Pages

Sunday 11 March 2012

Pelancaran STAR DUN Melalap,Tenom.

Pada 09 Mac 2012, satu lagi sejarah tercipta di daerah Tenom,khususnya di kawasan Melalap dengan Pelancaran Parti STAR oleh Ybhg Datuk Dr Jeffrey G Kitingan. Kehadiran lebih kurang 500 orang ke majlis itu membuktikan bahawa perjuangan Agenda Borneo parti STAR semakin diterima di Sabah umumnya dan di kawasan ini khususnya.


Semasa ucapan Sdra Hasmin Azroy Abdullah selaku Ketua Bahagian Star Tenom, beliau menggesa seluruh masyarakat Melalap agar bersama-sama bersatu untuk memastikan perjuangan menuntut hak-hak dan kuasa autonomi rakyat Sabah akan dapat direalisasikan. Malah katanya, perjuangan Agenda Borneo ini bukanlah cakap-cakap politik semata-mata tetapi perjuangan ini jelas membela nasib rakyat Sabah yang tertindas selama ini. Penindasan itu pula bukanlah sebuah rekaan untuk mendapat simpati tetapi beserta fakta yang jelas dan tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak.Turut disentuh ialah tentang masalah-masalah yang berlaku di sabah seperti ketidakseimbangan perjawatan sector awam di Sabah yang kelihatan meminggirkan keupayaan sebenar rakyat Sabah, sistem jalanraya yang teruk, pembangunan yang lembab, pengangguran dan pelbagai lagi. Semua masalah ini sebenarnya hanyalah .’minor problem’. Semua masalah ini berpunca dari satu ‘major problem’ iaitu Perjanjian Malaysia 1963 beserta 20 Perkara yang tidak dipatuhi. Jadi sebelum ‘minor problem’ ini diatasi, kita harus menggembleng tenaga dan usaha untu memastikan ‘major problem’ ini diselesaikan secara tuntas.



Beliau yang juga Ketua Pemuda STAR Sabah turut mengingatkan kepada golongan muda supaya bangkit berjuang demi kelangsungan hidup bermaruah generasi akan datang dan tidak hanya melihat atau menanti sehingga menjadi ‘lebih berusia’ baru hendak memulakan langkah perjuangan. Pada masa itu nanti, segalanya telah terlewat.Dengan kebanjiran PTI sekarang ini memungkinkan mereka menjadi pemimpin di Sabah kerana bantuan pihak yang tidak bertanggungjawab memberikan mereka Mykad. Jika perjuangan tidak digerakkan sekarang, Sabah pasti akan dipimpin oleh orang asing kelak.


Pada majlis yang sama, dalam ucapan perasmian, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi Parti Star Sabah turut mengingatkan bahawa Sabah sebenarnya sebuah negeri yang sangat kaya. Jika kekayaan ini diagihkan secara adil kepada rakyat Sabah, Sabah pasti menjadi antara negeri yang terkaya dan bukan termiskin di Malaysia. Lebih kurang 40 Billion setahun hasil Sabah namun Sabah hanya mendapat jumlah yang sangat kecil setiap tahun kerana kehilangan kuasa autonomi seperti kuasa memungut cukai sedangkan dalam Memorandum 20 Perkara No 11 (Tarif dan kewangan) menyatakan dengan jelas bahawa Borneo Utara berhak mengawal kewangan, tabungan,dana pembangunan da tarifnya sendiri.

Datuk Dr Jeffrey turut mengumumkan penubuhan Yayasan Hak Anak Negeri untuk memastikan hak milikan tanah anak negeri Sabah terjaga. Misalnya, mana-mana syarikat yang membuka tanah di Sabah harus memberikan 30% hasil kepada yayasan ini untuk kepentingan rakyat. Malah jika terdapat pemilik tanah yang berhadapan dengan risiko lelongan tanah atau ingin menjual tanah milik mereka maka yayasan ini akan membantu agar tanah ini dapat diselamatkan daripada dimiliki dan dimonopoli oleh orang atau syarikat asing. Yang lebih menarik, pemilik tanah boleh membeli semula tanah tersebut daripada yayasan sekiraya berkemampuan kelak. Pengumuman ini disambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin.


Turut hadir dalam majlis itu ialah Sdra Jimmy Jawatah, Ketua Bahagian SAPP,Melalap dan Sdra Saul Sally, Ketua Bahagian SAPP Kemabong. Selain itu, kehadiran Ketua Pemuda USNO, Sdra Mohd Abdillah Timbasal, AMT USNO, Puan Leong Chau Chu menambah lagi kekuatan sokongan dalam majlis itu. Malah kehadiran AJK Tertinggi STAR Sabah khususnya sokongan Ketua Wanita Pn Melanie Annol menyaksikan acara bersejarah itu memberikan gambaran yang jelas bahawa Tenom begitu dekat dalam perjuangan STAR walaupun berada jauh di pedalaman.


Majlis tersebut dilangsungkan di rumah En Petrus Henricus, seorang peniaga yang selama ini tidak terlibat dalam politik tetapi selepas mengetahui Agenda Borneo yang diperjuangkan oleh STAR, tanpa teragak-agak lagi beliau menyokong bukan hanya setakat sokongan moral tetapi turut memberikan sokongan material serta tenaga yang tidak berbelah bahagi. Pada majlis itu juga menyaksikan ramai ahli PBS meninggalkan parti itu dan menyertai STAR khususnya AJK Pemuda PBS Tenom, Sdra Felix Martin.

3 comments:

  1. ini kali lah STAR JATUH KERANA KETAMAKAN...PENTING DIRI SENDIRI..BERABUT2 MAU JADI DATU TAPI LUKI..SIAL

    ReplyDelete
  2. Angan2 tidak kesampaian kerana perangai TAMAK/LUKI/KEDEKUT(atau tiada wang?)...anda..ini sudah mencerminkan diri anda seorang yang egois terhadap kuasa...sudah tentu dihari kelak anda lagi lebih TAMAK...apa mahu tanding jika tidak ada semangat keterbukaan membangga diri sendiri..LANGSUNG TIADA TABIAT KEPIMPINAN..tapi jika anda baik anda akan disanjung hingga akhir hayat...

    ReplyDelete
  3. STAR HILANG WANG PERTARUHAN...HAHAHA

    ReplyDelete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...