Pages

Wednesday 14 March 2012

STAR : Pelan Induk Petroleum-Minyak Sabah Kepunyaan Rakyat Sabah

“STAR: Pelan Induk Petroleum – Minyak Sabah Kepunyaan Rakyat Sabah”
“STAR: Petroleum Masterplan - Sabah Oil Resources Belongs to All Sabahans”


“Rakyat Sabah akan menikmati petrol, diesel dan produk gas dengan harga lebih murah, bekal letrik dengan kadar lebih rendah dan menerima grant tahunan yang akan dijana oleh Perbadanan Petroleum Sabah baru dibawah Pelan Induk Petroleum Sabah” diumumkan oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Pengerusi STAR Sabah.
“Sabahans will enjoy cheaper petrol, diesel and gas products, lower electricity rates and enjoy annual grants generated by a new Sabah petroleum corporation under STAR’s Petroleum Masterplan” announced Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, STAR Sabah Chief.


“Pelan Induk Petroleum STAR untuk sumber minyak dan gas Sabah adalah berdasarkan wawasan “Sumber Minyak dan Gas Sabah Kepunyaan Rakyat Sabah”.
“STAR‘s Petroleum Masterplan for Sabah oil and gas resources is based on the vision “Sabah Oil and Gas Resources Belongs to All Sabahans”.


“Pelan Induk akan melibatkan strategi tiga teras, iaitu menuntut pengkajian semula segala perjanjian, jaminan dan persetujuan mengenai sumber minyak dan gas Sabah, pembangunan bersepadu industry minyak dan gas di Sabah dengan mengutamakan penggunaan minyak dan gas untuk Sabah dan rakyat terlebih dahulu dan pelaburan and pengekalan hasil minyak untuk kebajikan rakyat Sabah dan anak cucu dan cicit mereka” tambahnya Dr. Jeffrey.
“It will be a three-pronged strategy that will seek a review of the existing arrangements on Sabah’s oil and gas resources as well as the overall development of a oil and gas industry in Sabah and the utilization of the oil and gas resources for Sabah and Sabahans first and the preservation and investment of the oil revenue for the well-being of Sabahans and for the future generations” added Dr. Jeffrey.


Pelan Induk tersebut juga akan mengkaji semula kenaikan bayaran tunai yang kini hanya 5% kepada 50%, penubuhan PetroSabah Corporation dan Dana Warisan Minyak PetroSabah serta Majlis Penasihat Petroleum Sabah.
The Masterplan includes review of the cash payment from the current 5% to 50%, establishment of PetroSabah Corporation and the PetroSabah Wealth Fund and a Sabah Petroleum Advisory Council.


Pada tahun 1976, tidak lama selepas trajedi kapal terbang terhempas yang mengorbankan Ketua Menteri bersama beberapa Menteri Kabinet kanannya, pihak Kerajaan Sabah telah menandatangani menyerahhak kesemua 100% sumber minyak dan gasnya. Kerajaan juga telah bersetuju menolak bayaran royalti minyak sebanyak 5% dan menggantikannya dengan persetujuan menerima bayaran tunai yang diperuntukkan dibawah Akta Pembangunan Petroleum, 1974.
In 1976, after the tragic air crash that killed the then Chief Minister and senior members of the Cabinet, the State Government signed away 100% of the State’s oil and gas resources. It even gave up the collection of its 5% oil royalties and accepted a cash payment under the Petroleum Development Act, 1974.


Bersusulan persetujuan bayaran tunai tersebut, Sabah kini hanya menerima serendah 5% hasil yang dijana daripada sumber minyak dan gas Sabah. Bayaran tunai tersebut dibuat tanpa sebarang ketelusan dan akauntabiliti termasuk samada Sabah ada menerima apa-apa hasil daripada sumber minyak dan gas yang digali dekat Labuab yang kini merupakan wilayah persekutuan.
Under the agreed cash payment, Sabah is now given only a meagre 5% of the revenue generated by Petronas from oil and gas extracted from Sabah and there is no transparency or accountability including whether revenue is given to Sabah for any oil and gas extracted off Labuan island, which is now a federal territory.


Jika Sabah tidak menolak bayaran royalti 5% tersebut, hari ini, Sabah berhak menerima 10% daripada hasil minyaknya, iaitu 5% royalti minyak dan 5% bayaran tunai.
If Sabah had not waived collecting the 5% oil royalties, today, Sabah will be receiving at least 10% of the revenue from its oil resources, 5% oil royalties and 5% cash payment.


