Pages

Tuesday 4 September 2012

Malaysia Tidak Pernah Merdeka


Keghairahan kebanyakan pemimpin BN yg cuba untuk menjustifikasikan kewujudan Malaysia selama 55 tahun sebenarnya hanya mengguris hati rakyat Sabah dan Sarawak. Dengan menafikan sejarah sebenar pembentukan Malaysia yang baru berusia 49 tahun wujud, merupakan satu tindakan yang boleh disifatkan sebagai pembohongan sejarah yang pastinya menjadikan sejarah negara dalam keadaan yang songsang dan mengelirukan.

Jika kita imbas sejarah lama, pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dalam satu majlis di Singapura mengungkapkan secara terbuka cadangan untuk menggabungkan Malaya, Singapura, North Borneo, Sarawak dan Brunei menjadi sebuah negara baru hasil daripada idea David Marshall, Ghazali Shafie dan Tan Cheng Lock sejak pertengahan tahun 50-an. Selepas itu pada 23 Ogos 1961, Perdana Menteri Malaya dan Singapura bersetuju untuk bergabung melalui sebuah memorandum persefahaman pada 15 November 1961 yang dikenali sebagai ‘Singapore White Paper’.

Seterusnya pada 03 Oktober 1961, Tunku Abdul Rahman menerima jemputan perbincangan dengan British berkaitan wilayah Borneo yang akhirnya berlangsung pada 20-22 November 1961 yang dinamai ‘London Discussions’. Sehari selepas itu iaitu 23 November 1961, satu kenyataan bersama antara Malaya dan Britain untuk mengkaji kemungkinan dan rasional penggabungan Malaya, Singapura, North Borneo, Sarawak dan Brunei melalui sebuah suruhanjaya yang kemudiannya dinamakan Suruhanjaya Cobbold. Perlu diingat bahawa wilayah Borneo hanya mula membentuk parti-parti politik pada akhir tahun 1961.

Sarawak mula memberikan respon tentang cadangan ini pada 04 Januari 1962 melalui ‘Sarawak and Malaysia’ Government Paper. Manakala lantikan keanggotaan Suruhanjaya Cobbild dibuat pada 16 Januari 1962. Kerajaan North Borneo melalui ‘North Borneo and Malaysia’ Government Paper member respon berkaitan perkara ini pada 31 Januari 1962.

Oleh kerana sebelum ini yang berbincang tentang cadangan penggabungan Malaysia hanya melibatkan British dan Malaya maka satu kumpulan yang mewakili semua wilayah yang terlibat ditubuhkan yang dikenali sebagai Malaysia Solidarity Consultive Committee (MSCC) kerana berasakan bahawa pandangan rakyat tempatan tidak diambilkira dalam rundingan sebelum ini..MSCC telah menghantar proposal berkaitan dengan pandangan rakyat tempatan berkaitan penggabungan ini di Pertubuhan Parlimen Komanwel Wilayah di Singapura pada 03 Febuari 1962.

Namun begitu pada 21 Jun 1962, Laporan Suruhanjaya Cobbold dibentangkan yang mana hanya mewakili kepentingan kerajaan British dan Malaya. Oleh itu lima buah parti daripada Sabah telah menandatangani satu memorandum yang dikenali sebagai Tuntutan Perkara 20 dan diserahkan sebagai sebahagian daripada syarat penggabungan pada 29 Ogos 1962.

Akhirnya, selepas mengambilkira Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Perkara 20, satu Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC Report) dibentangkan pada 09 Julai 1963. Seterusnya pada 09 Julai 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani dan pindaan kepada perisytiharan Hari Malaysia kepada 16 September 1963 dibuat pada 28 Ogos 1963 untuk memastikan syarat-syarat kemerdekaan Sarawak dan North Borneo/Sabah dilaksanakan.

Kesemua tarikh yang disebutkan ini merupakan susunan peristiwa penting yang harus diketahui sehinggalah pengumuman rasmi Hari Malaysia pada 16 September 1963. Bahkan boleh kita katakan bahawa Malaysia tidak layak menggunapakai perkataan MERDEKA sekalipun kerana pada prinsipnya Malaysia dibentuk di atas kertas oleh empat buah negara merdeka iaitu Malaya (merdeka pada 31 Ogos 1957), Singapura (merdeka pada 03 Jun 1959), Sarawak (merdeka pada 22.Julai 1963) dan North Borneo/Sabah (merdeka pada 31 Ogos 1963). Selepas 16 September 1963, Malaysia tidak pernah dijajah dan seharusnya tidak pernah merdeka melainkan sebuah persekutuan yang berdaulat.

