanya bajet sekecil ini pun, Perdana Menteri masih sanggup mengugut rakyat Sabah untuk mengurangkan lagi peruntukan untuk Sabah. Hendak kurangkan hingga tahap mana? 1 juta setahun?

Mari kita bandingkan dengan apa yang telah Sabah kerugian selama ini melalui dasar berat sebelah rakan kongsi Sabah yang bersama-sama membentuk Malaysia 48 tahun lalu iaitu Malaya melalui topeng Malaysia. CUKAI misalnya, antara 15 Billion hingga 20 Billion dikutip oleh Kerajaan Persekutuan di Sabah. Sedangkan dalam perkara 20, No 11 jelas mengatakan
Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri. Maknanya cukai ini hak mutlak Sabah. Tetapi selama 48 tahun berlalu kita akur atas penghormatan terhadap Malaysia. Tetapi semakin kita diam, semakin kita dipermainkan.

Begitu juga dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang menyaksikan Sabah akur menerima 5% 'share' minyak. Hasil minyak Sabah juga antara 15 Bilion setahun dan Sabah hanya 'layak' mendapat kurang daripada 1 Billion. Juga, selama 48 tahun ini kita akur tetapi 'keakuran' kita terus tercabar melihat limpahan kekayaan di Malaya sedangkan rakyat Sabah terus menderita. Di mana jaminan Tunku Abdul Rahman tentang konsep RAKAN KONGSI SAMA TARAF semasa pembentukan Malaysia dahulu?

Sekarang, bayangkan pula jika Perkara 20 dipatuhi, bermakna kita ada hasil cukai lebih kurang 15 Bilion. Jika hasil minyak kita dapat 50%, berapakah hasil sebenar Sabah? Lebih kurang 20 bilion setahun. Dengan kekayaan sebegini, BERAPA sangatlah peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan selama ini? Sebenarnya Sabah tidak MENANGIS pun jika Sabah tidak diberikan apa-apa. Kita sudah cukup bersedia untuk mengurus ekonomi sendiri. 

Bahkan jika kita buat perkiraan logik sahaja pun konsep RAKAN KONGI SAMA TARAF dari segi ekonomi sebenarnya begini ; 100% hasil Malaysia dibahagikan kepada 3 wilayah yang bergabung iaitu MALAYA,SABAH dan SARAWAK. Bukahkah ini lebih "kena" dengan konsep pembentukan Malaysia. Jika ada yang tidak bersetuju dengan formula ini bermakna kita bersetuju suatu waktu dahulu TANAH MELAYU ada AGENDA TERSEMBUNYI semasa meminta Sabah dan Sarawak bersama membentuk Malaysia. Tanpa hasil daripada Sabah, wujudkah KLCC, Putrajaya, Sistem keretapi canggih dan pelbagai mercu tanda Malaysia yang "terpacak" di Tanah Semenanjung"? Sedangkan di Sabah sejak dahulu terpaksa berbangga dengan Gunung Kinabalu yang sememangnya dianugerahkan Tuhan secara semulajadi.

Melalui perkiraan ringkas ini, saya mohon Perdana Menteri menarik balik kata-kata berupa ugutan tersebut dan membentangkan hasil sebenar yang dikutip Kerajaan Persekutuan dari Sabah setiap tahun dan bandingkan secara relatif peruntukan yang diberikan kepada Sabah. Orang Sabah juga orang Malaysia bahkan sepatutnya dilayan lebih istimewa dek kerana kesudian Sabah menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 dahulu.

Hasmin Azroy Abdullah,
Ketua Pemuda STAR,Sabah.

26 comments:

  1. kalau d semananjung malaysia orang berbangga dengan keretapi canggih... kita d sabah mestikah berbangga dengan besi buruk yg sepatut tak berfungs.kalau berfungsipun,hidup segan mati nda mau.. penduduk dari rayoh,pangi pergi ke tenom terpaksa berjalan kaki kerana tak dibenarkan menggunakan teroli buatan sendiri oleh KNS.... apa ini semua?..

