Pages

Sunday 31 July 2011

"100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation”

Baru-baru ini, di laman sosial Facebook, satu laman komuniti baru diwujudkan atas nama "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation”. Menurut Harakah Daily, kononnya tidak sampai 48jam, laman ini telah mencapai sasarannya. Malah laman ini juga dikatakan dibuat kerana menyahut cabaran Perdana Menteri agar meluahkan rasa tidak puas hati dalam pelbagai medium terutamanya media baru menerusi capaian internet. Perdana Menteri menyarankan perkara ini ekoran daripada perhimpunan Bersih 2 yang ternyata lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Sebagai rakyat Malaysia dan dengan sedikit pemikiran lojik pun kita tahu bahawa 100,000 orang itu nisbahnya terlalu kecil berbanding hampir 30 juta rakyat Malaysia. Saya tidak tahu bagaimana Harakah Daily yang dikatakan media besar dan berintegriti boleh mengambil data sebegini untuk dihidangkan kepada pembaca atau lebih tepatnya penyokong mereka semata-mata untuk menjustifikasikan apa sahaja keinginan politik pembangkang. Apakah mereka sudah kehilangan kewibawaan untuk mendapatkan satu data yang lebih 'accurate' dan profesional?

Pada hemat saya, laman yang dibuat ini tidak boleh menggambarkan sokongan sebenar rakyat Malaysia terhadap kepimpinan DS Najib. Malah ia boleh kita katakan sebagai sekadar permianan 'budak-budak nakal' yang mungkin upahnya sekadar sebiji gula-gula. Mana mungkin seorang Perdana Menteri sebuah negara mengambilkira permainan budak-budak nakal ini sebagai satu penanda aras untuk beliau berundur. Bukan itu sahaja malah perhimpunan Bersih 2 yang tidak sampai pun 10,000 orang yang walaupun menyatakan protes di alam nyata tetap tidak boleh dijadikan satu petunjuk untuk sebarang perubahan kepimpinan perdana.

Justeru, tajuk yang berbunyi 'jangan tipu rakyat lagi' iaitu satu mesej jelas yang ditujukan kepada DS Najib, pada saya adalah satu istilah yang sangat tidak beretika, penuh provokasi dan berniat jahat. Jika kita menilai secara profesional, saranan DS Najib untuk menyalurkan segala maklumat atau tidak puas hati melalui saluran sedia ada atau pun melalui medium yang terkini, ia sebenarnya menggambarkan bahawa setiap rakyat Malaysia berhak bersuara dan memberikan pandangan. BUKAN MEMAKSA KEPIMPINAN UNTUK MELETAK JAWATAN. Kepemimpinan negara harus dilaksanakan dengan pemilihan mengikut lunas demokrasi dalam pilihanraya dan bukan dengan cara rampokan kuasa melalui polemik dan provokasi songsang. Jadi tidak timbul soal DS Najib menipu rakyat.

Malah kalau kita persoalkan, siapa lebih menipu DS NAJIB atau Presiden PAS, Hadi AWANG? Kita sendiri tahu pada tahun 2003, Hadi Awang dengan penuh semangat dalam gegak gempita menyatakan tentang penubuhan sebuah NEGARA ISLAM tetapi pada tahun 2011, beliau menjilat ludah sendiri dengan mengatakan bahawa dalam al-Quran tiada istilah negara ISLAM tetapi negara berkebajikan. Perubahan 360 darjah ini berlaku semata-mata kerana kata-kata seorang kafir berbunyi "langkah mayat saya dahulu jika ingin menubuhkan negara Islam" yang kini menjadi rakan satu selimut seorang Presiden PAS yang mengaku ulamak. Mana satu tipu yang lebih tipu?

Namun demikian, rasanya kebanyakan pembaca dan penyokong tegar Harakah Daily pasti menerima bulat-bulat ceritera yang mereka tulis kerana mereka telah buta, pekak dan bisu (meminjam kata-kata Zulkifli Nordin) walaupun ternyata ulasan yang bersandarkan data permainan budak-budak nakal itu sangat jauh daripada nila kredibiliti.

2 comments:

  1. wallahualam..hanya Allah saja yang lebih mengetahui..kita sebagai orang Islam hanya boleh berdoa n berharap kebenaran akan muncul juga nnti.Semoga negara kita akan terus dipimpian oleh mereka yang adil dan tak pentingkan diri sndri.itu je harapan sy :)

    ReplyDelete
  2. @asnizaziz
    Saya setuju dengan pandangan anda. sebenarnya ia juga harapan kita sebagai rakyat Malaysia.Namun kebanyakan ahli politik mengambil jalan mudah untuk mengatakan mereka masih atau telah mendapat sokongan majoriti.

    ReplyDelete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...