Pages

Sunday 11 March 2012

Di Mana Keadilan Untuk Sabah?

Star Sabah menyokong penambahan kerusi dewan undangan negeri dan parlimen untuk Sabah dan Sarawak. Selain itu, terdapat keperluan untuk meneliti semula komposisi nisbah kerusi parlimen seperti yang dipersetujui dalam pembentukan Malaysia bagi mempastikan penyaluran peruntukan di setiap dun yang lebih adil dan seimbang untuk kemudahan dan keselesaan semua rakyat di kedua-dua negeri” Demikian dinyatakan oleh Datuk Dr.jeffrey Kitingan, selaku Pengerusi Parti Star Sabah sebagai respon beliau terhadap pandangan dan cadangan oleh En.Yunof Maringking, seorang peguam berkaitan penambahan kerusi untuk Sabah.

Semasa Malaysia dibentuk pada tahun 1963, Malaya hanya diperuntukkan 104 buah kerusi yang mewakili 65% kerusi parlimen sementara Sabah, Sarawak dan Singapura mendapat 35%. Perlindungan dari segi perundangan untuk Negara Borneo ini adalah untuk mempastikan agar Perlembagaan Persekutuan tidak sewenang-wenangnya dipindah oleh Malaya secara bersendirian.

Daripada 222 kerusi parlimen yang ada sekarang, Sabah dan Sarawak sepatutnya mendapat sekurang-kurangnya 78 buah kerusi dan bukannya hanya 56 buah kerusi seperti sekarang.

Ini juga termaktub dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, perenggan 165 dan 190(g) yang mengatakan bahawa “perwakilan wilayah Borneo haruslah diambilkira bukan hanya berdasarkan  daripada populasi penduduk tetapi mengambilkira luas kawasan dan potensi yang ada”

Merujuk kepada contoh di Kuamut dan Keningau yang dirujuk oleh Yunuf, jelas menunjukkan bahawa Sabah yang mempunyai keluasan 73,620 kilometer persegi adalah sama saiz dengan 9 buah negeri di Semenanjung dan 90 kali keluasan Perlis (816 kilometer persegi).  Kuamut (Daerah Tongod) seluas 10,054 kilometer persegi lebih besar berbanding negeri Kedah yang hanya seluas 9,347 km/p sementara Keningau 3,533km/p lebih besar berbanding keluasan 3,405 km/p gabungan 3 buah negeri iaitu Melaka (1,650), Pulau Pinang (1039) dan Perlis (816km/p)

Kedah mempunyai 15 ahli parlimen, 36 ahli Dun, seorang Menteri Besar dan mempunyai Sultan sedangkan Kuamut hanya diwakili oleh seorang Dun dan berkongsi ahli Parlimen dengan Dun Sukau (6,604km/p) yang mana keluasan ini hampir sama dengan  keluasan Negeri Sembilan (6,633 km/p) yang mempunyai 8 ahli parlimen dan 36 ahli Dun.

Keningau diwakili oleh seorang ahli parlimen dan 3 orang ahli Dun sedangkan Melaka, Pulau Pinang dan Perlis diwakili secara keseluruhannya oleh 26 ahli parlimen, 83 orang ahli Dun, 2 Ketua Menteri, 1 menteri Besar, 2 orang Tuan Yang Terutama dan mempunyai seorang Raja.  Perlis dengan keluasan 816 mk/p. sahaja diwakili oleh 3 ahli parlimen, 15 ahli Dun, 1 Menteri Besar dan mempunyai 1 Raja.

“Tahap perbezaan sosial amat ketara dan masalah rakyat serta pembangunan di setiap daerah di Sabah banyak disebabkan ketidakseimbangan dalam peruntukan pembangunan”tambah Dr.Jeffrey

Baru seminggu yang lalu, Ketua Menteri Melaka mengumukan bahawa Melaka telah diberikan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk tahun 2011 hingga 2013 dan memerlukan sekurang-kurangnya RM1.0 bilion setiap tahun di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 untuk menjana ekonomi dan pembangunan industry negeri Melaka. Peruntukan untuk Keningau pula kurang daripada RM10 juta !