    ReplyDelete
  2. kalau d semananjung malaysia orang berbangga dengan keretapi canggih... kita d sabah mestikah berbangga dengan besi buruk yg sepatut tak berfungs.kalau berfungsipun,hidup segan mati nda mau.. penduduk dari rayoh,pangi pergi ke tenom terpaksa berjalan kaki kerana tak dibenarkan menggunakan teroli buatan sendiri oleh KNS.... apa ini semua?..

    ReplyDelete
  3. heemmmmm,.,..,ni kali lahhh.,..,

    ReplyDelete
  4. saya sedang menyiapkan tugasan berkaitan dengan 20 perkara yang mnjadi permintaan sabah kerana bersetuju menyertai persekutuan pd 1963. byk kajian drpd sarjana yg dh saya bc ttg 20 perkara ini.smmgnya isu 20 perkara menimbulkan rs tdk puas hati org2 sabah sejak awal penyertaan dlm persekutuan. klu dulu isu bhs, agama dan borneonisasi kini mslh ekonomi.
    klu benar semua pernyataan di atas, sungguh malang nasib sabahan...namun satu perkara perlu juga sabahan tahu, sabah menyertai persekutuan bkn pula dipaksa. pemimpin sabah bimbang sabah akan diambil oleh Filifina yg mendakwa tanah sabah adalah milik mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nor : Teruskan tugasan anda. Sejarah Sabah memang sukar untuk didapati. Perkara 20 adalah nadi Sabah.

      Sememangnya Sabah tidak dipaksa untuk bersama membentuk Malaysia, tetapi sayangnya Sabah dimanipulasi. Bermula selepas Singapura disingkir pada tahun 1965, Sabah dan Sarawak tidak dibawa berunding semasa Singapura keluar Malaysia.

      Delete
  5. Sebenarnya rakyat semenanjung seharusnya terhutang budi dengan kebaikan..Sabah Sarawak selama ini..kaum iban telah turut serta semasa menghapuskan pengaruh komunis di semenanjung Malaya..sumber-sumber semua telah di guna pakai untuk membangunkan semenanjung..terlebih..dahulu..

    ReplyDelete
  6. Setelah baca blog ini, barulah saya sedar. Saya asalnya penyokong kuat YAB Perdana Menteri.Jika YAB mengembalikan hak orang Sabah saya akan kembali sokong BN. Tetapi kalau tidak 'INI KALI LAH' Saya rasa ramai rakyat Sabah yang sependapat dgn saya.

    ReplyDelete
  7. aku orang semenanjung..please bila sebut je orang semenanjung..ingat semua orang semenanjung menikmati apa yg korang sebelah sabah duk gempar gemburkan dan pertikaikan?

    kebanyakkan semua kemudahan berpusat di KL,selangor dan putrajaya..negeri2 lain sama je..tak rasa pun semua kemudahan tu.

    and aku rasa..baik korang buat satu pungutan suara rakyat sabah untuk keluar dari malaysia dan bentuk negara sendiri dari korang merungut2 macamni.

    amacam? keluar je dari malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ka?mslhnya apa yg di "gempar gembur" (ntah bhs melayu dr mana ni) kn bkn la mngenai org yg menikmati kemajuan tersebut..isu utama dalam hal ini ialah pmbhgian peruntukan kewangan..cuba baca dan fahami artikel di atas..rasanya klu dr awal sbh & srwk x menyertai pmbntukn m'sia, wujud ka putrajaya, klcc dll..

