Pages

Tuesday 17 May 2011

Sebuah Sajak Untuk Kekasih...

Setelah lama menyepi...tiba-tiba terasa ingin berkongsi sebuah sajak yang kuciptakan khusus untuk seorang wanita...

Balqis, Seindah Nama

Dulu kita bertemu, dunia gelap dan bingit
Asap mengepul di udara menebar hangit
Ada kegilaan merasuk minda sedar
Keghairahan merajai kerusi sandar
Di atas meja hanya air hitam dan kuning

Bersama seorang teman, kau kukenali
Kau tersenyum dan aku membisu
Lantas aku tahu kau tidak berada di sini
Kau gelisah, sunyi dalam keriuhan ini
Persis ini bukan duniamu
Lalu kau kubawa pergi

Kini purnama saling berganti
Dunia ciptaan kita menjadi realiti
Bersama mengenal erti kedewasaan
Seiring mencari makna kehidupan
Bahagia dan derita di rimba percintaan

Wahai,mari kita bina kental kekuatan
Untuk kita padam kejam masa silam
Yang penuh onar dan onak berduri
Kerana masa hadapan masih mengasihi
Menanti kita di puncak keredaan Ilahi

Buktikanlah, yang berganti tidak hanya nama
Tetapi hatimu kembang berbunga rindu
Yang kelopaknya penuh manis keimanan
Untuk seorang lelaki yang memetiknya
Kerana taqwa dan keinsafan

Nim Yorza,
Taman Lingkudau
30 April 2011.


4 comments:

  1. Begitu manis dan puitis...teruskan berkarya ;)

    ReplyDelete
  2. perghh.. pandai berpuitis jugak rupanya.. heheh..

    ReplyDelete
  3. @rafikasastras
    Terima kasih...sesekali bermain kata puitis sebenarnya merehatkan minda...

    ReplyDelete
  4. @Solihin Zubir
    Saudara...Keindahan kata-kata itu harus jangan kita lupakan kerana itulah darah dan khazanah yang mengalir sejak lama dalam tamadun Melayu...(Sebenarnya layan jiwang.Haha)

    ReplyDelete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...