Perdana Menteri juga mengumumkan minggu lalu bahawa kutipan hasil untuk tahun 2011 merekodkan RM109.674 bilion. Sumbangan daripada Sabah merekodkan RM22.7 bilion dan Sabah tidak mendapat sebarang imbuhan sebaliknya Lembaga Hasil Dalam Negeri bakal menikmati bonus yang lumayan. Kalau Perkara 11 dalam 20 Perkara dilaksana, semua kutipan sebanyak RM22.7 bilion adalah milik Sabah dan walaupun 1/3 daripada jumlah kutipan itu disumbangkankan kepada kerajaan persekutuan, Sabah masih mempunyai baki RM15.1 bilion yang boleh menjana pembangunan dalam negeri disamping tambahan kutipan hasil semasa negeri berjumlah RM3.7 bilion.

Situasi yang hampir serupa, beberapa hari yang lalu, Petronas mengumumkan keuntungan kasar sebanyak RM96.561 bilion untuk tempoh 9 bulan yang berakhir 31 Disember 2011. Kerajaan Persekutuan menerima RM27.113 bilion sebagai hasil cukai dan RM30 bilion sebagai pembayaran dividen. Sabah menyumbang tidak kurang RM15 bilion daripada keuntungan ini dan hanya menerima 5% daripada hasil minyak sedangkan 44,000 pekerja Petronas menikmati bonus sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.

Sabah adalah negeri yang kaya raya namun sebaliknya menjadi negeri paling miskin kerana  perlakuan kerajaan persekutuan. Rakyat Sabah hidup dalam keadaan daif, tanpa jalanraya yang sempurna, bekalan elektrik, bekalan air bersih, taraf kesihatan, perkhidmatan pendidikan dan semua bentuk infrastruktur yang diperlukan.  Rakyat Malaysia di semenanjung tidak lagi bercakap soal-soal pembangunan asas tetapi terarah kepada pembangunan mega, sebaliknya rakyat Malaysia di Sabah masih memerlukan pembangunan asas dan masa depan yang samar.

Dimanakah keadilan untuk Sabah?

Datuk Dr Jeffrey Kitingan,
Presiden STAR Sabah.

4 comments:

  1. Jeffery,kerana kamu kedazan-dusun,adik kepada Pairin dan sekarang berjuang melalui STAR tidak akan menutup keburukan kamu semasa 10 tahun pemerintahaan PBS. saya menyeru orang melayu dan Islam Sabah terutama kakitangan kerajaan merunung kembali kesombongan Jeffery dan Pairin.
    Sebenarnya PBS sangat2 takut umat islam disabah akan melebehi bilangan kadazan+china, Jeffery sekali lagi seperti abangnya ingin menjadi HERO disabah. jika kedatangan indonesia(islam) terutama Bugis membanjiri sabah impian jeffery ingin menjadi Sultan of Borneo akan terkubur.
    Dunia ini kepunyaa Allah yang maha kuasa sesiapa pun punya hak untuk hidup dan membiak.
    SABAH JANGAN TERPERDAYA DENGAN MUSLIAT JEFFERY-SEBENAR NYA STAR DAN PBS ADALAH BERJUANG BENDA YANG SAMA.MELAYU SABAH JANGAN TERTIPU.
    Kehancuran perkauman sabah akan terjadi gara-gara tamak jeffery.
    jika jeffery tidak disekat suatu masa orang islam dan bukan islam akan berselesian faham dan pergaduan boleh berlaku.
    Tenong musliat jeffer memburukan orang semenanjung dan ia cuba mengujudkan kebencian sabah terhadap orang semenanjung.....fikir dan fikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya fikir kamu bukanlah orang sabah tapi pendatang tanpa izin. Dunia memang kepunyaan Allah hanya orang yang baru lahir dan yg sudah mati saja yg tidak tau itu. Apa yg anda katakan itu adalah bukti suka merampas hak orang.

      Delete
  2. saya fikir orang yg bercakap ini bukan orang sabah. Saya yakin dia ni orang pendatang tanpa izin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coba kalo org Sabah yg p d semananjung atu Indonesia dberi kistimewaan, m'undi cthnya, apa dorg rasa.

      Delete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...