Apabila bercerita dengan kebanyakan generasi muda Sabah terutamanya yang 'educated', perkara yang tidak pernah lepas dari perbincangan ialah tentang 20 Perkara Tuntutan Sabah ketika bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.Namun begitu, saya melihat kebanyakannya sekadar menyambung lidah tanpa benar-benar memahami tuntutan ini. Maka saya mengambil sedikit peluang untuk mengupas ringkas isu ini dari kaca mata orang biasa dan hanya marhaen di Sabah.
Kupasan Ringkas Setiap Tuntutan 20 Perkara Sabah dalam Perjanjian Malaysia;
1. Religion
While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo.
( Maknanya Islam tidak tertakluk sebagai agama rasmi di Sabah. Persoalannya, selepas Islam begitu lama berkembang di Sabah,bersediakah Muslim Sabah menerima hakikat ini? Bagaimanakah pula sistem keagamaan ini dilaksanakan selepas Sabah diwartakan kelak sebagai tiada agama rasmi seperti Persekutuan Malaysia? Atau bersediakah segelintir pemimpin Sabah untuk mengkaji semula perkara 1 ini untuk diselaraskan dengan agama rasmi persekutuan? Jika tidak, maka kita risau akhirnya yang akan lebih berpecah belah ialah rakyat Sabah sendiri kerana telah 48 tahun rakyat Sabah percaya bahawa agama rasmi Sabah adalah Islam seperti Malaysia ) Jika saya ditanya,maka saya memilih agar ia dikaji semula untuk dipinda atas nama Malaysia tetapi agama lain di Sabah dibenarkan untuk berdakwah secara terang-terangan kepada semua agama selain Islam dan penggunaan Bahasa Melayu harus dibenarkan dalam semua kitab agama lain.
2. Language
a. Malay should be the national language of the Federation
b. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day
c. English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time.
( Maksudnya Bahasa Melayu bukan bahasa rasmi di Sabah tetapi Bahasa Inggeris yang harus digunapakai tanpa had masa. Sekali lagi persoalan saya, adakah kita bersedia untuk mengubah semula bahasa rasmi sekolah, mahkamah dan segala urusan rasmi di Sabah? Setelah begitu lama terbiasa dengan 'kerasmian' bahasa Melayu, kita sedar penguasaan anak bangsa Sabah dalam Inggeris agak lemah terutamanya di pedalaman. Jangankan berbahasa Inggeris malah berbahasa Melayu juga lemah ekoran daripada 'pembangunan' di Sabah yang jauh ketinggalan dari banyak segi berbanding Tanah Melayu dan Sarawak. Harus tidak dilupakan,bahawa ada segelintir pemimpin Sabah juga malah pencinta bahasa Melayu bahkan organisasi bahasa Melayu berpengaruh di negeri ini yang lantang menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Bukankah PPSMI ini aspirasi dalam tuntutan ini? Atau adakah perkara 2 ini juga perlu dikaji dan dipinda?) Pandangan saya, saya agak selesa dengan Bahasa Melayu tetapi Bahasa Inggeris harus dimantapkan. Justeru, Kerajaan Negeri harus mempunyai inisiatif lebih berbanding Persekutuan dalam hal memperkasakan Bahasa Inggeris ini demi menghormati pemimpin awal Sabah yang menegaskan tentang penerimaan Bahasa Inggeris ini sehingga menjadikannya sebagai Bahasa Rasmi Sabah sampai bila-bila. Tetapi demi semangat Malaysia, mungkin kita harus terima hakikat bahawa Bahasa Melayu telah mendarah daging dalam kehidupan generasi Sabah. Malah telah lama umat Kristian di Sabah menerima Bible itu sebagai al-Kitab rentetan penguasaan Bahasa Melayu yang lebih baik.
3. Constitution
Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the Constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be a series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for North Borneo (Sabah) was of course essential.
( Persetujuan Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia merupakan antara faktor utama pembentukan Malaysia. Jika ketika itu Sabah tidak bersetuju, kemungkinan besar tidak ada Malaysia yang kita cintai ini pada hari ini. Ini fakta yang harus kita terima. Harus dingat bahawa status Borneo iaitu Sabah dan Sarawak serta Singapura pada ketika itu adalah setaraf dengan Tanah Melayu keseluruhannya. Sabah tidak seharusnya menjadi setaraf dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. Jika kita telusuri sejarah Perjanjian Malaysia, yang mengambil bahagian ialah Tanah Melayu, Singapura,Brunei, Sabah dan Sarawak. Tidak pun disebut negeri-negeri di Tanah Melayu secara berasingan.Ini juga fakta yang tidak boleh diubah. Maka sudah semestinya 4 wilayah utama ini mempunyai perlembagaan sendiri tanpa secara langsung menerima Perlembagaan Tanah Melayu secara mutlak.Walau bagaimanapun, Sabah juga harus berterima kasih kepada Tanah Melayu yang menginisiatifkan pembentukan Malaysia sehingga turut membawa Sabah merdeka. Jika tidak tentunya sekarang ini Sabah berada di bawah naungan Filipina atau Indonesia ) Maka pada hemat saya, untuk mewujudkan situasi menang-menang, Sabah seharusnya mempunyai set perlembagaan sendiri yang mengembalikan statusnya setaraf dengan Tanah Melayu dan tidak hanya menjadi wilayah jajahan Tanah Melayu seperti negeri-negeri yang bernaung di bawah Tanah Melayu dahulu. Ini termasuklah sistem pembahagian Kerusi Parlimen, hasil bumi, pemilikan tanah, kewarganegaraan dan sebagainya. Selagi mana perlembagaan Sabah ini tidak bercanggah jauh dengan Perlembagaan Malaysia, maka Tanah Melayu harus menerimanya kerana ini adalah asas pembentukan Malaysia dahulu. Manakala sebagai timbal balas,Sabah pula harus menerima perkara asas seperti agama rasmi dan bahasa kebangsaan mengikut Malaysia. Sekali lagi saya tegaskan, Sabah tidak pernah berunding dengan Selangor,Kelantan, Pahang, Melaka atau seumpamanya tetapi dengan Tanah Melayu yang meliputi kesemua negeri yang berkenaan. Jadi pertimbangan tidak harus mengambilkira bahawa Sabah hanya semata-mata sebuah negeri seperti negeri-negeri yang berkenaan, yang mana tertakluk secara pasti di bawah Perlembagaan Tanah Melayu. Sabah seharusnya mendapat keistimewaan terutamanya dalam hal perlembagaan ini.
Bersambung dalam Kupasan 2 akan datang...