Pada tahun 2012, Petronas dijangka menerima RM14.734 bilion dari sumber minyak Sabah manakala Sabah hanya akan menerima RM0.775 bilion dan itu pun tidak disimpan atau dilabur untuk generasi Sabah akan datang. Sambil itu, gas Sabah akan disalurkan melalui Saluran Paip-gas Kimanis-Bintulu yang kini sedang dibina dengan kos RM3.5 bilion untuk diproses di Bintulu dan tidak banyaknya ditinggal untuk penggunaan di Sabah. Tambahnya, minyak di Blok L & M telah pun diserah oleh Kerajaan Pusat ke Brunei tanpa sebarang pampasan kepada Sabah.
In 2012, Petronas is expected to receive RM14.734 billion from Sabah oil resources while Sabah will receive only RM0.775 billion and none is specifically invested for future generations. At the same time, gas is going to be channelled from Sabah to Sarawak via the new RM3.5 billion Kimanis-Bintulu Gas Pipeline, leaving little for Sabah and Blocks L&M have been signed away by the Federal Government to Brunei.

Baru-baru ini rakyat Sabah telah banyak mendesak tetapi Kerajaan Negeri telah gagal mengambil apa-apa tindak positif untuk berunding semula pembayaran royalti minyak demi kebaikan masa depan Sabah dan rakyatnya. Kerajaan Negeri juga telah gagal mempertahankan eksploitasi sumber minyak dan gas Sabah demi kepentingan bersama rakyat dan Negeri Sabah.
Despite recent demands by the people of Sabah, the State Government has done little to “re-negotiate” oil royalties for the long-term benefit of Sabah and Sabahans and safeguard the exploitation oil and gas resources in the best interests of Sabah and Sabahans.


Dibawah Pelan Induk Petroleum STAR, objektif utamanya adalah memastikan pengraihan munafat maksima kepada Sabah daripada sumber minyak dan gasnya berdasarkan wawasan dan rationale bahawa SUMBER MINYAK SABAH KEPUNYAAN SEMUA RAKYAT SABAH.
Under STAR’s Petroleum Masterplan, the underlying objective will be to secure maximum benefits for Sabah from its oil and gas resources based on the vision and rationale that SABAH’S OIL RESOURCES BELONGS TO ALL SABAHANS.


Hakikatnya, setakat hanya menerima 5% daripada sumber minyaknya adalah tidak boleh diterima lagi pada masa terkini.
Getting only 5% from its oil resources is no longer acceptable today. If this continues, Sabah will continue to remain as the poorest State in Malaysia.


Hak-hak Sabah dan kebajikan masyarakat dan rakyatnya tidak boleh dikompromi dan dilepaskan berdasarkan pengeksploitasi sumber minyak Sabah yang merugikan rakyat Sabah.
The rights of Sabah and the welfare of the people can no longer be compromised by the continued exploitation of its oil resources at the expense of the people in Sabah.


Maka, teras pertama strategi Pelan Induk adalah menuntut pemerolehan munafat yang terbaik daripada pengeluaran minyak Sabah termasuk pengembalian hak-hak kepada Sabah dan penguasaan dan pengurusan berautonomi sumber minyaknya serta pembayaran hasil minyak tidak kurang daripada 50% dari hasil bersih yang dipungut daripada minyak dan gas Sabah.
Therefore, the first strategy of the Masterplan will be seek to obtain the best terms for Sabah’s oil resources including the restoration of Sabah’s rights to and autonomous control and management of its oil resources and payment of at least 50% of the net revenue from Sabah’s oil and gas.


Strategi ini akan merangkumi pengkajian semula Akta Pembangunan Petroleum 1974 serta segala perkara yang berkaitan penyerahanhak kesemua hak sumber minyak dan gas Negeri. Juga perlu dikaji semula ialah Saluran Paip-gas Kimanis-Bintulu serta jaminan-jaminan yang diberi oleh Petronas dan Kerajaan Pusat termasuk jaminan untuk menyimpan bekalan gas yang memadai untuk penggunaan di Sabah dan juga pengkajian semula cukai jualan keatas minyak dan produk gas di Sabah.
This strategy includes a review of the Petroleum Development Act, 1974 and all matters relating to the giving away of the State oil and gas resources, a review of the Kimanis-Bintulu Gas Pipeline and assurances given by Petronas and the Federal Government inclusive of the guarantee to leave sufficient gas for Sabah’s use and review of sales tax revenue on oil and gas products in Sabah.