Perkara yang tidak harus dilupakan ialah teks-teks ucapan pemimpin terdahulu seperti Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun berkaitan pandangan mereka berkaitan pembentukan Malaysia serta surat yang ditulis oleh Tun Fuad Stephen kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Selain itu,sebagai warga Sabah, kita juga mesti mengetahui jaminan-jaminan yang telah diberikan oleh pemimpin Malaya semasa proses pembentukan tersebut.

Jika kita mengatakan bahawa Malaysia sudah merdeka selama 55 tahun bermakna kita bersetuju bahawa Sabah dan Sarawak masuk Malaya pada 1957 dan akhirnya Malaya  hanya menukar namanya kepada Malaysia pada tahun 1963. Walhal kita tahu daripada rentetan sejarah yang berlaku, ia tidak seperti itu dan menggunakan tarikh kemerdekaan Malaya sebagai tarikh kemerdekaan Malaysia sebenarnya menidakkan sejarah dan peranan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah entiti yang merealisasikan Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara baru. Kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia harus mengetahui rentetan sejarah ini. Ia adalah fakta yang tidak boleh diubah dan memperkatakannya tidak sama sekali boleh disifatkan sebagai mempolitikkannya.

11 comments:

  1. Barulah ngam...

    ReplyDelete
  2. saya sangat setujuh kalau kita merayakan Hari Malaysia bersama-sama pada 16 september, manakala hari Kemerdekaan kita rayakan masing-masing mengikut tarikh negara kita merdeka( Sabah 31 Ogos 1963)( Sarawak 22 Julai 1963 ) ( Malaya 31 Ogos 1957 )hanya pandangan-kerana itulah fakta sejuarah yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya kita mengajar fakta sejarah yang benar kepada generasi kita tentang rentatan sejarah tentang tarikh-tarikh hari kemerdekaan negera kita masing-masing,jangan suatu masa nanti kita dituduh oleh generasi masa akan datang sebagai menyongsang fakta sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Generasi akan dtg pasti menyalahkn kita jika kita tidak membenarkan fakta yg ada.

      Delete
  4. sejarah sebegini sebenarnya sudah diulang berkali-kali oleh pihak orientalis, namun masih ramai pakar sejarah masih merujuk tulisan-tulisan sejarah pihak Orientalis.walau kita sedang beraksi dalam sejarah namun sejarah inilah yang di'blank'kan atau diputarbelit..pendedahan demi pendedahan sudah pun diterjemah sebelum2 ini, namun pemikiran kita masih lagi tidak dapat dicuci dengan fakta sebenar. kpd tuan penulis, siapapun anda..teruskan berjuang..kami Sabahan berusaha untuk memberi kefahaman yang sebaiknya pada generasi akan datang Sabahan supaya kita sama2 dapat menuntut apa yg kita panggil Hak Kita (20 points)

    ReplyDelete
  5. Surat Tun Fuad kepada Tunku...


    “IF WE HAD BEEN ASKED TO JOIN MALAYSIA AT THE TIME
    MALAYA ACHIEVED INDEPENDENCE AND BRITAIN MADE IT POSSIBLE FOR US, THE STORY WOULD HAVE BEEN
    A DIFFERENT ONE.
    NOW THAT “MERDEKA” HAS BEEN MALAYA’S FOR SOME YEARS,
    AND WE ARE STILL STRUGGLING TOWARDS IT, MALAYA’S PROPOSAL THAT WE JOIN THE 12TH, 13TH AND 14TH STATES SAVOURS OF IMPERIALISM, OF A DRIVE TO
    TURN US INTO MALAYAN COLONIES …..
    TO JOIN MALAYA, WHILE WE ARE STILL COLONIES …..
    THE IMPLICATION IS TO HAND (OURSELVES) OVER TO YOUR CONTROL.”

    BY TUN FUAD STEPHENS IN OPEN LETTER
    TO TUNKU ABDUL RAHMAN AL-HAJ, PRIME MINISTER OF MALAYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perenggan terakhir Pengisytiharan Malaysia (yang dibaca Donald Stephens pada pagi 16 September 1963) menyebut (terjemahan):

      "... bahawa Malaysia merangkumi Negeri Pahang, Terengganu, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak akan selama-lamanya menjadi Negara bebas dan berdaulat selepas dibentuk atas dasar kebebasan dan keadilan, dengan izin Tuhan Pencipta Seluruh Alam,

      Delete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...