      Delete
  8. zack...
    bukan begitu maksud kami daripada warga2 sabah kepada org2 semenanjung dan kami tidak menyalahkan kamu...tapi kami nk bertanya dimana hak kami sebenarnya...lihat la kawasan sabah yang besar kawasannya...kenapa kami tidak mendapat hak yg sebenarnya itu adalah hak kami...kita ambil contoh insfrastruktur jalan raya di sabah sangat berbeza dengan semenanjung...saya bukannya bercakap kosong tanpa tidak membuat sebarang rujukan...say belajar mengenai agenda2 politik dimalaysia...kalau awak nk saya bagi rujukan2 mengenai P&P, Saya sudi berkongsi dengan awak...kita sedia maklum bahawa sabah adalah diantara negeri yg mmberikn sumbangan ekonomi yg tinggi kepada negara dari segi pertanian, prladangan, minyak dan gas serta byk lg...jd disini kami memerlukan bajet yg mencukupi untuk negeri kami membangun sebagaimana kepesatan pembangunan yg trdapat di semenanjung...adakah permintaan kami ini salah???

    ReplyDelete
  9. kita pastikan semua sabahn mendapat maklumat yang cuba dimusnahkan oleh kerjaan persekutuan. sudah terlalu lama kita dipergunakan... INI KALI LA...!!!

    ReplyDelete
  10. kalau kelian semuan kata ini kalilah tapi kalau semuah orang bangsa di sabah ini tidak bersatu tiada guna juga ini kalilah kan.

    ReplyDelete
  11. bodoh sial ego mamat zack ni...

    ReplyDelete
  12. lain kali lah..

    ReplyDelete
  13. It's perfect time to make a few plans for the long run and it's time to
    be happy. I've read this put up and if I may just I wish to suggest you some interesting issues or suggestions. Perhaps you could write next articles relating to this article. I desire to learn even more things about it!
    My site - clean my pc

    ReplyDelete
  14. Good post. I learn something new and challenging on sites I stumbleupon everyday.
    It's always useful to read through articles from other writers and practice something from other sites.
    My web site > Mac Baren Mixture

    ReplyDelete
  15. Great delivery. Great arguments. Keep up the amazing work.
    Here is my web blog borkum riff

    ReplyDelete
  16. bookmarked!!, I really like your website!
    Feel free to surf my website ; wildtansy.tutorialsbookmarks.com

    ReplyDelete
  17. Way cool! Some very valid points! I appreciate you writing this write-up and also
    the rest of the site is really good.
    Also visit my blog ; immobilienalanya.net

    ReplyDelete
  18. Hi there mates, its enormous piece of writing about tutoringand completely defined, keep it
    up all the time.
    Also see my page :: http://www.powwoow.com/index.php?do=/blog/48266/articles-labeled-with-quot-facial-acne-quot

    ReplyDelete
  19. Peminat STAR nampak gaya anti malaysia dan sudah pasti perjuangan mahu sabah dan sarawak keluar malaysia. Kalau Sabah di rampas oleh Sultan sulu apa yg kamu dapat?? Barangkali keamanan dan kebebasan kita tidak terjamin. Jangan lah kerana nak sangat menjadi pemimpin tanpa memikirkan KEAMANAN.Keanapa Star dan PKR (PR) tiada suara mengenai isu Lahad Datu? seolah olah kamu setuju dengan keganasan di lahad datu dan bila Sabah jadi huru hara...dalam otak kamu ada peluang kan? Sorry lah bro... kamu tidak sedar kah bahawa selama sabah masuk malaysia hidup kita aman damai dan bahagia. Cuba kamu bayangkan kehidupa orang Sabah kalau kita di bawah pentadbiran Sultan Sulu, adakah kita se aman seperti sekarang? Ada kah kita menikmati kehidupan yg selesa?? Fikir lah masak2 , mungkin kita menjadi "kuli kuli tokeh Sulu" Ini KDM mana timbul kalau bukan Tun Mustapa (Orang Suluk ) masuk malaysia.

    ReplyDelete
  20. STAR nampak gaya anti malaysia?
    masuk malaysia? Apa macam mau keluar kalau tidak pernah masuk? sama-sama membentuk maa kawan..
    [iya, isu lama tapi baru hari ini sya terbaca pula komen ini. jadi, mana tau kamu sudah paham isunya, jadi minta maaf lah kio..]

    ReplyDelete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...