Pages

Thursday 6 June 2013

Memperingati Tragedi Double Six (6.6.1976)

6.6.1976 (Tragedi Double Six) - 37 tahun yang lalu, mereka pertahankan HAK Sabah hingga ke titisan darah yang terakhir...

Sama-sama kita memperingati pemimpin agung Sabah... Doa dan harapan agar mereka tenang di sana...


Cerita ringkasnya begini :
Pada tarikh ini, pemimpin Sabah dan Persekutuan mengadakan rundingan untuk berkongsi hasil minyak Sabah agar boleh diuruskan oleh Petronas. Pengerusi Petronas pada waktu itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Pemimpin Sabah diminta bersetuju untuk menerima 5% bayaran tunai (cash payment) dan menolak semua bentuk royalti (waives royalty) sedangkan Petronas akan mendapat 95%. Ini tidak dipersetujui oleh pemimpin Sabah.

Setahun sebelum itu, Tun Razak (dgn kuasa PM : harus diingat persetujuan Sabah bergabung dengan Malaysia bukan untuk ditadbirurus tetapi dibantu agar mampu berdikari sendiri) telah menyerahkan hak minyak termasuk yang ada di Sabah kepada Petronas sedangkan sejak 1930 NB/Sabah berkuasa penuh ke atas hasil bumi ini. Tidak sepatutnya diserahkan HAK ini tanpa persetujuan Sabah).

Kerana tidak bersetuju, Pemimpin Sabah kembali ke Kota Kinabalu menaiki kapal terbang NOMAD. Dua buah kapal dan sepatutnya Tengku Razaleigh satu kapal dengan Tun Fuad (allahyarham) tetapi Harris Salleh (Tim Ketua Menteri) meminta Tengku turun dari kapal tersebut dan menaiki kapal lain. (Kenapa diminta pindah? Wallahualam)


Akhirnya sebelum sempat mendarat, Kapal Terbang yang dinaiki oleh Tun Fuad dan beberapa kabinet Menteri Sabah termasuk anak lelaki beliau terhempas/atau meletup di sebuah kawasan yang dipanggil Sembulan. Di sanalah tugu peringatan tragedi ini dibina.

(Tambahan : Hanya seminggu selepas tragedi ini, Harris Salleh yang ketika itu telah mengangkat sumpah sebagai KM baru Sabah, bersetuju dengan rundingan minyak ini. Malah selepas itu HAK 'KENEGARAAN" Sabah mulai diturunkan satu persatu. Sabah akhirnya kehilangan Pulau Labuan atas nama persekutuan. Tuan Yang Dipertua NEGARA Sabah diturunkan jadi Tuan Yang Dipertua NEGERI Sabah)


Info tambahan : Pulau Labuan yang sepatutnya HAK MILIK SABAH kini mempunyai (jika ada perubahan tolong betulkan) 12 pelantar minyak aktif yang 1 sen pun tidak lagi diberikan kepada Sabah kerana Labuan telah menjadi milik mutlak persekutuan.

Lihat Video ini untuk maklumat tambahan...
         

No comments:

Post a Comment

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...