Pages

Sunday 15 January 2012

Semakan Semula SBPA Bukti Kerajaan CINCAI Merangka Skim Ini

Semalam Perdana Menteri mengumumkan penangguhan dan semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Langkah ini dilihat sebagai membuktikan bahawa perancangan dan pelaksanaan skim ini tidak dibuat dengan teliti dan menyeluruh. Bahasa mudahnya, kerajaan 'cincai' semasa merangka skim ini.

Malah, ini juga jelas memperlihatkan bahawa kerajaan merangka skim ini secara membabi buta semata-mata untuk memancing undi penjawat awam. Kerajaan beranggapan bahawa dengan kenaikan gaji yang 'sangat tinggi' akan menutup mulut, mata dan hati penjawat awam agar terus menyokong kerajaan tanpa berfikir. Tetapi ini bukan 50 tahun yang lalu. Pada masa ini kebanyakan penjawat awam telah memahami erti demokrasi sebenar. Penjawat awam telah lama terpelajar bukan setakat apa yang tertulis pada sijil kelayakan tetapi juga terpelajar dari segi menilai sistem pentadbiran yang adil dan telus.

Apa yang lebih dikesalkan ialah semakan semula ini hanya melibatkan penjawat awam yang belum menandatangani skim ini. Manakala yang sudah menandatanganinya, tidak terlibat dan kekal dengan pilihan yang ada. Jika kita melihat semakan semula ini sebagai ada sesuatu yang tidak kena, mengapakah penjawat awam yang telah menandatangani harus menerima skim yang "bermasalah" ini?

Ini sekali lagi memperlihatkan taktik kerajaan yang cuba memperbodohkan penjawat awam sedangkan kebanyakan penjawat awam yang telah menandatangani skim ini adalah mereka yang tidak kisah dan hanya menurut perintah sahaja. Mungkin terdapat juga golongan yang dipaksa oleh majikan untuk menandatangani skim ini.

Oleh itu, saya menegaskan bahawa semakan semula ini haruslah melibatkan semua penjawat awam tanpa ada syarat. Semakan semula ini jelas membuktikan bahawa SBPA ini bermasalah. Jadi seharusnya masalah ini diselesaikan dahulu sebelum ia dilaksanakan untuk semua penjawat awam.

8 comments:

  1. more sepesific on the problem .. please .. mau tau juga bah ni ... sia dah tanda tangan ooooo ... adedeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada masalah sebab itu banyak pihak membuat bantahan. Banyak muslihat yang sukar untuk diterangkan.Kita tunggu dan lihat.

      Delete
  2. Harap jangan terpengaruh dengan mainan minda pembangkang...ada saja taktik pembangkang mengkucarkacirkan fikiran rakyat..jgn sampai makan jerat...pada mulanya saya juga kurang menyokong SBPA ni tp setelah mendengar taklimat daripada JPA barulah saya faham tujuannya utk meningkatkan integriti serta prestasi penjawat awam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernahkan sdra terfikir, sudah berapa kali SKIM seperti ini ditukar ganti??? Adakah penjawat awam semakin hebat atau semakin lembab?

      Delete
  3. saya setuju.Pembangkang hanya tahu mengkucarkacirkan perpaduan dikalangan rakyat.kalau mereka yg memerintah sudah pasti keadaan akan bertambah parah bagi negara Malaysia kerana dalam pakatan rakyat akan berebut sesama sendiri untuk menjadi PM.yg menjadi mangsa adalah rakyat dan negara malaysia.Pada pendapat saya apa yg kita perolehi sekarang patut disyukuri berbanding dengan negara lain kita cukup bertuah berada dibumi malaysia.Jgn benarkan pemimpin yg politiknya untuk kepentingan peribadi memerintah Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi rakyat Borneo, kerajaan lah yang mengkucar-kacirkan rakyat terutamanya Sabah. Sdra lihat statistik yang dikeluarkan oleh Jab Perangkaan. Mengapa tiba2 MELAYU meningkat sebanyak 1552%? Apakah itu Projek IC? Ini bukan soal perpaduan. Kita bicara di sini soal betapa cincainya kerajaan membuat satu-satu dasar tanpa memikirkan kepentingan penjawat awam. Jika kerajaan benar, mengapa ditangguhkan? Mengapa pula CEUPACS bersuara? Biar kita buta mata tetapi janganlah buta hati... Berikan keadilan kepada semua fakta...

      Delete
    2. Salam semua, bagi pendapat kami memang tidak setujuh dan tidak adil bagi kami, gaji tinggi naik tinggi dan gaji rendah nelbih sedikit dari gaji, so... tolong nilaikan dan buat penelitian tahap tangga agji kami, jangan kenaikan gaji kami sebagai ubah kami PRU 13 ini

      Delete
    3. Ini bukan upah, tapi mengelirukan kepada penjawat awam. jangan kata prihatin kepada penjawat awam ini sekadar mohon simpati dari penjawat awam supaya mereka kata "kerajaan dah naikan gaji" tidak perlu la bersimpati dengan penjawat awam. kami boleh menilaikannya. dan yang sudah tertandatangan itu terpulanglah kepada majikan masingx sama ada mahu menuntut sama adil sama seperti penjawat awam yang belum mendatangani borang option itu.

      Delete

Menulislah seolah-olah anda meminjam tangan Tuhan...