Pages

Tuesday 14 February 2012

DEKLARASI SEMPORNA PENEBUS MARUAH RAKYAT SABAH




PERJALANAN sehari suntuk ke Semporna untuk menghadiri Perjumpaan Khas USNO Baru sememangnya sangat meletihkan.

Apatah lagi perjalanan darat yang melalui jalanraya yang sangat teruk, berlubang-lubang dan sempit. Sepanjang perjalanan, terasa seperti sedang berada dalam sebuah bot laju menuju ke Labuan. Kenderaan sentiasa terlambung-lambung dan teroleng-oleng. Dalam hati berkata, inilah harga kepada sebuah keperayaan yang diberikan oleh pemimpin Sabah terdahulu tehadap kepimpinan Tanah Melayu.

Pemimpin Sabah mengharapkan dengan pengalaman kepimpinan dari Tanah Melayu yang lebih dahulu merdeka daripada Sabah akan dapat memacu Sabah maju seiring dengan ‘kepesatan pembangunan Malaysia”.

Sayang sekali, ‘kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahhari’.

Sungguh bagai dikata ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Tanah Melayu dahulu semakin maju tetapi Sabah semakin miskin.

Sabah terus dieksploitasi daripada segi kuasa politik dan ekonomi. Sabah sudah cukup lama menderita. Maka atas dasar itu lah maka dua pemimpin pejuang masakini bersatu hati di bawah bumbung perjuangan yang sama iaitu untuk mengembalikan semula hak-hak dan kuasa kemerdekaan

Sabah hanya wujud umpama catatan tulisan, wujud pada nama tetapi kini kuasanya telah diragut oleh pemimpin Tanah Melayu melalui kepimpinan UMNO/BN.

Kerana saying dan cintanya kepada rakyat dan negeri Sabah, dua orang peimimpin - Datuk Dr Jeffrey G Kitingan yang mewakili sebahagian besa rpenduduk Sabah dari etnik KadazanDusunMurut, dan Datu Badaruddin Tun Datu Hj Mustapha mewakili etnik Bajau Suluk yang majoritinya beragama Islam.

Satu gandingan yang cukup mantap dan berkesan serta mewakili aspirasi seluruh rakyat Sabah.

Bukan itu sahaja, malah gandingan kedua dua pemimpin ini bagaikan ingin mengembalikan semula aura lama pejuang kemerdekaan Sabah dan seterusnya pemimpin Sabah dalam Malaysia iaituTun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun dan juga TunFuad @ Donald Stephen.

Sama ada suratan atau kebetulan, namun kenyataannya kedua-dua pemimpin yang mewakili kedua-dua etnik dan kelompok besar dalam komposisi kependudukan Sabah kini bersatu sekali lagi. Bahkan dengan termeterainya Deklarasi Semporna yang ditandatangani di hadapan lebih 3000 penyokong USNO dan STAR yang hadir menyaksikan satu lagi sejarah tercipta untuk Sabah.

Slogan keramat “INI KALILAH” dan “HIDUP USNO” bagaikan dentuman halilintar memecah suasana yang hangat dengan semangat perjuangan yang membuak-buak.

Sementara itu, beberapa ucapan bersemangat pemimpin-pemimpin USNO yang lama menaikkan lagi aura perjuangan silam.

Turut disentuh mengena kesudian USNO memberikan peluang kepada UMNO untuk bertapak di bumi Sabah ini 20 tahun lalu dengan satu harapan UMNO akan mengangkat martabat anak jati Sabah selain daripada menjaga kesucian dan kebajikan Islam. Namun kesudian USNO untuk berkubur demi UMNO telah dikhianati. Ternyata Sabah terus menerus menjadi negeri termiskin di Malaysia.

Kehadiran pelbagai agensi dari persekutuan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hampir melenyapkan semua fungsi agensi-agensi kerajaan tempatan. Adakah MUIS dan JHAEINS tidak berkeupayaan untuk ‘menjaga’ kebajikan Islam? Turut dikesalkan ialah kebanyakan agensi persekutuan yang bertapak di Sabah ini bukan dipelopori oleh anak Sabah. Apakah anak Sabah ini begitu bodoh dan langsung tidak mempunyai keupayaan memimpin? Ini lah pengkhianatan yang jelas dan ketara dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN. Jika kita timbulkan isu ini, ada pemimpin UMNO/BN akan melatah dengan mengatakan kita anti Semenanjung, rasis dan sebagainya. Walhal, apa yang kita nyatakan sebenarnya hanya lah hak yang sepatutnya. Apa yang kita tidak persetujui hanya lah sistem yang digunapakai oleh UMNO/BN semasa ‘melayan’ Sabah dan bukan orang Semenanjung itu sendiri.

Orang Semenanjung yang bekeraja di Sabah, juga sebenarnya terpaksa mengikut sistem yang dilaksanakan oleh UMNO/BN. Ramai daripada mereka juga tidak bersetuju malah sangat menyedari bahawa system itu sebenarnya menidakkan hak rakyat Sabah. Apatah lagi, sejarah jelas menyatakan bahawa Sabah merupakan sebuah Negara merdeka sebelum bersetuju membentuk Malaysia bersama empat Negara lain termasuk Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak dan tidak sepatutnya dilayan seperti negeri-negeri di bawah Tanah Melayu.

Sabah bukan negeri ke 12 atau ke 13 dalam Malaysia, tetapi ‘bersama membentuk Negara Malaysia’. Sabah bukan ‘menyertai’ tetapi ‘Membentuk’.