Juga termasuk dalam strategi ialah permintaan kepada Kerajaan Pusat untuk suatu subsidi khas untuk penjualan produk minyak dan gas untuk pengguna di Sabah setakat jumlah minyak dan gas yang dihasilkan dari Sabah. Pengguna-pengguna di Sabah seharusnya membayar dan menikmati petrol, diesel dan produk gas yang lebih murah berbanding dengan rakyat senegaranya di Semenanjung.
Also included will be a request to the Federal Government for a special subsidy for petroleum products equivalent to the volume of oil extracted from Sabah for consumers in Sabah. Sabah consumers should be paying less for petrol, diesel and gas products compared to their counterparts in Semenanjung.


Suatu MAJLIS PENASIHAT PETROLEUM SABAH akan ditubuh yang diperankan memberi nasihat dan memantau perancangan dasar-dasar dan polisi-polisi untuk sumber minyak dan gas Sabah. Majlis Penasihat tersebut juga akan membantu menetapkan POLISI BARU MINYAK DAN GAS SABAH.
There will be established a SABAH PETROLEUM ADVISORY COUNCIL to advise on and oversee the planning and policies for Sabah’s oil and gas resources. The Advisory Council will also assist to formulate a NEW SABAH OIL AND GAS POLICY.


Kita juga perlu mengikhtirafkan bahawa untuk meraihkan munafat dan “spin-off” maksima daripada sumber minyak dan gas Sabah, minyak dan gas tersebut seharusnya diproses di Sabah dan aktiviti-aktiviti industry-hiliran perlu digalak dan dipertingkatkan untuk menjana munafat dan “spin-off” tambahan.
It has to recognized that to derive maximum benefits and spin-offs from its oil and gas resources, these resources need to processed in Sabah and down-stream activities need to be promoted to generate further spin-offs.


Maka, teras kedua strategi Pelan Induk adalah merancang dan mengembangkan pembangunan industri minyak dan gas di Sabah demi memerolehi pulangan dan “spin-off” maksima kepada ekonomi Negeri Sabah. Perancangan pembangunan akan berdasarkan syarat-syarat yang terbaik berpihak Sabah dan ianya juga akan digunapakai dalam usaha pencarigalian dan pengeksploitasi sumber minyak dan gasnya.
Therefore, the second strategy of the Masterplan will be seek to establish a systematic development of an oil and gas industry in Sabah to maximize returns and spin-offs to its economy on best terms basis including the exploration and exploitation of the oil and gas resources.


Sistem yang tiada ketelusan, tiada akauntabiliti dan system berahsia-rahsia yang diamalkan sekarang akan dimansuhkan. Petronas hendaklah bertanggungjawab kepada rakyat Sabah berkenaan minyak dan gas Sabah.
The present day system of secrecy, non-transparency and non-accountability will be abolished. Petronas will have to be accountable to the people of Sabah for Sabah’s oil and gas resources.

Juga dirancang untuk ditubuhkan adalah PERBADANAN PETROSABAH atau PETROSABAH CORPORATION untuk menerajui pembangunan industry minyak dan gas di Sabah.
There will be established a PETROSABAH CORPORATION to spearhead the development of the oil and gas industry in Sabah.

Jika sesuai dilaksanakan, minyak dan gas Sabah akan diguna untuk industri minyak dan gas di Sabah serta industri sampingan dan industry-industri tempatan yang lain yang mementingkan penggunaan atau pemprosesan di Sabah.
Where possible, Sabah’s oil and gas resources will be used for its oil and gas industry and related industries as well as for other local industries with priority utilization in the State.


Suatu cadangan akan diserahkan kepada Kerajaan Pusat supaya perlesenan industri minyak dan gas di Sabah ditadbir oleh Kerajaan Negeri dan bukan oleh Kerajaan Pusat.
A proposal will be submitted to the Federal Government for the licensing of oil and gas industry in Sabah to be under State control and not Federal control.


Juga dicadangkan adalah bahawa insentif cukai khas diberi kepada penjanakuasa letrik yang mengguna minyak dan gas di Sabah. Objektif cadangan tersebut adalah untuk membolehkan rakyat Sabah menikmati bekalan letrik yang lebih murah akibat bekalan yang dijanakuasa oleh minyak dan gas Sabah.
It will also be proposed that special tax incentives be given to oil and gas-powered plants in Sabah so that Sabahans will enjoy cheaper electricity rates generated by Sabah’s own oil and gas resources.


