Respon
kepada rintihan Clarence Anthonius, seorang penyanyi dan juga seorang guru yang
menyatakan kekesalan kerana album beliau tidak diputarkan di radio-radio awam hanya
kerana salah satu tajuk lagunya menggunakan perkataan Ni Kali Lah. Satu
perkataan yang dikatakan ‘milik’ pembangkang khususnya STAR.
Persoalan
terbesar sebenarnya ialah, perkataan Ni
Kali Lah seharusnya satu ungkapan umum rakyat Sabah dan kerajaan tidak
sepatutnya sensitif tidak bertempat sehingga menganiaya rakyat. Tidak timbul
soal pembangkang menyebabkan mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan
perkataan ini mendapat tempias yang tidak sepatutnya kerana perkataan ini
adalah universal dan boleh digunakan oleh siapa saja tanpa halangan atau
prejudis.
Walau
bagaimanapun saya ucapkan Tahniah kepada beliau kerana perkataan Ni Kali Lah telah
menemukan beliau kepada isteri tersayang. Sedangkan STAR dalam satu perkataan
yang hampir sama berbunyi INI KALILAH, masih terus berjuang untuk mendapatkan
hak-hak rakyat Sabah. Semoga kekuatan aura perkataan ini akan menjadi satu
titik perubahan yang baik bukan sahaja untuk kebahagiaan beliau suami isteri
tetapi juga kepada rakyat Sabah keseluruhannya.
Sekiranya
kerajaan masih enggan melonggarkan penggunaan perkataan ini sebagai satu
perkataan umum, maka STAR menawarkan kepada beliau untuk membantu mempromosikan
album beliau sekalipun lagu beliau itu langsung tiada kena mengena dengan STAR.