Rata-rata rakyat Sabah tidak menyedari fakta ini, kerana pemimpin persekutuan mempunyai agenda tersembunyi yang mahu rakyat Sabah ‘tidak mengetahui’ situasi yang sebenar.

Bertitktolak daripada tindak tanduk UMNO ini, maka di tempat yang sama UMNO ‘dibenarkan’ bertapak di Sabah, USNO sekali lagi bangkit untuk‘ menarik balik’ kebenaran itu dan mengajak seluruh ahli USNO dan rakyat Sabah untuk sama-sama mengusir kembali UMNO dari Sabah.

USNO turut menagkui bahawa langkah membenarkan UMNO bertapak di Sabah dahulu adalah satu kesilapan besar dan memohon seribu kemaafan.

USNO turut berjanji akan menebus semula kesilapan itu dengan mengembalikan semula hak dan kuasa yang sepatutnya di tangan pemimpin Sabah yang tulin dengan menyertai perjuangan bersama Parti STAR Sabah.

Justeru, kepada seluruh rakyat Sabah, percayalah bahawa ini memang sudah ditakdirkan untuk kita.

Hayatilah nadi perjuangan kedua-dua pemimpin ini. Jika kita telah kehilangan semuanya, jangan sesekali lupa dan berputus asa kerana kita masih mempunyai masa depan. Masa depan ditangan kita sendiri.

Lebih utama masa depan anak cucu kita. Generasi pewaris kegemilangan Sabah yang kaya dengan hasil bumi dan keindahan budaya dan adat resam yang sangat unik. Malah sangat harmonis. Mari lah bersama menentukan nasib dan masa depan kita sendiri. Ingatlah, Unity is Duty! Kalau bukan kita siapa lagi. Kalau bukan sekarang bila lagi. Inikalilah!


HASMIN AZROY ABDULLAH,
KETUA PEMUDA STAR,SABAH.

10 comments:

  1. kita sedar perjuangan ini penuh ranjau onak duri, namun ia telah dicetuskan. kepada anak-anak watan Sabah, kalau pun kami tidak berjaya hari ini,harapan kami perjuangan ini perlu diteruskan. kita tak marah orang malaya mencari rezaki di Bumi kita, yang kita persoalkan hak kita yang sepatutnya kita dapat telah dimanipulasikan oleh pemimpin malaya,kalau kita perhatikan negeri kita, bukannya tidak membangun, tetapi kalau kita lihat secara keseluruhannya,Sabah masih dibelakang dari segenap segi pembangunan.kita bersuara bukan menentang, tapi hanya menyatakan hak yang sepatutnya kita dapat, agar negeri kita membangun setara dengan yang di Semananjung.

    ReplyDelete
  2. Woi apa kaw ingat ini negara philipine ka? Bodoh la kaw macam lembu..sapa mo percaya sama itu KING OF FROG...babi kaw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko belajar dari UMNO ka tu stail memaki-maki tu...di tangan umno la ni PTI bertaburan di Sabah malah ada yg jd pemimpin Umno...

      Delete
  3. sahabatku HA teruskan perjuangan...aku mendoakan kejayaanmu

    ReplyDelete
  4. sekerang PM Datoh, najib pun sudah terhigi-higi nak lulus itu RCI baru-baru ini.sudah bayak pandatang di sabah ini jadi warga negara baru nak terhigi-higi..sudah terlabat nasib mu umno-bn berembuslah engkau dari sabah ini.

    ReplyDelete
  5. macam-macam najib bagi gula-gula dgn rakyat sabah.mula2 Perdana Menteri bagi BR1M RM500 tiap-tiap seorang rakyat yang tidak berpendapatan lepas tu, bagi pinjaman RM 3juta Projek Loji Bekalan Air bersi kepada Penduduk di Deirah Kendigau,dan bagi lagi perontukan RM 434 juta ringgit untuk projek jalan raya berkambar PAN Borneo dan macam-macam lagi Perdana menteri bagi.tapi ini semua adalah tipu muslihat oleh kerajaan persekutuan untuk mengambil hati rakyat SABAH supaya mengundi dengan mereka. tapi apabilah menang pelihan raya,semua janji-janji itu habuk pun tiada dan bantuan yang mereka bagi RM 500 tu dikaut balik. kita lihat nanti kerajaan umno-Bn manang pelihan raya PRU 13 ini. mula-mula harga berang naik, menyak naik ,tambang BAS naik, lapas itu Rampas Tanah orang kampung dan bagi kebenaran pendatang asing jadi warga negara.awaslah wahai rakyat SABAH janganlah bagi peluang umno Bn ini menang PRU 13 ini. kalaulah kerajaan umno BN diberi mendat sekali lagi jadi kerajaan, hancurlah segalanya Tanah SABAH yang kaya dan tercinta ini.

    ReplyDelete
  6. Sabah untuk rakyat Malaysia. Malaysian-Malaysia. apolah org Sabah masih bersikap perkauman dan asabiyah sempit. racun Anwar Berahi dah masuk kah??

    ReplyDelete
  7. Umno perampok hasil bumi rakyat Sabah. Saya berseru kpd semua penduduk asal Sabah harus bersatu padu untuk menghalau umno dari terus membiak dibumi Sabah kerana spesis makhluk umno ini sangatlah rasis dan begitu juga perkasa harus ditolak hidup2 dari bumi Sabah.Hidup NEGARA SABAH..

    ReplyDelete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...