Cadangan juga akan diserahkan kepada Kerajaan Pusat supaya PetroSabah Corporation diberi taraf bebas-cukai dan dikecualikan membayar cukai kepada Kerajaan Pusat.
It is also be proposed to the Federal Government that PetroSabah Corporation will be tax-exempt company, exempted from paying Federal income tax.


Semua pihak perlu ikhtiraf dan faham bahawa sumber minyak dan gas adalah suatu sumber semulajadi yang boleh dihabiskan pada suatu masa depan walaupun baru-baru ini dilapurkan bahawa beberapa sumber minyak dan gas dijumpai di perairan Sabah termasuk di kawasan-kawasan perairan tepi pantai.
It is recognized that despite the several recent announcements of new oil and gas finds off the coast of Sabah including within its inner waters, the oil and gas resources are a depleting resource and will be exhausted in the future.


Maka, teras ketiga strategi Pelan Induk adalah supaya sebahagian hasil minyak dan gas dilabur dan pada masa yang sama sebahagian digunapakai untuk kebajikan dan munafat rakyat Sabah.
Therefore, the third strategy of the Masterplan will be seek to invest some of the oil and gas revenues and at the same time to provide for the benefit and well-being of Sabahans.


Hasil-hasil minyak dan gas perlu disimpan dan dilabur demi masa depan Sabah dan kesemua rakyatnya dan ianya tidak patut dibelanja dengan sepenuhnya dalam Bajet tahunan seperti yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri sekarang.
The oil and gas revenues need to be conserved and invested for the future of Sabah and all Sabahans and cannot be wholly used in the annual State Budget as currently practised by the Government.


Suatu DANA WARISAN MINYAK PETROSABAH atau PetroSabah Wealth Fund akan ditubuhkan untuk tujuan melaburkan hasil minyak dan gas untuk munafat generasi akan datang. Garispanduan dan kriteria-kriteria pelaburan akan ditetapkan oleh Majlis Penasihat.
There will be established a PETROSABAH WEALTH FUND which will be entrusted to invest Sabah’s oil and gas revenues for the future generations. The investment guidelines and criteria will be formulated by the Advisory Council.


Adalah juga dicadangkan bahawa 12.5% keuntungan tahunan PetroSabah Corporation akan diguna untuk memberi bantuan kebajikan rakyat Sabah dan 25% lagi akan dilaburkan di dalam Dana Warisan tersebut.
It is proposed that 12.5% of the annual profits of PetroSabah Corporation will be set aside to provide for Sabahans and another 25% will be invested in the PetroSabah Wealth Fund.


Sudah sampai masanya dimana kita tidak boleh bergantung lagi kepada orang luar untuk mengurus dan menentukan tentang sumber minyak dan gas Sabah yang dipunyai oleh semua rakyat Sabah.
We cannot rely on and cannot depend on outsiders to decide on Sabah’s oil and gas resources which belongs to all Sabahans.


Datuk Dr. Jeffrey Kitingan
Chairman
STAR Sabah
20 January 2012

1 comment:

  1. Dipetik dari Komen pembaca Sabahkini.net...

    Sabah ada 30 ribu keluarga miskin tegar. Tahun ini Petronas dapat RM15 bilion wang minyak dari Sabah. Agihkan RM15 bilion kepada 30 ribu ini dalam bentuk saham amanah selama 10 tahun yang dilaburkan dengan pulangan 8 peratus bunga dikompaun setahun.

    Seorang dapat tabung amanah sebanyak RM500 ribu. Pada hujung 10 tahun wang ini akan menjadi $1,112,770.46. Wang pokok RM500 ribu tadi diagihkan kepada orang lain yang memerlukan. Setiap 10 tahun dan tahun-tahun berikutnya bertambah 30 ribu jutawan di Sabah. Kenapa kerajaan tidak buat begini. Cara ini lebih cepat kasi jutawan seluruh orang Sabah la.

    Setiap tahun 30 ribu orang Sabah dapat bantuan RM500 ribu. Dalam masa 10 tahun saja 300 ribu orang Sabah bakal jadi jutawan. Lihat geng ini skim cepat kaya. Dijamin punya. Wang Pokok RM500 ribu tetap kerajaan punya. Tidak akan lari. Dalam masa 30 tahun saja hampir 900,000 orang Sabah jadi jutawan.

    Ini kali lah..tiada harapan Pakatan menang jika BN buat Skim Cepat Kaya Terjamin serupa ini.

    Mungkin Star boleh juga adopt idea ini. Buat kan semua orang Sabah jutawan dalam masa 10 tahun dengan wang minyak Sabah.

    ReplyDelete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...